Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 31 March 2011

JOM! Mumtaz 2011 ~ Peruntukan tambahan 100,000LE untuk penggal kedua Sesi 2010/2011

Assalamualikum wbth,
Semoga semua anak-anak MM di Mesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt. Ameen. Alhamdulillah, kuliah pun sudah bermula dan InshaAllah, momentum untuk berhadapan dengan imtihan FINAL bagi sesi 2010/2011 telah mula dirasai.

Pada awal sesi 2010/11, MedicMesir telah melancarkan peruntukan sebanyak 100,000LE untuk tujuan pembangunan akademik dan program pelajar http://www.medicmesir.com/2010/09/peruntukan-100000le-untuk-program.html. Alhamdulillah, peruntukan telah diMANFAAT SEPENUHNYA dan HABIS DIBELANJAKAN sehingga akhir Januari 2011.

Bagaimanapun, Revolusi Mesir, bermula pada 25hb Januari sedikit sebanyak telah memaksa kita menerima perubahan 'timeline' akademik dan jadual peperiksaan. Tidak benar, jika kita nafikan yang musibah ini tidak menganggu EMOSI serta MOMENTUM! 'kita'. Bagaimanapun, Alhamdulillah, semoga musibah ini mendatangkan kebaikan untuk kita serta saudara Muslim kita dibumi anbiya Mesir. "Manusia merancang, dan Allah juga merancang.Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan."

Bagi mengembalikan MOMENTUM serta SEMANGAT JOM! MUMTAZ terutama dikalangan anak-anak Tahun 1, MedicMesir sekali lagi mengumumkan peruntukan khas JOM! Mumtaz untuk sesi penggal kedua 2010/2011.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, MedicMesir memperuntukan tambahan 100,000LE untuk tujuan ini.

Fokus utama JOM! Mumtaz adalah untuk memastikan kejayaan dan kecermelangan akademik semua pelajar-pelajar MM. Oleh itu, semua EXCO Pelajar disetiap muhafazah perlu menyediakan Kertas Cadangan JOM! Mumtaz. Sila ambil maklum syarat memperolehi peruntukan ini:

1. EXCO disetiap muhafazah perlu mengadakan mesyuarat perancangan akademik masing-masing dan membentangkannya didalam mesyuarat bersama UmmiMM pada minggu hadapan. Hanya kertas cadangan yang dibentangkan didalam mesyuarat tersebut yang akan dipertimbangkan dan diluluskan didalam mesyuarat.
2. Peruntukan diluluskan mengikut cadangan muhafazah masing-masing. Oleh itu, pelajar diharap dapat memanfaatkan peruntukan yang diberikan dengan FOKUS terhadap program yang meningkatkan prestasi akademik.
3. FOKUS diberi kepada pelajar Tahun 1. Ini bagi memastikan prestasi dan kecemerlangan TERBAIK akademik Tahun 1 bagi memudahkan urusan tajaan.

Diharap ketua di muhafazah masing-masing serta ketua akademik mengadakan mesyuarat perancangan masing-masing dengan kadar segera. Semoga suntikan tambahan peruntukan 100,000LE ini menyuntik MOMENTUM Kempen JOM! Mumtaz 2011. Rabunna Yusahhil. Allahuma Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM, yang mengharapkan anak2nya MUMTAZ!






Wednesday 30 March 2011

RM300,000 PERUNTUKAN MEDICMESIR UNTUK BANTUAN PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DI MESIR

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak-anak MM berada didalam pemeliharaan Allah swt dan sentiasa diberi kekuatan bermuhajadah untuk berhadapan dengan imtihan FINAL 2011 dalam 3-4 bulan lagi.

Berhubung dengan yuran, seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir akan cuba membantu mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan dan mempunyai potensi untuk berjaya dengan baik. Oleh itu, Alhamdulillah, untuk tahun 2011, MedicMesir memperuntukan sebanyak RM300,000 untuk tujuan yang sama.

