Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label o. Dari Ummi. Show all posts
Showing posts with label o. Dari Ummi. Show all posts

Sunday, 6 February 2011

Kumpulan Operasi Penghantaran Pelajar melalui MedicMesir

Alhamdulillah,

Sejak berlakunya peristiwa 25hb Januari 2011, MedicMesir telah menguruskan 3 penerbangan secara berkumpulan untuk pelajar melalui penerbangan Saudi Air. Usaha ini terbuka untuk semua pelajar Mesir dan tidak terhad kepada pelajar MedicMesir sahaja. InshaAllah, kumpulan ketiga ini akan sampai di lapangan Terbang KLIA pada hari esok, Ahad, jam 2 petang. Kumpulan ini sekarang berada bersama UmmiMM di Jeddah International Airport. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Rabbuna Yusahhil.

Salam dari Jeddah,
UmmiMM

Semua KOS JEDDAH-KL diTANGGUNG

Salam,
MedicMesir mengucapkan terimakasih atas perubahan keputusan asal yang diambil oleh kerajaan Malaysia iaitu menghantar PERCUMA hanya untuk Kaherah - Jeddah kepada pakej PERCUMA dari Kaherah-Jeddah- dengan pesawat dengan PERCUMA. Usaha ini akan banyak membantu kos dan masa yang ditanggung oleh pelajar.

Rujukan link berkaitan:
1. Keputusan Pelan Tindakan Evakuasi yang Asal
2. Menteri Luar Negara belum membuat keputusan mengenai kos Jeddah ke KLIA
3. Pelajar yang sudah berada diJeddah boleh membiayai kos ke Kuala Lumpur jika ingin pulang cepat

Terkini dan TERAKHIR:
SEMUA KOS DITANGGUNG OLEH KERAJAAN

Alhmdulillah......

Salam ikhlas,
UmmiMM, dari Jeddah International Airport

Friday, 4 February 2011

Coretan Ummi mengenai para 7

Salam, Ummi merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi, bertarikh 2hb Februari 2011, mengenai perkara diatas.

Link kepada kenyataan penuh, sila baca disini.

'Disappointed! '

Ini adalah keluhan spontan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Tanta University. Turut dikongsi oleh AlAzhar, Alexandria dan Mansoura.

'Penafian! '

Penyataan ini telah menimbulkan kecelaruan serta kebimbangan anak-anak di Mesir, ibubapa serta pihak pengurusan Universiti. Oleh itu, Ummi mengambil inisiatif untuk menghubungi semua Dekan Fakulti Perubatan di Mesir. Kesemuanya menafikan kesahihan kenyataan para 7 diatas dan turut meluahkan nada kesal terhadap kenyataan tersebut.

'12.02.2011'

Secara umumnya, semua Universiti berhajat untuk mengekalkan tarikh pembukaaan sesi kuliah selepas 'winter break’, iaitu pada 12hb Februari 2011. Namun demikian, agak mustahil kerana proses 'evacuation' kerajaan Malaysia baru saja bermula. Oleh itu, secara keseluruhannya, semua Fakulti Perubatan di Mesir masih mengharapkan agar kuliah dapat dimulakan pada awal Mac 2011.

'Curfew'

Semua sedia maklum 3 petang hingga 8 pagi diistiharkan sebagai 'curfew'. Pada penghematan Ummi, keadaan di Mesir diluar 'curfew' adalah selamat dan seperti biasa. Namun, bermulanya 'curfew', semua dinasihatkan agar berada dirumah supaya tidak terdedah kepada perkara yang tidak diingini.

Ini bukan 'WAR' tetapi 'PROTEST'

Kita perlu faham bahawa pergolakan yang berlaku di Mesir buat masa kini BUKANLAH satu peperangan seperti yang berlaku di Palestin ataupun Iraq. Ianya hanyalah 'demonstrasi jalanan' diantara 'protestor' pro dan anti kerajaan. Oleh itu, suasana tegang hanya berlaku didalam 'zon masa' yang boleh dijangka. Antara waktu yang paling tegang adalah selepas solat Jumaat pada setiap minggu.

