Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 4 February 2011

Coretan Ummi mengenai para 7

Salam, Ummi merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi, bertarikh 2hb Februari 2011, mengenai perkara diatas.

Link kepada kenyataan penuh, sila baca disini.

'Disappointed! '

Ini adalah keluhan spontan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Tanta University. Turut dikongsi oleh AlAzhar, Alexandria dan Mansoura.

'Penafian! '

Penyataan ini telah menimbulkan kecelaruan serta kebimbangan anak-anak di Mesir, ibubapa serta pihak pengurusan Universiti. Oleh itu, Ummi mengambil inisiatif untuk menghubungi semua Dekan Fakulti Perubatan di Mesir. Kesemuanya menafikan kesahihan kenyataan para 7 diatas dan turut meluahkan nada kesal terhadap kenyataan tersebut.

'12.02.2011'

Secara umumnya, semua Universiti berhajat untuk mengekalkan tarikh pembukaaan sesi kuliah selepas 'winter break’, iaitu pada 12hb Februari 2011. Namun demikian, agak mustahil kerana proses 'evacuation' kerajaan Malaysia baru saja bermula. Oleh itu, secara keseluruhannya, semua Fakulti Perubatan di Mesir masih mengharapkan agar kuliah dapat dimulakan pada awal Mac 2011.

'Curfew'

Semua sedia maklum 3 petang hingga 8 pagi diistiharkan sebagai 'curfew'. Pada penghematan Ummi, keadaan di Mesir diluar 'curfew' adalah selamat dan seperti biasa. Namun, bermulanya 'curfew', semua dinasihatkan agar berada dirumah supaya tidak terdedah kepada perkara yang tidak diingini.

Ini bukan 'WAR' tetapi 'PROTEST'

Kita perlu faham bahawa pergolakan yang berlaku di Mesir buat masa kini BUKANLAH satu peperangan seperti yang berlaku di Palestin ataupun Iraq. Ianya hanyalah 'demonstrasi jalanan' diantara 'protestor' pro dan anti kerajaan. Oleh itu, suasana tegang hanya berlaku didalam 'zon masa' yang boleh dijangka. Antara waktu yang paling tegang adalah selepas solat Jumaat pada setiap minggu.

‘Propaganda? CNN?’

Bagi pegawai2 kerajaan Malaysia di Mesir, baik dari Pejabat Kedutaan Malaysia Di Mesir mahupun Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), serta anak-anak Dirasat dan Perubatan , mereka adalah orang yang lebih arif mengenai isu dan suasana yang sebenarnya. Bagi mereka yang berada diMesir, rata-ratanya menyatakan kekesalan terhadap pihak media Malaysia dan luar negara terutamanya CNN yang ‘mempropagandakan’ suasana tegang di Mesir. Oleh itu, ibubapa serta rakyat Malaysia amnya berada didalam keadaan ‘cemas dan risau’ akan keselamatan orang yang disayangi diMesir. Hakikatnya, anak-anak Mesir pada asalnya tidak berniat untuk pulang ke Malaysia. Akan tetapi, keadaan menjadi agak 'panic' setelah ‘evacuation plan' dikeluarkan. Namun, ini bukan lagi menjadi pilihan, tetapi satu ARAHAN yang MESTI dipatuhi sebagai langkah 'menyelamatkan diri'. Maaf jika dikatakan bahawa ‘Evacuation Plan’ ini tidak memihak kepada anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan.

Harapan dan masa depan pelajar di Mesir

Harapan Ummi, agar keadaan ini adalah SEMENTARA. Anak-anak Mesir merindukan suasana sebelum tragedi 25hb Januari 2011 dan INGIN KEMBALI ke KULIAH SECEPAT MUNGKIN dan bukannya selepas 3, 6 atau 9 bulan. APATAH lagi 1 tahun!

Mohon maaf jika ada pernyataan yang menyinggung mana-mana pihak. Namun, ini adalah ikhlas dari hati seorang ibu yang amat menyelami hati dan perasaan anak-anak di Mesir! Semoga musibah ini TIDAK sekali-kali melunturkan semangat dan cita-cita asal anak-anak ke bumi Mesir! UmmiMM loves u guys!!

Teruskan berdoa. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan kita, Rabbuna Yusahhil.

Salam Sayang teramat Sayang,

Siti Haniza Mohd Nazri aka UmmiMM

dari Lobi Terminal 3, Cairo International Airport (masuk hari ke 6 berumah di Airport)

HP Mesir: +2 011 2582670

HP Malaysia: +6 019 2306167

BBM pin: 218B5012

Email: ummi.medicmesir@gmail.com

4pagi, 4hb Februari 2011

9 comments:

  1. thanks for the assurances Ummi. Really appreciate your concern.
    your advise and explanation is very meaningful. will discuss with you on the future plans for our students studies and other arrangements. need your help on this badly

    ReplyDelete
  2. Jenis kerajaan ape yg mengeluarkan bermacam kenyataan tapi tidak benar. jadi nya ummi, bagaimana anakw2 kita sekarang,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Terima kasih....Puan Siti(Ummi)atas laporan dan maklumat yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Saya menyokong penuh agar semua kesilapan dan kekeliruan yang mungkin menjadi propaganda pihak Barat terhadap dunia Islam ini dapat diperbetulkan. Kami selaku ibu bapa amat terharu dan bangga di atas komitmen pihak MedicMesir terhadap keperihatinan dan pemantauan keselamatan anak2 kami di Mesir. Kami berdoa semoga Allah memberikan kekuatan, perlindungan, rahmat, taufik dan hidayah atas segala usaha serta seluruh anggota keluarga Puan..Amin.

    ReplyDelete
  4. xtaw mn yg betul..my sister pesan jangan caya sgt berita2 tu..lom tentu sahih..

    ReplyDelete
  5. First hand info. Harap ada update terkini. Tk

    ReplyDelete
  6. ummi nak balik mesir cepat.. :)

    ReplyDelete
  7. cuti setahun sangatla takleh trime..nak balik egypt..tanak blaja time summer..ehhehe

    ReplyDelete