Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Intake 2013. Show all posts
Showing posts with label Intake 2013. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

BACK TO 'GAMAAH' 2014/15 DAN PERMOHONAN PERUNTUKAN DARI MEDICMESIR UNTUK PROGRAM SEPANJANG SESI AKADEMIK 2014/15.


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, anak2 MedicMesir disemua muhafazah telah memulakan Sesi Pengajian 2014/15 .  Semoga pengajian tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Buatlah perancangan kejayaan anda seawal mungkin !



2. Alhamdulillah, untuk tahun 2014/15, MedicMesir memperuntukan 1,000,000LE untuk program pelajar samada diperingkat Muhafazah, mahupun program diperingkat 'batch'. 70% daripada peruntukan ini dikhaskan untuk Program Akademik mengikut 'batch'  iaitu Program JOM! Mumtaz.  Peruntukan diberikan semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3. 

3. Anak-anak disemua muhafazah diminta menyediakan perancangan satu tahun berakhir September 2015.  Oleh itu EXCO di muhafzah serta Exco JOM! Mumtaz perlu membuat perancangan program dan belanjawan untuk tujuan diatas. 

4. Kertas Kerja serta belanjawan ini perlu dihantar sebelum 1hb November 2014. Hanya kertas cadangan yang dihantar sahaja yang akan ditimbangkan untuk mendapatkan peruntukan ini. 

5. Sila ambil maklum bahawa MedicMesir tidak akan menimbang apa jua 'ONE OFF BUDGET' yang dipohon selepas tarikh diatas.

PROGRAM JOM! MUMTAZ 2014/15
6. Seperti yang anak2 serta ibubapa sedia maklum, MedicMesir menganjurkan Program JOM! Mumtaz bagi pelajar-pelajar yang BERMINAT SAHAJA. Perlu diingatkan bahawa kemasukan ke program ini adalah PILIHAN MASING-MASING dan TIDAK DIWAJIBKAN.  Ini adalah kerana MedicMesir ingin memberi tumpuan HANYA  kepada anak-anak yang berminat dan komited.

7.  Untuk tujuan penyediaan 'Kertas Cadangan dan Belanjawan' , sila ambil maklum bahawa, Peruntukan JOM! Mumtaz 2014 kategori perbelanjaan yang boleh diluluskan merangkumi semua aspek dibawah:

a. Kos Kelas Tambahan / Tutorial
b. Kuliah UMUM yang dijalankan selain dari pihak universiti
b. Makan Minum sepanjang program
c. Makan Minum sepanjang exam
d. Bahan Cetak yang terlibat
e. Pengurusan JOM! Mumtaz 2012
f. Kos Pemantauan oleh mentor-mentor rasmi.
g. Jemputan 'Doktor-doktor berpengalaman'  dari Malaysia untuk tujuan MOTIVASI dan PERKONGSIAN,
h. Jaulah selepas exam.

8. Sila ambil maklum, exco JOM Mumtaz perlu memastikan laporan serta akaun perbelanjaan 2013/14 dihantar sebelum kertas kerja tahun 2014/15 dapat diberi pertimbangan untuk penilaian. Muhafzah yang gagal menghantar laporan 2013/14 sebelum 1hb November tidak akan berpeluang untuk memohon belanjawan sesi 2014/15.

9. Kejayaan JOM! Mumtaz terletak ditangan anak-anak sendiri .  Peranan MedicMesir atau 'seniors yang berpengalaman' hanya sebagai PANDUAN.  Oleh itu, kejayaan JOM! Mumtaz  ataupun tidak bergantung kepada kerjasama dan komitmen masing-masing. Untuk menjamin keberkesanan program, setiap kumpulan JOM! Mumtaz mestilah dibahagi kepada kumpulan lebih kecil dan melantik seorang senior dikalangan mereka.

10. Semoga kita sentiasa tergolong dari golongan mereka yang berUSAHA dengan mengharapkan PERTOLONGAN HANYA DARI ALLAH swt. Usahalan dengan penuh IKHLAS dan ITQAN.  InshaAllah, Allah tidak akan sia-siakan apa jua USAHA. Semoga USAHA ini menghasilkan gerak kerja yang MUNTIJAH. Semoga kejayaan kita buat UMMAH akan berhasil menjadikan kita insan yang bermanfaat disisi Allah swt. 