‘Propaganda? CNN?’

Bagi pegawai2 kerajaan Malaysia di Mesir, baik dari Pejabat Kedutaan Malaysia Di Mesir mahupun Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), serta anak-anak Dirasat dan Perubatan , mereka adalah orang yang lebih arif mengenai isu dan suasana yang sebenarnya. Bagi mereka yang berada diMesir, rata-ratanya menyatakan kekesalan terhadap pihak media Malaysia dan luar negara terutamanya CNN yang ‘mempropagandakan’ suasana tegang di Mesir. Oleh itu, ibubapa serta rakyat Malaysia amnya berada didalam keadaan ‘cemas dan risau’ akan keselamatan orang yang disayangi diMesir. Hakikatnya, anak-anak Mesir pada asalnya tidak berniat untuk pulang ke Malaysia. Akan tetapi, keadaan menjadi agak 'panic' setelah ‘evacuation plan' dikeluarkan. Namun, ini bukan lagi menjadi pilihan, tetapi satu ARAHAN yang MESTI dipatuhi sebagai langkah 'menyelamatkan diri'. Maaf jika dikatakan bahawa ‘Evacuation Plan’ ini tidak memihak kepada anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan.

Harapan dan masa depan pelajar di Mesir

Harapan Ummi, agar keadaan ini adalah SEMENTARA. Anak-anak Mesir merindukan suasana sebelum tragedi 25hb Januari 2011 dan INGIN KEMBALI ke KULIAH SECEPAT MUNGKIN dan bukannya selepas 3, 6 atau 9 bulan. APATAH lagi 1 tahun!

Mohon maaf jika ada pernyataan yang menyinggung mana-mana pihak. Namun, ini adalah ikhlas dari hati seorang ibu yang amat menyelami hati dan perasaan anak-anak di Mesir! Semoga musibah ini TIDAK sekali-kali melunturkan semangat dan cita-cita asal anak-anak ke bumi Mesir! UmmiMM loves u guys!!

Teruskan berdoa. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan kita, Rabbuna Yusahhil.

Salam Sayang teramat Sayang,

Siti Haniza Mohd Nazri aka UmmiMM

dari Lobi Terminal 3, Cairo International Airport (masuk hari ke 6 berumah di Airport)

HP Mesir: +2 011 2582670

HP Malaysia: +6 019 2306167

BBM pin: 218B5012

Email: ummi.medicmesir@gmail.com

4pagi, 4hb Februari 2011

Wednesday, 8 December 2010

Menghayati Hijrah !

Salam Hijrah buat anak-anak Ummi semua ..


Alhamdulillah kita di ketemukan lagi dengan 1 Muharram 1432. Dan sewajarnya kita menghayati dan memperkukuhkan hijrah kita yang lalu. Dari sudut geografi nya anak-anak semua telah pun berhijrah merantau jauh ke bumi Mesir ini. Oleh itu, walaupun berjauhan dari ayah dan ibu, kita semestinya sentiasa memperkasakan iman dan taqwa. Panjatkan doa untuk mereka. Ingatlah hijrah ini adalah juga satu pengorbanan untuk mereka.


Anak-anak yang disayangi...

Mengambil kesempatan tahun baru hijrah ini, marilah kita mengislahkan diri, melihat mana-mana sudut yang boleh diperbaiki. Sebagai seorang mahasiswa kita perlu sentiasa peka bukan sahaja terhadap teknologi dan penemuan baru, tetapi juga perlu sentiasa membaiki akhlaq, hormat-menghormati terhadap teman-teman apatah lagi pensyarah yang menjadi sumber utama kita memperolehi ilmu. Lantaran itu adab-adab ‘berteman’ dan ‘berguru’ perlu kita hayati dengan sebaik mungkin agar keberkatan dapat mengiringi pergaulan dan pengetahuan yang kita perolehi.