Oleh itu, mana-mana pelajar yang memerlukan perkhidmatan MedicMesir untuk mendapatkan PINJAMAN YURAN PENGAJIAN yuran atas apa sebabpun diminta untuk mengisi permohonan dilink ini.

Tarikh Tutup permohonan adalah Sabtu 2hb April dan anda akan dihubungi dalam masa 48 jam setelah permohonan tutup. Pinjaman ini TERHAD kepada pelajar yang sudah berada di Mesir. UmmiMM akan menyerahkan sendiri yuran yang diluluskan ke pihak Universiti minggu hadapan. InshaAllah.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG:
a. Cemerlang Tahun 1
b. Aktif program pelajar MedicMesir di muhafazah masing-masing.
Keutamaan diberi kepada pelajar Tahun 2.
Kepada pelajar agensi selain MedicMesir (terutamanya di Mansoura) yang telah mendapatkan perkhimatan pinjaman untuk bayaran yuran sebelum ini, diminta untuk berhubung dengan UmmiMM dengan kadar segera untuk penyelarasan pinjaman.

Shukran. Semoga usaha ini membantu kejayaan anak-anak di Mesir.

Salam Sayang,
UmmiMM


YES! Zero Deposit ! Mohon ONLINE sebelum 7 April 2011

Assalamualaikum wbth,
MedicMesir telah menerima banyak permohonan dan kebanyakkannya adalah dari mereka yang telah di'refer' oleh 'seniors' atau ibu bapa yang berpengalaman menghantar anak-anak ke Mesir (termasuk dari agensi lain).  TERIMA KASIH atas sokongan anda semua! Semoga Allah swt memberi kami kekuatan untuk melakukan yang TERBAIK!. DOAKAN ya!

SPM 2011 juga menyaksikan ramai pemohon yang mendapat keputusan CEMERLANG dan juga meminati bidang perubatan.  Seperti yang sering dikongsi didalam taklimat, MedicMesir boleh dijadikan BACKUP yang terbaik, sekiranya, pelajar TIDAK MENDAPAT TAWARAN PERUBATAN dibawah BIASISWA KERAJAAN. InshaAllah, selewat-lewatnya akhir April 2011, semua pelajar sudah mendapat makluman samada mereka layak menerima mana-mana BIASISWA ataupun TIDAK.

Atas keperihatinan ini, MedicMesir melancarkan 'ZERO DEPOSIT'.  Ini bermakna :
i.  Pemohon memohon ONLINE sekarang di www.medicmesir.com.
ii. Serah dokumen selengkap2nya seperti didalam borang (kecuali paspot ).
iii. MedicMesir akan memproses semua permohonan sehingga mendapatkan SURAT TAWARAN UNIVERSITI.
iv. Pelajar boleh MENERIMA atau MENOLAK tawaran ini kemudian.
v. Pemohon hanya perlu MEMBAYAR setelah bersetuju MENERIMA tawaran Universiti.

Anda dinasihati 'Download InfoPack 2011' disini dan fahamkan isi kandungannya.  Kempen 'Zero Deposit' hanya terhad kepada mereka yang memohon sebelum 7hb April 2011 dan menghantar dokumen sebelum 30hb April 2011.  Ini bagi mempastikan tawaran rasmi dikeluarkan pada 2minggu selepas dokumen lengkap diterima.  Pemohon selepas 7hb April, akan membayar balik seperti lazimnya.

Usaha ini bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang meminati bidang perubatan boleh menunggu keputusan JPA / MARA, dalam masa yang sama TIDAK TERLEPAS PELUANG untuk memohon MedicMesir.

Pemohon serta ibubapa dijemput ke Taklimat 2 jam bersama UmmiMM seperti dibawah:
Masa: Sabtu, 2hb April 2011, 10-12 tghri 
Tempat: Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang
DAFTAR KEHADIRAN DISINI

Jangan lepaskan peluang ini! Semoga usaha ini membantu InshaAllah!

