Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label VISA. Show all posts
Showing posts with label VISA. Show all posts

Monday, 17 December 2012

MAKLUMAN BUAT PELAJAR TAHUN 1 UNIVERSITI AL AZHAR


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada urusan Tasdiq / Visa Pelajar / Yuran / NOC anak-anak di Universiti Al Azhar.
TASDIQ KULIAH
3. MedicMesir dimaklumkan oleh pihak Embassy Malaysia di kaherah dan pihak Universiti bahawa Tasdiq Kuliah Universiti Al Azhar akan siap dalam masa 3 minggu lagi.  Oleh itu, kita diminta untuk menunggu lagi.
VISA PELAJAR
4. Sebaik sahaja, Tasdiq Kuliah selesai, maka urusan VISA pelajar akan terus dilaksanakan oleh pegawai MedicMesir di Kaherah, Ustaz Yudi (+201066425010). Segala kos adalah dibawah tanggungjawab MedicMesir.
YURAN PENGAJIAN
5. Sila ambil maklum, yuran perlu dibayar selewat-lewatnya 3hb Januari 2013. Yuran boleh dibayar samada:
     ~ Pertama: Bank in RM6400 ke akaun Maybank, Management (512802506800)                 
                  Sila fax slip bayaran ke 0389423827
     ~Kedua: Sediakan deraf atas nama  "President, Al Azhar University"
NOC
6.  Semua pelajar sepatutnya sudah mendapat NOC masing-masing. Jika anda masih tidak mendapatkannya , sila maklumkan melalui email ke medicmesir@gmail.com

Shukran. Semoga dipermudahkan segara urusan dan bertungkus lumus bagi menghadapi imtihan mid year!

Salam,
uMMi MM 


Monday, 23 August 2010

VISA untuk kembali ke MESIR

Salam,
Kepada semua pelajar yang sedang pulang bercuti di Malaysia dan telah tamat tempoh VISA. (pelajar BARU sessi 2010 tidak terlibat yer!!)
Memandangkan ada permintaan menguruskan VISA dari Malaysia, maka dijelaskan bahawa.

VISA kemasukan ke Mesir boleh diperolehi samada :
1. VISA 'on arrival' 1 bulan dan mengemukakan semula ke Imigresen di Mesir dlm masa 2 minggu utk universiti selain Alexandria. Bagi Alexandria Uni, sila serahkan kembali kepada univesiti (Ini terbaik dan memadai sebenarnya) ATAU
2. Mendapatkan VISA 3 bulan dari Embassy of Egypt di Malaysia. Bagaimanapun, urusan ini hanya utk memudahkan kemasukan sahaja. Walaubagaimanapun, pelajar masih perlu mendapatkannya semula selepas 1 bulan kemasukan (oleh itu ini adalah pilihan sahaja)

Untuk urusan ke2, anda samada:
1. Warga KL atau Selangor - boleh berurusan terus dengan Embassy of Egypt di Malaysia atau
2. Warga luar KL atau Selangor - mendapatkan khidmat MedicMesir untuk diuruskan VISA di Embassy of Egypt. Sila hantar paspot asli, surat tawaran, 1 gambar dan wang RM80 (RM67 utk VISA dan RM13 utk courier semula VISA kepada anda) ke pejabat MedicMesir sebelum Rabu, 25hb Ogos 2010.

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan En Fakharuddin di talian 03 8945 9030. Semoga terus diberi kekuatan untuk merebut fadilat Ramadhan. Ameen

Salam,
ummiMM