Adalah amat wajar untuk anak-anak semua merendah diri dengan para pensyarah. Memuliakan guru amat di tekan oleh Islam. Hormati dan muliakan mereka baik di bilik kuliah mahupun diluar. Berikan salam terlebih dahulu jika berseliseh di jalanan, jangan meninggikan suara jika berbicara, jangan mengejek atau mentertawakan pendapatnya apatah lagi memburukannya di hadapan orang lain. Semasa di kuliah hormatilah pensyarah dengan tidak bercakap-cakap di belakang, tidak keluar tanpa izinnya, jika perlu berdiri jika ingin bertanya, dan mengucapkan terimakasih setelah selesai kuliah.

Anak-anak yang dikasihi.....

Jadikan awal Muharram ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui tekad yang lalu. Jika ada antaranya bertekad untuk tidak ponteng kelas, maka perkukuhkan azam ini. Hargailah ilmu. Menghadiri majlis ilmu diibaratkan seperti pergi ke ‘taman-taman syurga’. Jangan sempitkan pengertian majlis ilmu. Ia bukan terbatas kepada program ‘smart-circle’, liqa, usrah atau ceramah. Ilmu Allah itu maha luas. Menghadiri kuliah juga menghadiri majlis ilmu. Lantaran itu hadirilah kuliah kerana ia juga adalah taman-taman syurga. Jangan biarkan diri menonton dari jauh. Lantaran itu kita harus bijak mengatur waktu dan mengemudi diri sebagai seorang mahasiswa. Jangan biarkan aktiviti sosial, khususnya di FaceBook, mengganggu ketepatan masa menghadiri majlis ilmu serta melalaikan fokus kita didalam majlis ilmu tersebut.


Anak-anak yang di hargai....

Di kelangsungan kita menuntut ilmu kedoktoran... wajarlah juga ia di hiasi dengan ilmuan yang menjurus kearah akhirat. Kerana itulah matlamat akhir kita. Berilah ruang waktu untuk kita menghadirkan diri dalam program-program yang mematangkan iman dan taqwa. Aktiviti ini amat perlu kerana tanpanya kita khuatir iman kita semakin luntur. Iman perlu sentiasa di pertingkatkan. Peningkatan ilmu akhirat akan menjadikan kita Doktor Muslim yang membezakan kita dengan doktor-doktor biasa yang lain. InsyaAllah.


Akhir kalam, Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.


Salam Ma’al Hjrah.

Salam Sayang dan Sayang,

ummiMM

I Muharram 1432

Wednesday, 29 September 2010

Peruntukan 100,000LE untuk program pelajar MedicMesir

Salam,

Sukacita dimaklumkan, pihak MedicMesir memperuntukkan sebanyak 100,000LE untuk menjayakan program yang dianjurkan atas inisiatif pelajar bagi sesi akademik 2010/2011. Program ini, samada berbentuk peningkatan akademik, peningkatan kendiri atau kemahiran tertentu, program peningkatan khidmat sosial / ilmu agama dan program meningkatkan 'ukhuwah fillah' sesama warga MedicMesir khasnya dan warga Mesir umumya.

Belanjawan akan diberikan mengikut muhafazah. Oleh itu wakil pelajar setiap muhafazah perlu menghantar cadangan program untuk kalendar akademik 2010/2011 yang berakhir Julai 2011. Cadangan mestilah dihantar selewat-lewatnya 15hb Oktober 2010.

Cadangan program dan pembentangan mengikut muhafazah perlu diadakan antara 20-30hb Oktober 2010 di Mesir bersama Ummi sebelum kelulusan dapat dibuat. Oleh itu, setiap muhafazah perlu kreatif dan proaktif didalam mempastikan peruntukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga peruntukan ini memberi keselesaan didalam melatih diri antum kearah pembentukan ikon Doktor Muslim yang dinanti oleh ummah. Semoga dimudahkan segala urusan ! Ameen.

Salam Sayang,
ummiMM

Thursday, 9 September 2010

Salam Idil Fitri 2010


Doa kita moga ibadah Ramadhan kita diterima oelh Allah swt! Semoga Idilfitri juga membuka peluang untuk kita mengeratkan ukhuwah fillah sesama kita.
Maaf Zahir Batin atas apa jua kekhilafan serta kelemahan diri!