Salam Sayang, 
UmmiMM

Tuesday, 12 August 2014

RAYUAN BERKELOMPOK JPA UNTUK SESI 2014

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 serta keluarga MM sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt .

2. Posting ini merujuk kepada perubahan polisi JPA seperti yang telah diketahui umum. Untuk tujuan ini, MedicMesir mengambil inisiatif untuk membuat rayuan khas kepada JPA melalui pejabat Perdana Menteri.

3. Untuk tujuan ini, MedicMesir memberi fokus kepada pelajar yang memperolehi MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN sahaja. Ini adalah kerana, sebelum ini hanya pelajar MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN sahaja yang diberi kelulusan tajaan oleh JPA.

4. Oleh itu, MedicMesir memohon agar semua anak-anak MM yang ingin memajukan rayuan berkelompok ini mengambil langkah-langkah dibawah :-

a. Isi maklumat online dilink ini.
b. Poskan salinan yang telah disahkan salinannya oleh Pegawai Kelas A dokumen-dokumen dibawah:
           i. Salinan Kad Pengenalan
          ii. Salinan SPM yang disahkan
          iii. Salinan NOC
          iv. Salinan keputusan terkini peperiksaan akhir sesi akademik                              2013/2014
         v. Penyata Gaji atau Penyata Cukai IbuBapa

c. Kesemua ini perlu diserahkan kepada MedicMesir selewat-lewatnya pada 25hb Ogos 2014. Serahan perlu dibuat secara POS sahaja dan bukan serahan tangan kepejabat MedicMesir.  Kelewatan dan dokumen yang tidak lengkap tidak akan dimajukan.

Sila poskan ke alamat MedicMesir, 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan , Selangor Darul Ehsan.

5. Segala urusan dokumentasi Rayuan Berkelompok JPA 2014 bolehlah berhubung dengan Cik Hafiqa di talian 03 89489030.

6. Semoga dimpermudahkan segala urusan rayuan tajaan buat semua anak-anak MM. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 26 September 2013

MAKLUMAN PENERBANGAN PELAJAR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar sesi 2013 yang telah memilih PLAN A untuk meneruskan pengajian ke Mesir. 

2. PENGESAHAN KEBERANGKATAN 
a. Bersama ini adalah senarai penerbangan yang telah ditetapkan. Sila buat PENGESAHAN KEBERANGKATAN melalui LINK INI
b. Jika anda memilih PLAN A, tetapi tiada nama dalam list ini, sila berhubung dengan Cik Maimunah di talian 013 3023030.
c.  Jika anda memohon tiket zakat, sila sahkan nama anda didalam 'link' diatas.
d. Sila ambil ambil maklum, nama-nama yang tertera adalah mereka yang telah membayar sahaja.

3. BAYARAN. 
Semua pelajar yang masih belum menyelesaikan bayaran tiket diminta berbuat demikian sebelum jam 11 pagi, Jumaat 27 Sept 2013. 'Group Booking' ini akan dibatalkan terus sekiranya bayaran tidak dijelaskan.

4. TIKET BANTUAN ZAKAT
a. Bagi pelajar yang telah memohon bantuan tiket kapalterbang melalui zakat negeri, pilihan tarikh adalah berdasarkan tarikh keberangkatan MedicMesir iaitu 16 / 20 / 21hb Oktober 2013.

b. Semua yang telah memohon tajaan tiket Zakat Perak, sila emailkan surat kelulusan yang diperolehi untuk tindakan MedicMesir selanjutnya.

5. MAKLUMAT KEBERANGKATAN serta TIKET
Segala maklumat berkenaan keberangkatan dan tiket penerbangan akan dihantar melalui email untuk pelajar yang telah membuat pengesahan.

6. MedicMesir tidak berhajat untuk membuat sebarang taklimat sebelum berangkat. Tetapi, taklimat ringkas akan diadakan di KLIA antara jam 5-6 petang pada hari keberangkatan. Sila rujuk di email masing-masing. 