Salam Sayang,
UmmiMM

Monday 28 March 2011

TAKLIMAT UPM SERDANG - SABTU , 2HB APRIL 2011 : 10 pagi -12 tghri

Assalamualaikum wbth,

TerimaKasih kepada ibubapa dan bakal anak-anak MedicMesir ke taklimat Ahad lepas. MedicMesir memohon maaf kerana ramai yang tidak dapat mengikuti dengan selesa kerana sambutan yang diluar jangkaan kami sama sekali. TerimaKasih atas sokongan semua. MedicMesir juga memohon maaf kerana 'Nasi Kukus Ayam Rempah' yang disediakan juga terhad kerana mengikut senarai berdaftar. MAAF.

Untuk tujuan ini, MedicMesir akan mengadakan taklimat yang sama pada:

HARI: Sabtu, 2 hb April 2011. Jam 10pagi hingga 12 tengahari
TEMPAT: DEWAN KULIAH 3, FAKULTI PERUBATAN, UPM, SERDANG

Mohon mereka yang berminat untuk mendaftarkan kehadiran disini (klik sini). Tolong warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada semua. Ameen.

Salam,
UmmiMM


Friday 25 March 2011

TAKLIMAT UPM SERDANG ; AHAD 27hb Mac 2011 ; 10-12 tghri

Assalamualaikum wbth,
Sukacitanya semua pelajar lepasan SPM / Matrikulasi serta ibubapa yang berminat, sila datang beramai-ramai. Daftar kehadiran anda disini.

InshaAllah, taklimat ini dapat memberi gambaran terkini mengenai MedicMesir.

Tolong warwarkan!

Salam Ikhlas,
UmmiMM


Tuesday 22 March 2011

Selamat BERJAYA kepada semua pelajar SPM 2010!

Assalamualikum wbth,

InshaAllah, esok akan diumumkan keputusan SPM. Doa kita semua agar semua anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Ameen. Bagi pelajar lepasan SPM 2010 yang telah menghantar permohonan ke MedicMesir, sila 'scan' slip SPM dan email ke medicmesir@gmail.com secepat mungkin untuk urusan selanjutnya.

Bagi yang belum memohon sila daftar online di sebelah kanan blog dan email sijil lahir dan slip SPM ke medicmesir@gmail.com atau fax ke 03 89423827.

Segala pertanyaan, sila hubungi 019 3106167 atau 019 6206167

Semoga Allah swt dipermudahkan kejayaan cemerlang anak-anak esok. Allahuma Ameen. Allahuma Ameen. Allahuma Ameen

Salam,
ummiMM

Monday 21 March 2011

TAKLIMAT MEDICMESIR PENGAMBILAN 2011

Assalamualaikum wbth,

Semua pelajar lepasan SPM serta ibubapa dijemput ke Taklimat Program Perubatan Mesir Pengambilan 2011 dibawah:

Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari
Tarikh: Ahad, 27hb Mac 2011 atau Sabtu, 2hb April 2011.
Tempat: Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang

Sila bawa salinan fotokopi sijil lahir dan sijil SPM.
Masuk ke taklimat adalah PERCUMA. Makanan ringan disediakan.

Deposit pendaftaran untuk permohonan ke Mesir hanya RM500
Baki hanya perlu dijelaskan sebulan sebelum berangkat atau semasa mengambil surat tawaran.

Untuk makluman sila hubungi En Aliff di talian 019 3106167 (9-5pm)

Semoga taklimat ini mendatangkan manfaat!