Salam Sayang,
ummiMM

Wednesday, 11 August 2010

Marhaban Ya Ramadhan!

MedicMesir mengambil kesempatan ini mengucapkan 
Selamat menunaikan ibadah puasa,
bersama kita leburkan kekhilafan,
semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan keagungan Lailatul Qadar,
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkanNya do'a - do'a kita dan
kembali menjadi fitrah
TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM 
Mohon Maaf Zahir dan bathin
Salam Ukhuwah Fillah,
ummiMM

Friday, 30 July 2010

Summer Holiday - QATAR / GULF AIR tickets

Salam,

MM students, back for Summer Holiday and currently holding Qatar or Gulf air ticket, pls contact the numbers below if u wanna change or confirm your returning date.

QATAR: 03 21186100 or GULF AIR : 03 21412676

It Suppose to be FREE for 1st time change. Pls mention MedicMesir. If they wanna charge u....call ummi lah..(as usual)

Enjoy ur holiday!!...(Jangan lupa daftar JOM SPIES!!)

salam & lots of luv,

ummiMM

Sunday, 25 July 2010

TAHNIAH PELAJAR TAHUN 1 2009/2010 TANTA UNIVERSITY


Salam,

Syukor kehadrat Allah swt atas KEJAYAAN LUAR BIASA pelajar2 Tahun 1 TANTA University. Sama2 kita berdoa agar kejayaan ini dapat dipertingkatkan pada sehingga Tahun Akhir.! Sukacita dikongsikan disini ANALISA NATIJAH TAHUN 1. Semoga ianya menjadi panduan kepada semua.

PRESTASI MENGIKUT GRED
MUMTAZ : 20 orang (9.3%)
JAID JIDDAN : 82 orang (38.1%)
JAID :47 orang (21.9%)
MAKBUL :2 orang(0.9%)
DURTHANI :57 orang
GHAIB : 7 orang
JUMLAH PELAJAR: 215 pelajar

PRESTASI MENGIKUT SUBJEK
PHYSIOLOGY (Mumtaz:55 / JJ:78/ J:42/M:18/D:14/G:8)
ANATOMY (Mumtaz:9/JJ:39/J:59/M:47/D:53/G:8)
HISTOLOGY (Mumtaz:16/JJ:47/J:55/M:46/D:35/G:16)
BIOCHEMISTRY (Mumtaz:131/JJ:45/J:15/M:9/D:8/G:7)

BILANGAN JUMLAH DHUR THANI
1 subjek:23 orang
2 subjek:21 orang
3 subjek:7 orang
4 subjek:6 orang

Semoga kecemerlangan ini sama-sama akan menaikkan nama .TANTA UNIVERSITY....Insyallah! TerimaKasih kepada semua yang menyumbang kepada KEJAYAAN ini. Hanya Allah swt yang memberi balasan baik!

salam,
ummiMM

Monday, 10 May 2010

Selamat Hari Ibu.....

Salam....

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari IBU kepada semua ibu-ibu yang banyak berkorban didalam mempastikan kejayaan anak-anak di dunia dan di akhirat!

Semoga keringat serta pengorbanan ini dibalas sebagai amalan yang solehah! Ameen! Untuk anak-anak di Mesir, yang semuanya sedang berada didalam fatrah IMTIHAN.....berikanlah keputusan yang TERBAIK ...HADIAH buat insan yang tersayang yang digelar IBU, MAMA, MA, MAK & UMMI!.....

Ya Allah! permudahkan lah usaha anak-anak kami ! Ameen!

ummiMM

Friday, 23 April 2010

TUNTUTAN TIKET DAN BANTUAN UMUM RM5000


Salam,


Perhatian pelajar Tahun 1 dan 2 yang kini berada di Mesir!

MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan tajaan penuh MAIS dan bantuan umum utk pelajar Tahun 2 yang disampaikan di mesir minggu lepas. Syukor alhamdulillah juga kepada pelajar Tahun 1 yang telah menerima cek bantuan umum dari pihak yang sama. Bagi membantu mereka yang layak, tetapi masih belum menerima bantuan, sila isikan borang dibawah. Ini bagi melicinkan urusan 'follow-up' pihak MedicMesir dengan MAIS.


Semoga usaha ini membantu. Insyallah!!

Salam ikhlas,
ummi :-)

Wednesday, 21 April 2010

Salam Imtihan 2010!

Salam, MedicMesir mengucapkan Salam IMTIHAN kepada semua warga Tantarian Tahun 1- Tahun 5 yang akan memulakan IMTIHAN FINAL pada pagi ini, esok dan seterusnya!

Ya Allah! Engkau tenangkan lah hati anak2 kami didalam menghadapi IMTIHAN ini! Ya Allah! Engkau permudahkan lah IMTIHAN ini....Berilah Bantuan...Anugerahkan Kekuatan!! Agar......Yang Lupa ...Diingatkan!!...... Yang Salah...dibetulkan!! ...............Yang Sukar...Di mudahkan!!...Hati yang resah...ditenangkan!!

Agar mereka BERJAYA dan BERJAYA di dalam kesemua paper yang diambil!!..Ameen Ya Rabb!....Bit Taufiq Wan Najah Fil Imtihan!!

Begin with MUMTAZ in MIND.........goMUMTAZ 2010~
Salam Sayang :-)
ummi

Tuesday, 5 January 2010

Back Home after 3 months

salam...all...

sorry..it's been quite a while..tak ber-update....partly, because...i've lost my camera (ni kira niat sedekah kat driver taxi!!!)...and ErtiSolat Broadband line terminated due to unforeseen reason...(Sob!!..Sob!!)..

Now back home from Mesir...after 3months...dok sama anak2 MedicMesir.....tak terkata perasan sedih meninggalkan Mesir....It was sleepless night few days b4 leaving..kiri tak kena..kanan tak kena..sedih dah nak balik!!!

The departure really brought tears to my eyes....padahal next month nak dtg lagi ...To those making surprise appearance at Terminal 2 , Cairo Airport....Shukran Awi...no words can express how i felt.... Love u all so MUCHHHH.. :-)

Last but not least............ALL THE BEST!! and wanna see all of U MUMTAZ...this year..insyallah.
May Allah swt showers u...MM peeps, with his blessings and grants all good wishes!!

Take care & Salam,
ummi

Monday, 7 December 2009

Salam Imtihan 2009

Salam...

setelah selesai musim makan daging...tiba pula musim mid sem atau mid year exam!..
DOA...agar imtihan kalian dipermudahkan Allah swt !!!...Do ur Best!!

Ya Allah! engkau terangkan hati2 mereka agar mudah menerima ilmu mu ...
Ya Allah! engkau mudahkan urusan imtihan mereka...agar mereka tergolong dalam hamba2 mu yang menerima kejayaan...dunia wa akhirat
Ya Allah! mudahkan urusan tajaan mereka...Ameeen Ya Raab!!

ummi

Friday, 4 December 2009

Terimakasih barisan EXCO PCM / PCT / PCI !!

Salam...
MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada mereka yang terpilih untuk memegang amanah barisan exco pimpinan pelajar untuk sessi 2009/2010. TerimaKasih juga kepada pimpinan pelajar yang banyak menghulur bantuan dan tunjuk ajar kepada adik-adik MedicMesir di semua muhafazah selama ini. Segala tunjukajar antum masih diperlukan dalam meniti menara kejayaan ini...

Tak tertinta juga nama-nama antum disini .....
Setinggi-tinggi penghargaan untuk mantan Pengerusi, Timbalan & Barisan exco!
Di Mansoura>>>> Sdr Ezzat Kamal, Sdr Irham dan barisan exco...
Di Tanta >>>Sdr Zulkifli, Sdr Nurul Husna Sani dan barisan exco...