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Maimunah di talian 013 302 3030.

8.  Sila ambil maklum, sesiapa yang berhajat tidak meneruskan pengajian di Mesir amatlah dialu-alukan mendaftar untuk Program Asasi di MAHSA University pada jam 10 pagi, Sabtu, 28hb September 2013. Jika berminat sila hubungi Cik Shikin ditalian 019 3106167.  Bayaran pendaftaran boleh ditolak dari wang yang telah dibayar ke MedicMesir.

9. Berikut adalah senarai nama pelajar bersama tarikh penerbangan yang telah ditetapkan :

Thursday, 19 September 2013

URUSAN 'PINDAH KREDIT' PELAJAR 'PREDENTAL / TAHUN 1' PROGRAM PERGIGIAN KE MALAYSIA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan pindah kredit pelajar pergigian. Usaha ini khas kepada pelajar Program Pergigian yang telah menamatkan preDental dan Tahun 1.

2. Semua pelajar perlu memohon di portal KPM seperti yang dimaklumkan didalam posting awal. Permohonan melalui KPM hanya akan dibuka bermula 24 September 2013 sehingga 8 Oktober 2013.

3. Bagi pelajar yang telah membuat keputusan untuk tidak kembali ke Mesir atau sedang meninjau peluang penempatan yang ada di Malaysia, mohon jika dapat mendaftar di link ini MAKLUMAN PELUANG PINDAH KREDIT PELAJAR PERGIGIAN MESIR. MedicMesir akan menghubungi anda atas segala makluman terkini atau peluang yang sewajarnya dikongsi.  Ini adalah kerana tempat yang terhad untuk program pergigian di Malaysia. Dalam masa yang sama, pelajar perlu memastikan Universiti di tempatan adalah terbaik yang mungkin dan tidak sekadar menerima tawaran yang ada.

4. Pelajar yang telah membayar deposit pendaftaran akan termasuk didalam senarai PRIORITI. Refund hanya dibenarkan kepada yang membatal sebelum dokumen dihantar atau jika diluluskan oleh MDC.

5. Mohon kongsikan dengan rakan-rakan. Doa kita agar segala urusan dipermudahkan Allah swt.  

Salam,
UmmiMM

Saturday, 14 September 2013

PENDAFTARAN KE PROGRAM FOUNDATION dan MBBS MAHSA UNIVERSITY ~ ISNIN, 16hb SEPTEMBER 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting adalah merujuk kepada semua pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program foundation/asasi sains atau MBBS Tahun 1.  

2. Sila ambil maklum, MAHSA akan mengadakan
pendaftaran khas untuk pelajar perubatan MESIR pada hari Isnin, 16hb September 2013 bermula jam 10-12 tghri. Pendaftaran ini terbuka kepada semua agensi (tidak terhad kepada MM sahaja). Mohon hebahkan kepada yang berminat.

2.Program Asasi Sains adalah terbuka kepada:

a. Pelajar lepasan SPM yang belum ke Mesir dan berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. (Intake 2013)
b. Pelajar lepasan SPM yang sudah ke Mesir, tahun 1 Sesi 2012/13, tanpa Foundation / Matrikulasi, tetapi mempunyai ujian ulangan Tahun 1. Ini adalah kumpulan pelajar yang bercadang untuk tidak kembali ke Mesir dan memulakan 'Foundation' di dalam negara.
c. Syarat kemasukan TIADA C didalam 4+1 sabjek utama
d. Yuran Pendaftaran adalah RM1,520
e. Yuran Pengajian adalah RM12,000 (dibayar mengikut 2 semester). 
f. Yuran tidak termasuk asrama. Asrama adalah RM240 sebulan.
g. Buat masa ini terdapat 100 tempat kekosongan.

Friday, 13 September 2013

MAKLUMAN KHAS dan PENGESAHAN KEBERANGKATAN UNTUK PELAJAR BARU SESI PENGAJIAN 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Ini adalah makluman rasmi bahawa MedicMesir akan meneruskan penghantaran pelajar2 baru Sesi 2013/14 ke Mesir.  Usaha ini adalah bagi memenuhi permintaan ibubapa/pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir dan disokong dengan beberapa faktor lain. 