Salam,
UmmiMM

Sunday 20 March 2011

Tuntutan wang tiket pulang dari Mesir ke Malaysia

LAST CALL!
Assalamualaikum wbth,
Kepada mana-mana pelajar MedicMesir yang masih belum menghantar tuntutan tiket semasa pulang dari Ops Piramid (dari Cairo ke KLIA) diminta untuk berbuat demikian sebelum Isnin, 21hb Mac,8pagi, waktu Malaysia. Sila rujuk hebahan terdahulu http://www.medicmesir.com/2011/02/tuntutan-wang-tiket-pulang-dari-mesir.html

Tuesday 15 March 2011

Penerbangan ke3 Pelajar PERAK

Assalamualaikum,

Anak2 PERAK! Sila ambil maklum senarai terkini untuk penerbangan esok.

ETIHAD : 16Mac 240pm

Harap Maklum! Semoga semua selamat sampai ke destinasi :-)

PENTING ! Borang Peribadi Pelajar


Assalamualaikum wbth,


Jabatan Penuntut Kaherah Malaysia sedang dalam proses mengemaskini data pelajar. Setakat ini, senarai yang telah mengisi borang terdahulu. Sila semak nama masing-masing, jika nama anda tidak tertera didalam senarai mengikut universiti, sila pastikan anda mengisi borang yang dilampirkan.

Monday 14 March 2011

TERENGGANU ;- MAKLUMAT PENERBANGAN PERTAMA & KEDUA

Update 14hb Mac 2011

Assalamualaikum wbth,

Sial rujuk link kepada makluman penerbangan untuk anak-anak Terengganu.

Harap Maklum ;-)

Saturday 12 March 2011

Liow: Students can study anywhere after changes to Medical Act

KUALA LUMPUR: Malaysian students will be able to study medicine in any institution in the world when amendments are made to the Medical Act 1971.
However, they will now have to sit for a licensing examination before being registered with the Malaysian Medical Council (MMC).

Friday 11 March 2011

Isu Sumbangan RM500 UMNO Selangor.

Assalamualaikum wbt,

1. Dengan ini merujuk kepada makluman awal seperti link dibawah:
Alhamdulillah kepada yang telah menerima sumbangan yang dimaksudkan.

GULF AIR >>RM1599 (termasuk tax) masih ada

Assalamualaikum,

Tiket GULF AIR (KUL - CAIRO) , 19hb Mac 2011, dengan harga RM1599 (termasuk tax) masih ADA.
Sila hubungi En Shaiful 019 3106167 dengan kadar segera.

Link terdahulu:

Harap maklum,
UmmiMM

Thursday 10 March 2011

Isu Sumbangan RM500 untuk Pelajar-pelajar Selangor

Salam,
Makluman ini merujuk kepada Majlis Program Sumbangan Saguhati untuk Pelajar-pelajar Selangor di DePalma Hotel Shah Alam pada 9hb Mac 2011.

SENARAI SEMAKAN PENERBANGAN PERTAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR:

8/3/11
SHAH ALAM

Bersama ini butiran terperinci mengenai jadual penghantaran pulang semula pelajar tajaan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR ke Cairo menggunakan catar EGYPTAIR:

Jadual penerbangan bertarikh 14/3/11: KUL/CAI(0030/0600) iaitu (12.30tengah malam(wktu Malaysia)/6.00pagi (wktu Mesir)

semak nama disini

Tuesday 8 March 2011

MEDICMESIR! MAKLUMAN FLIGHT ! PENERBANGAN TERAKHIR! PENTING!!

Assalamualaikum wbt,
Kepada semua yang telah mendaftar dan membayar untuk mendapatkan tiket dari MedicMesir. Dibawah terdapat 2 pilihan tarikh untuk penerbangan. Semua pelajar yang telah menempah (samada telah membayar atau tidak), sila SAHKAN penerbangan pilihan melalui SMS dengan kadar segera ke 019 3106167
Nyatakan: NAMA PENUH (seperti dalam passport) / Tarikh / Flight / email

PENGANGKUTAN PERCUMA ke muhafazah masing-masing disediakan mengikut kumpulan.

Pengumuman : Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir


  • Pelajar-Pelajar Tajaan JPA (Biasiswa Dan Pinjaman) Yang Telah Mendaftar Secara Online Di Ruangan ‘Tiket Belum Dibeli’ Dan Tiada Masalah Berkaitan Visa Dikehendaki Untuk Menyerahkan Pasport Ke Jabatan Ini Bagi Tindakan Lanjut Pada 8 Mac 2011 Antara Jam 8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang. Passport Perlu Diserahkan Di Kaunter Aras 5, Blok C1, Kompleks C, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Putrajaya.

Status penerbangan MARA setakat 8hb Mac 2011

MAKLUMAN PENTING


Senarai Terkini Pelajar Tajaan MARA bagi penerbangan ke Mesir (tarikh paparan 7 Mac 2011)
Senarai Terkini (7 Mac 2011) > klik disini
Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:
1. Sila semak Nama, No K/P, Universiti, Tahun Pengajian dan No Passport masing-masing dan maklumkan pada MARA jika terdapat kesilapan.

Monday 7 March 2011

UMNO Selangor Sumbang Saguhati Kepada 1,000 Pelajar Selangor Di Mesir


SHAH ALAM, 7 Mac (Bernama) -- Umno Selangor dengan kerjasama Yayasan Kelana Ehsan akan memberikan saguhati berupa wang tunai RM500 setiap seorang kepada kira-kira 1,000 pelajar Selangor yang menuntut di Mesir.

Pelajar MAIDAM Terengganu!

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 20 Februari 2011 telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos tambang kembali ke Mesir kepada pelajar-pelajar tajaan MAIDAM berjumlah 300 orang.

PERAK Sewa pesawat

IPOH - Kerajaan negeri bercadang menyewa sebuah pesawat bagi penghantaran pulang semua 696 pelajar dari negeri ini ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka yang tergendala berikutan krisis politik di sana.

Sunday 6 March 2011

JAKIM: Makluman Tentang Permohonan Bantuan Pulang Untuk Pelajar Mesir

1) Adalah dimaklumkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, keputusan permohonan tersebut tidak dapat disiarkan mulai hari ini, 4 Mac 2011, melalui portal Jakim seperti yang dijadualkan tempohari.
2) Untuk makluman juga, keputusan terakhir adalah tertakluk kepada pengesahan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
3) Sehubungan dengan itu, sesi taklimat berkaitan yang dijadualkan pada 9.30 pagi, 6 Mac 2011 (Ahad), di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur adalah juga ditangguhkan.
4) Jakim dengan ini memohon berbanyak-banyak maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Ramzan Bin Muhamad (no. telefon bimbit : 016-6795401)
Terima kasih.
b/p Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
4 Mac 2011

Saturday 5 March 2011

Kuliah Mansoura 12hb Mac 2011

Assalamualaikum wbt,

Mengenai posting semalam seperti link dibawah :

Sukacita dimaklumkan mengenai makluman terkini oleh Dr Nesrene bahawa semua kuliah akan dimulakan Sabtu hadapan, 12hb mac 2011.

Harap Maklum,

salam
ummiMM



9,000 boleh sambung pengajian

KUALA LUMPUR 4 Mac – Kira-kira 9,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran krisis politik di Mesir dibenarkan kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian mereka.Ia berikutan pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa keadaan di Mesir kini bertambah baik dan kehidupan rakyat di sana juga hampir pulih seperti sedia kala.

Thursday 3 March 2011

SEMAKAN PENERBANGAN UNTUK PELAJAR MARA


Senarai Nama Pelajar yang dijangka berlepas ke Mesir menggunakan tiket penerbangan MARA (tarikh paparan 3 Mac 2011)
Senarai Nama Pelajar > klik disini
Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:
1. Tarikh penerbangan dijangka di antara 9 hingga 12 Mac 2011.

