Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 25 February 2013

TAWARAN PROGRAM PERUBATAN MANSOURA


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada pelajar yang telah menerima tawaran ke Program Perubatan Mansoura. Mohon sahkan di link maklumbalas samada Program Konvensional atau Program Mansoura Manchester. (Klik sini)

3. Tindakan ini penting untuk urusan Surat Tawaran Sementara dan urusan selanjutnya. 

Shukran dan Salam,
UmmiMM

SUDAH MEMOHON ONLINE TETAPI TIADA KELULUSAN / RESPOND


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada pemohon yang telah memohon secara online tetapi nama mereka masih belum tersenarai didalam kelulusan SIRI 1 hingga SIRI 4.

3. Mohon sekiranya dapat dimaklumkan melalui BORANG PERTANYAAN STATUS MEDICMESIR 2013 dilink ini. Pihak kami akan menghubungi anda untuk penerangan secara individu.

4. Semoga makluman ini membantu dan melancarkan urusan kita bersama.

Shukran dan Salam,
UmmiMM

SIRI 4 : SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN MESIR 2013 / 2014 ( SPM 2011 dan terdahulu )


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan dari SIRI 4 lepasan SPM tahun 2011 atau terdahulu yang telah membuat permohonan secara online.

SIRI 3 : SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN MESIR 2013 / 2014 ( SPM 2012 SAHAJA )


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan SIRI 3 dari lepasan SPM 2012 yang telah membuat permohonan secara online.

Wednesday 20 February 2013

'SOUND AND LIGHT SHOW FOR PYRAMIDs AND SPHINX MODEL"

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.

2. InshaAllah, malam ini, 5-7 malam Mansoura University dan Kelab Waffedyn menganjurkan "Sound and Light Shows for Pyramids and Sphinx Models' di Moghatta Village, Mansoura.  Pertunjukan ini akan diadakan didalam Bahasa Melayu. 

3. MedicMesir menaja 250 tiket. Oleh itu sesiapa yang telah mendaftar melalui posting FaceBook tempoh hari boleh mendapatkan tiket PERCUMA  masing-masing dari wakil pelajar, Saudara Harry, Tahun 1 Manchester.

4. 'Enjoy the show !' . Jaga diri baik-baik. 

Salam,
UmmiMM

SIRI 2 : SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN MESIR 2013 / 2014 ( SPM 2012 SAHAJA )

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan dari lepasan SPM 2012 yang telah membuat permohonan secara online.

SIRI 1 : SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN MESIR 2103 / 2014 (SPM TAHUN 2011 dan SEBELUMNYA)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan dari lepasan SPM tahun 2011 atau terdahulu yang telah membuat permohonan secara online.

Tuesday 19 February 2013

KHIDMAT MENDAPATKAN KAD PELAJAR DAN TERJEMAHAN TASDIQ KULIAH


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk istiqamah didalam mujahadah ini.

2. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar TAHUN 1 yang masih belum mendapatkan KAD PELAJAR dan TERJEMAHAN TASDIQ KULIAH dari EME.  

MENJAWAB PERSOALAN MENGENAI ELAUN RM900 KEPADA SEMUA PELAJAR MARA DI MESIR.


Bismillahirahmanirahim :-) 

Assalamualaikum wbth....Hari ni Inbox Ummi penuh dengan persoalan yang sama.....

1. Betul ke MARA naik elaun SPC MARA?
2. Betul ke rayuan pelajar SPT yang selama ni 'survive' hanya dengan bantuan yuran sahaja dari MARA diluluskan juga ?
3. Perlu apply ke atau automatik?
4. Bayaran ni pinjaman ke sebaliknya?
5. Bila boleh dapat?
Jawapan Ummi menurut turutan setelah merujuk dengan MARA;-)
1. Alhamdulillah YA

2. Alhamdulillah YA

Sunday 17 February 2013

PERMOHONAN PELAJAR DI MESIR DILULUS

PEKAN 16 Feb. - Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

RAYUAN TAJAAN ELAUN SAKU TAMBAHAN PELAJAR JPA 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,

1. Semoga anak2 semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.


2. Posting ini dalah merujuk kepada rayuan pelajar-pelajar JPA yang dibawah Program Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara.
3. Untuk makluman, semasa pertemuan yang dibuat oleh UmmiMM bersama YAB Perdana Menteri di Mesir pada bulan Januari 2013 yang lepas, hanya isu pelajar MARA yang diketengahkan. Perbincangan yang berlaku pada waktu tersebut hanya berkisar kepada tajaan MARA dan dalam masa yang sama tiada wakil dari pelajar JPA yang mengutarakan permasalahan mereka. Rujuk posting terdahulu di link ini 
http://medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html