2. Tarikh keberangkatan yang telah ditetapkan adalah pada 17, 18 dan 19hb Oktober 2013. Pelajar akan menaiki pesawat Egypt Air.  Pelajar perlu berkumpul di KLIA pada jam 5 petang pada tarikh yang ditetapkan. Setakat ini seramai 200 dari 350 pelajar berminat meneruskan PLAN A. Bakinya, telah menerima pilihan B.

Thursday, 5 September 2013

PELAN B STAR { KHAS UNTUK PELAJAR SESI 2013 / 2014 }

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 


2. Posting terdahulu adalah dirujuk.  Seperti yang dimaklumkan terlebih dahulu MedicMesir menyediakan 'Pelan B Star' khas untuk pelajar yang memilih untuk meyambung pengajian di Malaysia. Posting ini khas untuk pelajar Sesi 2013/ 2014. Makluman untuk pelajar yang sudah berada di Mesir akan dibuat didalam posting yang berlainan.

3. Program yang ditawarkan adalah :-


a. Asasi Sains - bagi pelajar lepasan SPM.
(untuk MBBS / Dentistry / Farmasi)
(Syarat kemasukan ~ minima B didalam 5 subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan atau Matematik Moden, atau mana-mana satu lagi subjek lain)
Contoh: Jika Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Moden adalah A atau B tetapi, Matematik Tambahan adalah C.  Ini dibenarkan kerana sabjek gantian B yang lain boleh diambil dari subjek lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan lain-lain.

b. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery ~ MBBS Tahun 1
(Syarat kemasukan ~ minima 3.0 didalam matrikulasi atau asasi sains / foundation )

c. Bachelor of Dental Surgery ~ BDS Tahun 1
(Syarat kemasukan ~ minima 3.0 didalam matrikulasi atau asasi sains / foundation )

Pelajar yang memenuhi syarat a, b dan c diatas akan diuruskan tajaan MARA  

4. PILIHAN UNIVERSITI

Seperti yang sedia maklum, beberapa pilihan telah diberikan antaranya Pelan B 'STAR' 


a. Alhamdulillah, MedicMesir telah memutuskan untuk memilih 2 Universiti sebagai Pelan B STAR iaitu :
i. MAHSA UNIVERSITY 
ii. KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)

b. Untuk kedua-dua Universiti pilihan diatas, beberapa pelan tindakan akan diambil.
  • MedicMesir akan menubuhkan Kelab MedicMesirMahsa (MMM) dan MMKUIN. Oleh itu, pendaftaran ke kedua-dua lokasi mestilah dibuat secara kelompok melalui MedicMesir (melalui borang yang disediakan).
  • Tiada bayaran tambahan dikenakan kepada pelajar. Ini adalah atas usaha MM dengan Universiti berkenaan agar pelajar MM yang dihantar ke Universiti berkenaan mencapai objektif untuk mengikuti Program Sains Kesihatan dan diberi tajaan oleh MARA (jika layak)
  • Beberapa aspek telah dilakukan didalam penilaian kedua-duanya diantaranya :-
    • Kemudahan pengajian
    • Kemudahan mendapat tajaan. 
    • Kebenaran untuk MedicMesir bersama-sama pelajar semasa tahun pertama untuk memastikan pelajar-pelajar mendapatkan perkhidmatan terbaik dari kedua-duanya.
    • Program sokongan membantu kecemerlangan pelajar seperti Program 'JOM! Mumtaz ' yang dijalankan di Mesir. Ini membolehkan ibubapa mendapatkan laporan kedudukan anak-anak melalui MedicMesir (sehingga anak-anak mendapat tajaan)

b. Dari segi akademik dan penajaan antara pemantauan penting yang dijalankan oleh MedicMesir adalah, untuk memastikan perkara berikut:-