Untuk di Alexandria ...yang akan bermesyuarat pada awal Januari 2010..
Sdr Mohd Hafizuddin, Sdr Nawwar Afifah dan barisan exco...

Tak terbalas budi baik antum ...semoga Allah swt sahaja yang membalasnya....

Ya Allah, Kau permudahkanlah setiap urusan baik yang mereka lakukan terhadap adik2ini .Ya Allah kau terangkanlah pintu Hati & Tajamkanlah minda mereka untuk menerima ilmu PERUBATAN mu. berikan mereka MUMTAZ!! Lindunglah dan rahmati mereka...Ya Allah kurniakan mereka kejayaan dunia dan akhirat...Rahmati ibu bapa mereka yang membesarkan mereka !!! Ameen Ya Raab...

salam ikhlas dari ummi

Saturday, 19 September 2009

Eid Mubarak !

Salam Eidul Fitri utk semua.....

Semoga latihan di 'University of Ramadhan' memantapkan diri kita sebagai insan yang diredahi Allah Swt. Kita doakan agar ibadah kita diterima Allah swt dan segala dosa kita di ampuni Allah swt. Ameen!

Happy Eid!!

Salam iklas dari,
ummi, dari Mekah :-)

Saturday, 22 August 2009

Ramadhan Kareem!

Seluruh warga MedicMesir mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua Muslimin dan Muslimat semua. Semoga puasa ini peluang untuk kita meningkatkan amal, memperbaiki diri kita dan insya Allah menjadi insan yang lebih baik.

Insyallah, ummi akan menunaikan Umrah dari 4hb September dan kembali pada 1 Syawal. Mohon segala urusan dapat diselesaikan sebelum 4hb Sept 2009. Selepas 4hb Sept, Sila berurusan dengan En Idham di talian 03 8948 9030 / 019 3106167.

Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita dan menerima ibadah Ramadhan kita. Ameen

ikhlas,

Siti Haniza @ ummi


Sunday, 31 May 2009

Ya Allah! Aku bermohon imtihan yang dipermudahkan!

Salam, Sempena 1st paper utk Sem 2 yang bermula esok...ummi serta ibu/ayah MedicMesir yg lain memohon kehadrat Allah swt....agar dipermudahkanperjalanan imtihan ini...

Ingat! Sem 2 amat penting bagi mempastikan Tajaan JPA untuk Sem yang akan datang!!..So, pls do ur BEST!

Insyallah, Kejayaan buat semua! Ameen Ya Raab..

Salam, ummi :-)

Monday, 18 May 2009

Lunch + Dinner @ Musim Imtihan

Bismillahirahmirahim.....Salam ....
Sempena musim imtihan ini, MedicMesir berhajat membekalkan lauk-pauk makan tengahari & malam.  Insyallah, penghantaran akan dibuat dalam masa terdekat sehingga hari terakhir exam PBL-Mansoura Manchester yg berakhir pada 10June 2009.
Modus Operandi penghantaran akan dimaklum kemudian.  Buat masa ni, nak dptkan info aja dulu...berapa yg berminat?.  Minta wakil rumah....namakan ahli2 rumah & alamat diruang 'Apa Kata Anda' dibawah. Bekalan dibuat mengikut rumah. Tutup Isnin, 18Mei, 5ptg. it's FOC. Untuk mengelakkan pembaziran, pembekalan akan dibuat kpd yang mendaftar saja. Ini bagi memudahkan maklumat disampaikan kpd urusetia catering...

Semoga usaha ini membantu menjimatkan masa dimusim intihan. Kesihatan dan makan perlu dijaga...agar imtihan berjalan dengan lancar.....Semoga dipermudahkan kejayaan semua....Ameen YA Raab

