Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Flight. Show all posts
Showing posts with label Flight. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

PENERBANGAN PERTAMA SESI PENGAJIAN 2012 - 5HB SEPTEMBER 2012 - EGYPT AIR

Assalamualaikum wbth,

1. ALHAMDULILLAH, Esok adalah penerbangan pertama bagi sesi pengajian 2012. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan perjalanan anak-anak ke Bumi Anbiya. Sila ambil maklum, 'Makluman Keberangkatan 2012' telah dihantar ke email masing-masing.

2. Sila pastikan anda hanya membawa muatan tidak melebihi 46kg. Sila ambil maklum juga, ianya mestilah di dalam 2 bag, yang tidak melebihi 23kg setiap satu.  Sila berkumpul di bahagian ROW G pada jam 5 petang.


SENARAI NAMA PENERBANGAN 5HB SEPTEMBER- EGYPT AIR, 10 MALAM
KOORDINATOR PENERBANGAN : Cik Zalya : 0193654333

Thursday, 1 March 2012

GULF AIR TO STOP FLYING TO KLIA !


GULF AIR TO CLOSE UNDERPERFORMING ROUTES FOR COMMERCIAL REASONS

Bahrain’s national carrier Gulf Air is announcing the closure of its services to four destinations; Damascus, Athens, Milan and Kuala Lumpur. Services to Damascus will be stopped from 02 March while flights to Athens and Milan will be stopped from 12 March and Kuala Lumpur will be from 25 March 2012. This follows the announcement of the closure of Entebbe and Geneva routes earlier this month.

Friday, 29 July 2011

Anak2 Perak dan Wilayah Persekutuan Sesi Pengambilan 2011

Assalamualaikum wbth,

Semua anak-anak Perak dan Wilayah Persekutuan diminta untuk mempastikan yang anda telah menghantar BORANG TIKET PERCUMA ke Pusat Zakat Perak dan Wilayah Persekutuan. Bagi yang menghantar borang tersebut sebelum 10hb Ogos 2011 akan dikecualikan dari membayar wang tiket kapalterbang kepada MedicMesir. Pihak MedicMesir akan berhubung terus dengan pusat Zakat anda untuk tujuan selanjutnya.

Bagi anak-anak Perak dan Wilayah sila nyatakan nama anda di link FB MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir) sebelum 10hb Ogos 2011. Ini memudahkan urusan 'follow up' dibuat dengan Pusat Zakat.

Cara permohonan TIKET PERCUMA Zakat Wilayah Persekutuan
1. Isikan borang yang disediakan oleh pihak MAIWP. Sertakan surat tawaran MedicMesir atau Universiti.

2. Anda akan ditanya tarikh pilihan dan maklumat terperinci penerbangan. Sila gunakan makluman dibawah:

GULF AIR
GF 283G 02 OCT S KULBAH 1950 2235
GF 71G 03 OCT M BAHCAI HK30 1015 1235

3. Pihak MAIWP akan mengeluarkan terus tiket kepada anda.

4. Sila email tiket tersebut kepada medicmesir@gmail.com sebaik sahaja anda mendapatkannya dari MAIWP

Cara permohonan TIKET PERCUMA Zakat Perak
1. Isikan borang Ibnu Sabil yang diperolehi dari pejabat Zakat Perak (berwarna coklat)

2. Dapatkan sebutharga dari MedicMesir (Cik Sarah) untuk tujuan permohonan.

3. Maklumkan nama anda melalui FB MedicMesir sebaik sahaja permohonan dihantar.

4. Pihak MedicMesir akan berurusan terus dengan pihak Zakat Perak untuk urusan selanjutnya.

Cara permohonan pendahuluan wang TIKET Zakat Selangor

1. Bagi pelajar Selangor, sila pastikan anda menghantar 'BORANG berwarna 'pink' Zakat Selangor.

2. Sila ambil maklum, bahawa anda boleh mendapatkan pendahuluan sebanyak RM1700 untuk tujuan pembayaran duit tiket kapalterbang sebelum berangkat.

Segala pertanyaan mengenai hal urusan tiket kapalterbang, sila berhubung dengan Cik Sarah (sara.medicmesir@gmail.com) di talian 0389459030.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM