Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 23 August 2010

VISA untuk kembali ke MESIR

Salam,
Kepada semua pelajar yang sedang pulang bercuti di Malaysia dan telah tamat tempoh VISA. (pelajar BARU sessi 2010 tidak terlibat yer!!)
Memandangkan ada permintaan menguruskan VISA dari Malaysia, maka dijelaskan bahawa.

VISA kemasukan ke Mesir boleh diperolehi samada :
1. VISA 'on arrival' 1 bulan dan mengemukakan semula ke Imigresen di Mesir dlm masa 2 minggu utk universiti selain Alexandria. Bagi Alexandria Uni, sila serahkan kembali kepada univesiti (Ini terbaik dan memadai sebenarnya) ATAU
2. Mendapatkan VISA 3 bulan dari Embassy of Egypt di Malaysia. Bagaimanapun, urusan ini hanya utk memudahkan kemasukan sahaja. Walaubagaimanapun, pelajar masih perlu mendapatkannya semula selepas 1 bulan kemasukan (oleh itu ini adalah pilihan sahaja)

Untuk urusan ke2, anda samada:
1. Warga KL atau Selangor - boleh berurusan terus dengan Embassy of Egypt di Malaysia atau
2. Warga luar KL atau Selangor - mendapatkan khidmat MedicMesir untuk diuruskan VISA di Embassy of Egypt. Sila hantar paspot asli, surat tawaran, 1 gambar dan wang RM80 (RM67 utk VISA dan RM13 utk courier semula VISA kepada anda) ke pejabat MedicMesir sebelum Rabu, 25hb Ogos 2010.

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan En Fakharuddin di talian 03 8945 9030. Semoga terus diberi kekuatan untuk merebut fadilat Ramadhan. Ameen

Salam,
ummiMM

No comments:

Post a Comment