Salam ikhlas,
ummi @ cairo

Friday, 24 April 2009

Doa Imtihan dari Ummi

Salam,
Alhamdulillah, Semoga semua barada didalam afiat dan iman. Hmmm..nampaknya anak2 semua sudah berada dalam fatrah imtihan. Bila tiba masa ‘kecemasan’ inilah, banyak pula terasa yg nak dibaca, maka, barulah terkenang masa ‘keemasan’ yang telah Allah swt berikan kpd kita yang mungkin kita ‘take for granted’ selama ini. Masa ini barulah kelas tambahan sini sana, baru nak fotokopi past year question dan lain-lain. Masa ni jugalah,barulah terasa tak cukup tidur.Sembang pasal Imtihan atau Exam atau Periksa atau apa nama sekali pun, memang suatu yang pasti mendebarkan kita. Tak pernah kita lihat mereka yg terlompat-lompat bila tiba waktu nak exam ni. Panik, darah gemuruh…dub dab..dub dab…suatu yang common bila tiba saat2 nak menghadapi imtihan.

Mengapa Imtihan?
Imtihan perlu bagi menguji tahap kefahaman kita terhadap sesuatu yang dipelajari. Ini penting bagi mempastikan kita termasuk didalam golongan mereka yang telah diuji sebelum dibenarkan mempratikkan ilmu itu kepada masyarakat yang akan kita wakili. Apa yg jadi…setiap kali lepas imtihan…ha..lupa habis yg kita belajar. ngapa jadi gitu yer?..Adakah kita tergolong dalam golongan mereka yg ‘ nak pass aja-NPA’?? Jika kita termasuk dalam golongan ‘NPA’..maka RUGI besarlah kita…LULUS TANPA ILMU …..Insyallah, ummi yakin kita tak gitu……Kita doakan agar diberi kekuatan memahami, cemerlang IMTIHAN, moga, dengan ILMU yang kita pelajari setiap tahun atau semester menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dan bersedia untuk berperanan di celahan masyarakat yang menantikan perkhidmatan kita. Bukan senang nak jadi Doktor ni!!

Mengapa perlu LULUS?
Untuk yang baru first year dan yang ke Mesir dangan wang ringgit pa-ma, imtihan ni akan memberi lebih makna kerana LULUS=SPONSOR dan SPONSOR=FULUS. Jika tak LULUS, maka pa-ma kita terpaksa memikirkan dimana lagi perlu dikorek sen sen yang diperlukan. Sebagai pembakar semangat, ummi ke JPA minggu lepas untuk melihat senarai keputusan Tajaan Luar Negara. Alhamdulillah, semua…yup semua! Semua pelajar yang LULUS (ya…LULUS, Maqbul, min 60% tahun pertama) mendapat kelulusan tajaan JPA. Terharu dan hampir menitiskan airmata…Oleh itu…ummi pohon dan pohon….Give your BEST Shot!! excel in coming exam…Jadikan ini Hadiah teristimewa buat IBU (atau arwah IBU)!!!

Memandangkan exam pun dah nak start esok lusa ni…so tak perlu nak bagi tips itu ini. Apa yang penting, jaga kesihatan, eat well , avoid staying up unnecessarily. Avoid keadaan dimana kita akan jadi BLANK atau BLACK-OUT! Stay cool and relax, supaya fikiran kita tenang mengiringi setiap langkah ke dewan imtihan. Tingkatkan zikir dan doa terhadap Allah swt…sesungguhnya Allah swt lah sebaik-baik penolong dan satu-satunya tempat kita sandarkan harapan. Perbanyakanlah solat hajat dan berdoa agar Allah swt permudahkan imtihan ini. Mohon restu dan maaf dari ayahbonda.

Untuk AyahBonda, perbanyakanlah solat hajat, doa, doa, doa yang tak putus-putus! Anak-anak kita memerlukan doa kita…dan insyallah, doa IBU adalah lebih makbul dari doa-doa yang lain.. yakinlah,pepatah Arab…Man Jadda Wa Jadda (barang siapa usaha sungguh-sungguh, pasti akan dapat). Akhir kalam, ummi doakan kecemerlangan buat semua anak-anak dibumi Mesir, tak kira melalui apa channel sekalipun mereka hadir….WE ARE ALL ONE!…semoga allah swt permudahkan kalian menghadapi imtihan …..Selamat menghadapi imtihan
Salam sayang dari Ummi :-)