Friday 15 February 2013

'MUMTAZ PLAN' ~PERANCANGAN DAN BUDGET JOM MUMTAZ SESI KEDUA 2012 /2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,

1. Alhamdulillah, setakat ini keputusan imtihan Sem 1 yang telah diumumkan adalah Mansoura Manchester dan Program Pergigian , Alexandria University. InshaAllah, yang lain-lain dalam proses.


2. TAHNIAH kepada yang CEMERLANG ! Bagi yang kurang cemerlang, usaha dengan penuh ITQAN dan IKHLAS untuk semester yang kedua.  Memandangkan ramai yang memperolehi keputusan yang cemerlang, maka persaingan akan bertambah hebat. Oleh itu apa juga keputusan anda, teruskan Istiqamah ! Semoga Allah akan mempermudahkan segala usaha kita.

Tuesday 12 February 2013

NATIJAH IMTIHAN SEMESTER 1 - MANSOURA MANCHESTER


Bismillahirahmanirahim! Assalamualaikum wbth,

Anak2 tersayang Mansoura Manchester Sem 1 2012 /2013,

1. Alhamdulillah, kesemua  natijah Semester 1 boleh diperolehi mengunakan ID dan password masing-masing dilink dibawah :-)
app1.mans.edu.eg/muStudentsAC/Education/CreditHour/RegMain.aspx?doIndex=checkStuAcceptance&UserID=12345678.#

(Sila pastikan anda mengunakan Internet Explorer dan tukarkan XXXX dengan number terakhir ID Universiti anda. Contoh 7000xxxx. (pastikan letak '.' selepas ID). Bila muka lama terpapar, klik 'transcript')

2. TAHNIAH kepada yang cemerlang, bagi yang kurang berjaya...USAHA lebih giat lagi Semester ke 2 ini. 

Thursday 7 February 2013

PM lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia


Mutakhir
PM lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian. 
"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini, hari ini. 

RAYUAN TAJAAN BUAT PELAJAR YANG LULUS KE TAHUN 2 TAPI MASIH TIADA TAJAAN


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk istiqamah didalam mujahadah ini.

2. Posting terdahulu mengenai usaha rayuan mendapatkan wang saku bagi mereka yang telah mendapat tajaan MARA dan JPA adalah dirujuk http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html

3.Oleh itu, posting ini merujuk kepada anak-anak MedicMesir yang masih belum mendapat tajaan.  Sila ambil maklum, seperti biasa tajaan JPA atau MARA adalah untuk mereka yang memperolehi Jayyid Jiddan dan Mumtaz. Namun, memandangkan ada juga beberapa kes sebelum ini kelulusan diberikan kepada mereka yang memperolehi keputusan Maqbul dan Jayyid. Oleh itu, MedicMesir mengambil peluang untuk menghantar rayuan untuk mereka yang memperolehi Maqbul dan Jayyid juga.

4. Sila ambil maklum bahawa, ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam memastikan anak-anak MedicMesir diberi peluang tajaan. Bagaimanapun, keputusan adalah HAK MUTLAK penaja.

5.  Rayuan ini dengan anggapan, anda telah memohon JPA atau MARA pada tahun 2012, tetapi keputusan GAGAL atau TIADA BERITA. 

6. Apa jua pun keputusan peperiksaan anda, sila pastikan anda memohon JPA yang kini dibuka sehingga 28hb Februari 2013. Segala permohonan sila berurusan terus dengan JPA.
Mohon di link ini http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PYLN

6. HANYA BAGI UNTUK TUJUAN RAYUAN, mohon kesemua anak-anak MedicMesir yang masih belum mendapat tajaan setakat hari ini mengisi makluman dilink ini.
BORANG RAYUAN TAJAAN JPA / MARA 2013

7. Untuk tujuan ini, mohon untuk email slip keputusan terakhir ke email zana.medicmesir@gmail.com sebelum 15hb Februari 2013. Untuk memudahkan urusan sila hantar email dengan subjek : NAMA PELAJAR (RAYUAN TAJAAN).