Bagi pelajar Asasi Sains / Foundation 
  • Kemudahan / Program yang disediakan adalah mengikut ketetapan KPM dan kualiti yang terjamin.
  • Semua yang mendapat 3.0 keatas mendapat tempat melanjutkan pengajian MBBS Tahun Pertama.
  • Setelah lulus, masuk Tahun pertama, bantuan didalam menguruskan tajaan dengan MARA
Bagi semua pelajar sesi 2013 yang sudah mempunyai Matrikulasi / Asasi
  • Mendapatkan tempat di Tahun 1 MBBS
  • Membantu menguruskan tajaan MARA untuk Tahun 1.

c. PENDAFTARAN UNIVERSITI 'PELAN B STAR'

MAHSA UNIVERSITY 
i. PREVIEW pada 7hb September 2013, jam 10 pagi -12 tghri.
ii.Bagi pelajar yang berminat anda boleh mendaftar terus ke asrama (dalam lokasi yang sama)
iii. 3 Program ditawarkan ~ Perubatan / Pergigian / Farmasi
iv. Alamat preview; MAHSA UNIVERSITY (Jalan Elmu off Jalan Universiti, 59100 KL) ~ Sebelah Hospital Universiti.


KUIN
i. Tiada sebarang PREVIEW diadakan. Pendaftaran terus akan diadakan pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 10 pagi -12 tghri.
ii. Hanya 1 program sahaja iaitu ~ Perubatan.

d. KUOTA PENEMPATAN
Tempat adalah TERHAD, tetapi cukup untuk semua pelajar MM Intake 2013. Tempat lebihan akan diberikan kepada agensi lain yang berminat.

e. BORANG PENDAFTARAN
Pelajar yang berminat untuk program diatas, sila ISI BORANG PENDAFTARAN diatas.

f. BORANG PENDAFTARAN (klik link ini)
MBBS / MDC  - Wang Deposit sebanyak RM2620 
FARMASI - Wang Deposit sebanyak RM 2120
Foundation - RM1520

- Sila buat bayaran di akaun: CampusCity Management (Maybank - 512802506800). Sila fax resit ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com dengan menyatakan NAMA PELAJAR / NO HP dan PROGRAM. Jabatan akaun MM akan terus menghubungi anda sebaik penerimaan slip berkenaan.
- MM akan menyerahkan wang deposit ini kepada Universiti berkenaan dan resit akan dikeluarkan oleh pihak Universiti melalui MM pada hari Sabtu. InshaAllah. 
- Bagi mereka yang telah membayar penuh RM15,000. Boleh memilih untuk menolak dari BAKI WANG ini secara terus.

g. JAMINAN TEMPAT
Sesiapa yang mendaftar online dan membayar deposit akan dijamin tempat. Bagi mereka yang membayar selepas kuota ini penuh akan dimaklumkan dan wang anda akan dipulangkan.  Pelajar boleh juga hadir terus ke hari PREVIEW MAHSA pada Sabtu, 7hb September 2013. Tetapi, penempatan bergantung kepada kekosongan.

Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Semoga dipermudakan segalanya.

Salam,
UmmiMM





MAKLUMAN TINDAKAN PELAJAR MEDICMESIR SESI 2013/2014 - PLAN A

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, Mesir telah kembali tenang dan anak-anak sudah boleh kembali ke Mesir pada bila-bila masa.


2. Posting terdahulu adalah dirujuk.  MedicMesir telah menghubungi beberapa pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat didalam pengurusan pelajar di Mesir termasuk beberapa delegasi yang terlibat didalam pertemuan dengan pihak tertinggi Universiti pada minggu lepas.