Penerbangan terus anak negeri Terengganu ke Mesirir


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm

KUALA TERENGGANU 2 Mac - Kerajaan negeri akan membiayai penghantaran pelajar anak negeri untuk kembali menyambung pengajian di Mesir dengan penerbangan terus dari sini.
Ia suatu khabar yang melegakan buat pelajar tajaan kerajaan negeri dan juga pelajaran persendirian di samping keluarga mereka.

Tempah ONLINE ~ Bayar ~ Tiket dalam masa 48jam

Assalamualaikum wbt,

1. Semua pelajar yang telah mendapat peruntukan dari negeri masing-masing dibenarkan untuk membuat tempahan TIKET secara ONLINE sahaja terlebih dahulu.
2. Pembayaran boleh dibuat setelah mendapat wang dari pihak kerajaan negeri masing-masing.
3. eTiket hanya di keluarkan 48jam setelah pembayaran dibuat.
4. Mana-mana tarikh yang dipilih. Berikut adalah masa perjalanan berlepas dan ketibaan: Contoh untuk penerbangan 8Mac:
EY 411 08MAR KUL - AUH 2020 2345

EY 653 09MAR AUH - CAI 1015 1225

5. Pembatalan setelah eTiket dikeluarkan dikenakan caj.

Harap Maklum

Salam,
UmmiMM

Wednesday 2 March 2011

'FINAL FLIGHT BOOKING' : ETIHAD AIRWAYS

Assalamualaikum wbt,
Sila ambil maklum perkara dibawah:

Pelajar yang memohon siri pertama penjualan tiket ETIHAD RM1399 (termasuk cukai). Sila pastikan yang anda telah menerima eTicket masing-masing melalui email.

Majlis Pelajar Bersama MB : “Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”

Salam,
Sila ambil maklum bahwa semua pelajar Selangor yang terlibat didalam Ops EHSAN perlu menghadiri Majlis bersama MB Selangor pada masa dan tempat di bawah:

MASA: 10 pagi / Jumaat / 4 Mac 2011
TEMPAT: Dewan Besar Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Majlis Hi Tea - KL Tower - Bersama Anak-Anak Yatim


Assalamualaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Hitea yang akan diadakan Ahad, 6hb Mac, 2ptg di Restoran Berputar akan turut dihadiri oleh 50 anak-anak yatim di sekitar Selangor. Semoga ukhuwah yang kita jalinkan bersama anak-anak yatim ini nanti dapat sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi dan menjadikan kita 'mentor yang baik' kepada mereka kelak.

Oleh itu, Ummi mencadangkan agar setiap yang datang dapat membawa buah tangan (seorang satu memandai) untuk diberikan kepada anak-anak ini nanti.

Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan Allah swt! Ameen.

Salam,
ummiMM

Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir

sumber laman web JPA
  • Pelajar-Pelajar Tajaan JPA Yang Telah Atau Belum Membuat Tempahan Tiket Penerbangan Pulang Ke Mesir Diwajibkan Untuk Mendaftar Di (Pautan Pendaftaran Online JPA) Mulai 2 Mac 2011 Hingga 5 Mac 2011.
  • Pelajar-Pelajar Yang Telah Tamat Tempoh Sah Laku Visa Dinasihatkan Untuk Memperbaharui Semula Visa Tersebut Di Malaysia Sebelum Pulang Ke Mesir.
  • Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Talian Telefon Seperti Berikut;

No telefon: 03-8885 3430 / 03-8885 3437 / 03-8885 3511

Emel: esila@jpa.gov.my

Harap Maklum

Hi Tea - Restoran Berputar, KL Tower, 2pm, Ahad, 6hb Mac 2011

Assalamualaikum wbt,
UmmiMM menjemput anak2 MM dan JOM Crew! untuk sama-sama ke Majlis Hi Tea dibawah:
Hari: Ahad : 6hb Mac 2011, jam 230 ptg
Pakaian: Casual
FOC!