8. Segala pertanyaan sila email ke zana.medicmesir@gmail.com. Semoga usaha ini dimudahkan dan mendatangkan manfaat. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Monday 4 February 2013

RAYUAN TAMBAHAN ELAUN WANG SAKU BAGI PELAJAR JPA DAN MARA


Assalamualaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada perbincangan UmmiMM bersama YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa kunjungan beliau ke Mesir baru-baru ini.

3. Rayuan yang telah dikemukakan kepada YAB Dato' Seri adalah berkenaan dengan tajaan MARA dan JPA yang tidak merangkumi elaun wang saku. Setelah penerangan dan perbincangan mengenai hal ini secara peribadi, YAB Dato Seri Najib telah bersetuju untuk meneliti rayuan mengenai perkara diatas.


TINDAKAN LANJUT
4. Bagi memudahkan urusan pihak Jabatan Perdana Menteri, maka, dengan ini, MedicMesir menyediakan RAYUAN KHAS beserta dengan perangkaan peruntukan tambahan yang diperlukan mengikut permohonan yang diterima. 

5. Untuk tujuan belanjawan, MedicMesir ingin mengemukakan belanjawan sebenar yang diperlukan dan setiap permohonan dianggap sebagai permohonan individu.

TINDAKAN PELAJAR MEDICMESIR YANG BERMINAT
6. Setiap pelajar yang berminat, sila sediakan :
a. Surat rayuan untuk maksud diatas dialamatkan kepada YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Surat tersebut mestilah ditulis 'dengan tangan' dan terhad kepada 1 mukasurat sahaja. Surat berkenaan mestilah menyatakan nama penuh anda / alamat Malaysia / alamat Mesir dan No Kad Pengenalan. Sila nyatakan sebab-sebab rayuan.
b. Kepilkan keputusan terakhir anda 
c. Kepilkan muka hadapan surat kelulusan MARA atau JPA 
(sila pastikan di stapler mengikut turutan dan sila hantar tanpa envelope).
Ini memudahkan urusan kompilasi di MESIR.


7. Sila ambil maklum, surat berkenaan perlu diserahkan kepada ketua batch MedicMesir di semua muhafazah sebelum 7hb Februari 2013 jam 12 tghri. Segala rayuan atau dokumen selepas 7hb Februari tidak akan diterima.

8 Bagi mereka yang telah menghantar dokumen rayuan diatas, mohon isikan maklumat anda dilink ini MAKLUMAT RAYUAN MEDICMESIR .
Sila ambil maklum, rayuan tidak dihantar tanpa dokumen di para 6

9. Sila ambil maklum, bahawa ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam membantu pelajar-pelajar setelah perbincangan awal yang telah dilakukan terus dengan YAB Perdana Menteri.

10. Mohon doa semua agar usaha ini BERJAYA. Segala nikmat dan rahmat adalah dari Allah dan semoga dengan kelulusan ini menjadikan anak2 MedicMesir pelajar perubatan yang lebih bersedia untuk menyumbang tenaga kepada Ummah. Ameen

Salam Sayang,
UmmiMM

Friday 1 February 2013

GABENOR BANK NEGARA EGYPT YANG BARU BERMULA AHAD INI.


Bismilillahirahmanirahim ~ Assalamualaikum wbth !

Di hari Jumaat yang penuh barakah ini kita sama2 berdoa agar dengan pemilihan Gabenor baru 'Bank Negara Egypt' ini akan memantapkan ekonomi dan sistem kewangan di Mesir.
InshaAllah, Gabenor akan memulakan khidmatnya Ahad ini....maka dijangka beberapa perubahan akan berlaku didalam masa terdekat terutamanya didalam memperkukuhkan nilai "Egyptian Pound" (EP) berbanding dengan matawang asing yang lain....
Setakat hari ni tukaran EP ke USD :-_
1USD = 6.9 - 6.96 Egyptian Pound (Bank Buy USD)
IUSD = 7.0  Egyptian (Bank Sell USD)

Love EGYPT, 
UmmiMM
---------------

More News;
http://www.egyptindependent.com/news/morsy-appoints-new-central-bank-governor