3. KESIMPULANnya;
a. Mesir sudah agak tenang dan pihak berwajib akan membuat pengumuman pada bila-bila masa sahaja. Sila ambil maklum, atas beberapa faktor, MKN akan mengambil masa untuk membuat penarikan semula 'Travel Advisory' yang telah dikeluarkan pada 2hb Ogos 2013.
b. Wakil delegasi dari Jabatan Perdana Menteri dan selaku Penasihat IMTIYAZ, Persatuan IbuBapa/Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia diMesir, Datuk Hj Sahlan Ismail Nasution, didalam mesyuarat IMTIYAZ, Ahad, 1hb September 2013, lepas memaklumkan bahawa pelajar-pelajar 'senior' sudah boleh membeli tiket untuk pulang ke Mesir. Ini petanda, pelajar-pelajar baru juga sudah boleh bersedia.
c.  Education Malaysia Egypt juga telah memaklumkan bawah tarikh mula pengajian pelajar baru Sesi 2013/14 bermula 19hb Oktober 2013.
d.  Oleh itu, MedicMesir kini membuat persiapan terakhir untuk berangkat dan penyelarasan PLAN A dan PLAN B.
e.  Seperti yang sedia maklum terdahulu, memandangkan segala persiapan PLAN A telah siap, samada dari segi pengesahan penempatan di Universiti, pendaftaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir, perumahan dan tiket berangkat. Maka, sesiapa yang memilih Plan B, tidak sekali-kali membatalkan PLAN A, selagi, pelajar-pelajar Sesi 2013 belum berangkat ke Mesir, PLAN A masih terbuka buat mereka. 

4. PELAN A
a. MedicMesir telah menetapkan tarikh berangkat bermula 16 dan 17hb Oktober 2013.  Ini adalah kerana, EME 'hanya membenarkan' 19hb Oktober sebagai permulaan kelas. Makluman terkini akan dimaklum kemudian.

b. Sementara menunggu keberangkatan, MedicMesir telah menyusun 'preMedic Kedua' dilokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Program ini adalah PERCUMA (ditanggung oleh MedicMesir). Pelajar hanya perlu membayar kos tempat tinggal sebanyak RM10 sehari dan makan di kafe secara persendirian. Program dijangka bermula pada 14hb September - 5hb Oktober 2013.

c. Pelajar yang betul-betul berminat dengan PELAN A perlu membuat keputusan SEKARANG melalui borang di link dibawah. Senarai penerbangan dan senarai ahli rumah akan dikeluarkan pada 16hb September 2013. InshaAllah.

5. MAKLUMAN TAMBAHAN dan BORANG PENGESAHAN

a. Bagi pelajar yang memilih Plan B, makluman lanjut akan dibuat didalam posting yang lain.
b. Sila buat pengesahan penempatan dan Universiti didalam BORANG PENGESAHAN PELAN A 2013 KE MESIR
6. Segala pertanyaan mengenai Pelan A, sila berhubung dengan Cik Maimunah di talian 0133023030.

Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Salam
UmmiMM







Monday, 2 September 2013

MAKLUMAN UNIVERSITI ISKANDARIAH SETAKAT 1hb SEPTEMBER 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.


Posting ini merujuk kepada makluman terkini dari Universiti Iskandariah yang jelas maksudnya.
Harap Maklum.

Friday, 30 August 2013

PELAN TINDAKAN PELAJAR-PELAJAR MEDICMESIR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Semoga Mesir kembali aman dan tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian di bumi Mesir


2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai perkara yang sama. KLIK LINK.

Masih menunggu laporan rasmi
3. Alhamdulillah, delegasi kerajaan Malaysia ke Mesir telah menyempurnakan lawatan mereka hari ini. Delegasi akan tiba di Malaysia pada jam 630 petang hari ini, (30hb Ogos 2013) di KLIA. Buat masa kini, pihak MedicMesir masih menunggu keputusan rasmi rumusan lawatan tersebut. Bagaimanapun, sedikit sebanyak laporan 'tidak rasmi' telah dikeluarkan melalui Facebook Menteri dan juga ahli delegasi yang lain. Pihak JPA juga telah memberi makluman rasmi hasil dari lawatan KPT Mesir, Universiti Al Azhar, Ainsham, Mansoura dan Kaherah. InshaAllah, lawatan ke Zagazig dan Tanta sudah selesai semalam dan makluman pendaftaran pelajar baru 2013 juga telah dimaklumkan.

4. Bagaimanapun, laporan 'tidak rasmi' setakat ini amatlah minimal dan pihak MedicMesir serta pelajar-pelajar samada sesi 2013 ataupun yang terdahulu masih menantikan satu makluman rasmi yang lebih terperinci. Dijangka makluman rasmi akan dibuat pada awal minggu hadapan. Insha Allah.