2 ptg : Ambil tiket masing-masing utk naik ke KL Tower
2-3ptg : 'Sight seeing' di KL Tower
3-530 ptg: Hi Tea

Memandangkan MedicMesir hanya dapat menempah 150 seats, oleh itu dikira 1st come, 1st serve! Sila sahkan kehadiran anda disini. Pendaftaran ditutup bila mencapai 150 orang atau selewat-lewatnya jam 12 tghri, Jumaat , 4hb Mac 2011. RSVP ~ sebab kita perlu mendapatkan tiket untuk naik sebelum hari Jumaat 5 ptg!

Makluman lanjut, sila berhubung dengan Sdr Hadi Othman di talian 0132827267

Salam dan Jumpa di KL Tower!
UmmiMM

Tuesday 1 March 2011

1000LE INSENTIF JOM! ke KULIAH ~ POST OPS PIRAMID MEDICMESIR !

Assalamualaikum wbt anak2 MM yang dirahmati Allah swt!

1. Semoga semuanya didalam 'mode' persediaan akhir untuk kembali ke Mesir. MedicMesir yakin kembalinya anak2 ke Mesir dengan tekad meneruskan mujahadah merealisasikan cita-cita menjadi Muslim Doktor yang 'terkesan' sentuhannya kepada Ummah pada satu hari nanti! (Ameen, semoga dipermudahkan!)

2. Segala yang dilalui oleh anak2 hanyalah sekadar satu episod didalam proses pendewasaan yang akan terlakar didalam sejarah Islam. Musibah ini perlu kita

Pulau Pinang - Pembelian Tiket Penerbangan Mestilah Melalui BKPPPM

Pulau Pinang, 1 Mac - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, BKPPPM mengumumkan segala urusan tiket penerbangan ke Mesir hendaklah melalui pihak yang dilantik oleh BKPPPM, iaitu saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz ( 0134016892) dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah ( 0134870691 ).

Senarai penerima Wang Tunai RM2000

BUTTERWORTH, 28 Februari - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan majlis sumbangan duit tiket kapal terbang kepada pelajar Pulau Pinang yang belajar di Republik Arab Mesir. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 2 Mac 2011, jam 12 tengah hari bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Menurut maklumat daripada Pegawai Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, kehadiran ke majlis tersebut adalah diWAJIBkan. Justeru itu, pihak BKPPPM menasihatkan kepada semua pelajar yang terlibat supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Pihak pentadbiran juga mengalu-alukan tindakan secara bersama dengan menghebahkan makluman ini kepada sahabat-sahabat yang lain tetapi hebahan tersebut mestilah kepada pelajar yang mempunyai tebabit sahaja.

Berikut adalah senarai nama pelajar yang akan mendapat sumbangan tiket yang telah dikeluarkan oleh Pegawai Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang

Keputusan Peperiksaan Mansoura Manchester

Assalamualaikum wbt,
Sukacita di paparkan keputusan peperiksaan semester yang lepas untuk Program Mansoura Machester yang telah diumumkan oleh pihak Universiti.


Usaha lagi, semoga beroleh kejayaan yang lebih baik.

Salam,
ummiMM

[SELANGOR] - Urusan Tuntutan Tiket Pulang

Perhatian kepada ibu bapa yang telah membuat pembelian tiket awal penerbangan pulang anak-anak ke mesir secara persendirian dan tidak di bawah tanggungan Kerajaan Negeri selangor,anda boleh mendapatkan semula nilai harga tiket tersebut daripada pihak kerajaan Negeri selangor berdasarkan item di bawah.

URUSAN TUNTUTAN TIKET

1)Tulis surat menyatakan:

- Bermastautin di Selangor
- Balik sendiri

2) Nyatakan butiran lengkap peribadi

3) Sertakan salinan tiket penerbangan yang telah disahkan

4) Hantarkan pada pejabat SUK Selangor di alamat berikut:


YB Puan Dr. Halimah Ali,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,
Tingkat 12,
Pejabat SUK Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,Selangor.

Source : Portal BKASM (http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=704&Itemid=414)