Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 30 December 2012

MAKLUMAN MANSOURA UNIVERSITY MENGENAI YURAN DAN PEPERIKSAAN

[BERITA MESYUARAT EXCO PELAJAR BERSAMA PIHAK MANSOURA UNIVERSITY]

Posting oleh wakil Tahun 1 MedicMesir ; Ummi Fatihah Rusli 

Assalamualaikum w.b.t

Susulan daripada mesyuarat bulanan bersama pihak Universiti Mansurah.

1. Mahasiswa/mahasiswi dikehendaki menyelesaikan yuran pengajian sesi 2012/2013 selewat-lewatnya selepas cuti musim sejuk (9hb Februari 2013) . Sesiapa yang gagal berbuat demikian, TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki sebarang bentuk peperiksaan.

2. Sistem kehadiran ke kuliah akan diperketatkan. Mahasiswa/mahasiswi TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki sebarang peperiksaan sekiranya kehadiran ke kuliah KURANG daripada 70%. Hanya sebab-sebab kecemasan dan mendapat kelulusan pihak universiti sahaja yang akan dipertimbangkan.

3. Tiada sistem ‘ta’jil’ pada tahun ini. Sesiapa yang tidak hadir pada hari peperiksaan, TIDAK DIBENARKAN untuk mengambil peperiksaan tersebut.

4. Pihak universiti telah menyediakan seorang pegawai penyelia bahagian visa pelajar. Sesiapa yang ingin berurusan, boleh berjumpa dengan Madam Marlene di Idarah ‘Ammah, hubungi di talian 012-23134137.

5. Layari laman sesawang rasmi Universiti Mansurah,http://www.mans.edu.eg/en dan facebook International Students Unit untuk sebarang maklumat terkini.

Terima kasih. Harap maklum.

Saturday 29 December 2012

Makluman Pejabat MedicMesir tutup 29-31hb Disember 2012


Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum pejabat MedicMesir tutup pada 29 - 31hb Disember (Sabtu hingga Isnin hadapan)  bagi tujuan latihan dan peningkatan diri kakitangan : - ) TIMELINE & GOAL SETTING 2013  !

Segala kesulitan amatlah dikesali. Segala urusan, sila email ke medicmesir@gmail.com atau berurusan di pejabat bermula 2hb Jan 2013.

SELAMAT TAHUN BARU :-) SEMOGA TERUS DIDALAM KEREDHAAN NYA

Salam,
UmmiMM

Friday 28 December 2012

ZERO TO HERO ~ JOM! Mumtaz ALEXANDRIA 2012 !



PENGUMUMAN PROGRAM MEDICMESIR ALEXANDRIA DENGAN KERJASAMA KELAB IKRAM MESIR  ~ZERO TO HERO

Assalamualaikum, 
Anak2 MedicMesir Ikhwah Tahun 1 diwajibkan bersama2. Jangan lepaskan peluang ini :-) untuk menjadi INSAN yang HAYBAT disisi Allah dunia dan akhirat !

Tarikh : Esok, Jumaat bersamaan 28.12.2012.
Tempat: Dewan Riviera,Gamaah Ala Bahr (Tempat taklimat akademik dan orientasi AhlanMisr MedicMesir)

Untuk maklumat lanjut boleh telefon di talian-talian berikut:

Muhammad Naim bin Mohd Shariffuddin 01144927824
Nu'man bin Salahuddin 01144331966

Monday 17 December 2012

MAKLUMAN BUAT PELAJAR TAHUN 1 UNIVERSITI AL AZHAR


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada urusan Tasdiq / Visa Pelajar / Yuran / NOC anak-anak di Universiti Al Azhar.
TASDIQ KULIAH
3. MedicMesir dimaklumkan oleh pihak Embassy Malaysia di kaherah dan pihak Universiti bahawa Tasdiq Kuliah Universiti Al Azhar akan siap dalam masa 3 minggu lagi.  Oleh itu, kita diminta untuk menunggu lagi.
VISA PELAJAR
4. Sebaik sahaja, Tasdiq Kuliah selesai, maka urusan VISA pelajar akan terus dilaksanakan oleh pegawai MedicMesir di Kaherah, Ustaz Yudi (+201066425010). Segala kos adalah dibawah tanggungjawab MedicMesir.
YURAN PENGAJIAN
5. Sila ambil maklum, yuran perlu dibayar selewat-lewatnya 3hb Januari 2013. Yuran boleh dibayar samada:
     ~ Pertama: Bank in RM6400 ke akaun Maybank, Management (512802506800)                 
                  Sila fax slip bayaran ke 0389423827
     ~Kedua: Sediakan deraf atas nama  "President, Al Azhar University"
NOC
6.  Semua pelajar sepatutnya sudah mendapat NOC masing-masing. Jika anda masih tidak mendapatkannya , sila maklumkan melalui email ke medicmesir@gmail.com

Shukran. Semoga dipermudahkan segara urusan dan bertungkus lumus bagi menghadapi imtihan mid year!

Salam,
uMMi MM 


Saturday 1 December 2012

SESI KHAS BERSAMA DATO' DR FATMA AZ ZAHRA ~ 01122012

Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,
ALHAMDULILLAH ! Semua anak2 Medicmesir yang tinggal berdekatan dijemput hadir bersama. Segala maklumat sila rujuk poster diatas.

Shukran Dato ! Semoga tersentuh hati anak2 MedicMesir dengan kelembutan dan ketegasan amanat2 Dato. Barakallahufeekum !

Salam,
uMMi