5. Bagi pelajar baru, Sesi 2013, makluman yang ditunggu-tunggu adalah tarikh permulaan kuliah disemua Universiti dan seterusnya 'lampu hijau' dari Kementerian Luar Negara.

Pilihan Pelan A dan Pelan B
6. Seperti yang dimaklumkan didalam perjumpaan di UPM pada 24hb Ogos 2013, mengenai pelan tindakan PELAN A dan PELAN B dimana

PELAN A - Pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di Mesir. 
PELAN B - Pelajar yang berminat  dengan pilihan lain seperti didalam negara dan luar negara (Indonesia / Rusia / China)

PENGESAHAN MUTAKHIR HANYA SELEPAS PENGUMUMAN MKN
8. Buat masa ini, bagi mereka yang memilih PELAN B, ianya tidak sekali-kali membatalkan sama sekali PELAN A, atas alasan, segala dokumentasi, penempahan rumah serta tiket telah siap. PELAN B ini hanya satu pilihan bagi mereka yang memikirkan alternatif selain Mesir.
Bagi mereka yang telah pasti memilih PELAN B hanya perlu membuat pengesahan MUTAKHIR melalui borang yang akan dikeluarkan oleh MedicMesir sebaik sahaja pengumuman rasmi oleh Majlis Keselamatan Negara atau Education Malaysia Egypt dibuat mengenai keberangkatan pelajar baru keMesir. Ini bagi membolehkan MedicMesir memproses pembatalan PELAN A secara serentak dengan pihak Universiti / tuan rumah dan penerbangan. 

PELAN A
9. Tarikh Berangkat ke Mesir 
Menurut perbincangan delegasi ke Mesir baru-baru ini, tarikh kuliah telah ditetapkan bermula dalam bulan Oktober. Tarikh baru penerbangan akan diumumkan sebaik sahaja makluman rasmi EME dikeluarkan. Buat masa ini tarikh penerbangan (tentatif) adalah pada 18-25hb Oktober 2013. 

10. Penukaran Universiti
Buat masa ini, penukaran Universiti masih dibenarkan. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk bertukar universiti dan program pilihan, sila hantar SURAT RASMI penukaran ke email medicmesir@gmail.com.


PELAN B
11. Pilihan Penempatan
i. MedicMesir menyediakan beberapa pilihan. Pelajar bebas memohon / menerima mana-mana pilihan penempatan didalam atau luar negara. 
ii. MedicMesir membantu menyalurkan maklumat serta membantu memberi panduan beberapa pilihan yang sesuai.
iii. Sila ambil maklum bahawa, bagi mereka yang memilih Pelan B, semua urusan proses serta tempahan rumah dan kapalterbang telah dibuat, samada pelajar telah membayar penuh atau tidak. Oleh itu, hanya sebahagian sahaja wang perkhidmatan, rumah dan kapalterbang sahaja yang akan akan dikembalikan. 
iv. Pilihan ini diberikan kepada mereka yang berminat sahaja, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan. Ini juga memberi peluang pelajar memohon mana-mana peluang di IPTS tempatan yang masih terbuka.

12. Permohonan Berkelompok ke Kolej Universiti (KU) terpilih
i. Bagi beberapa KU terpilih, MedicMesir berurusan terus dengan pengurusan KU untuk memastikan pelajar-pelajar MedicMesir yang memilih pilihan pelan B membuat pilihan yang terbaik.
ii. Memandangkan jumlah pelajar MedicMesir yang ramai berbanding dengan pelajar di KU yang sediada, MedicMesir telah mendapat persetujuan dari KU yang terlibat untuk 'potongan yuran' samada untuk program asasi Sains dan program Tahun 1 MBBS / Tahun 1 Pergigian / Tahun 1 Farmasi.  'Potongan yuran' ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan pelajar serta ibubapa.
iii. Oleh itu amat penting, pelajar MedicMesir mendaftar nama masing-masing untuk permohonan berkelompok didalam borang yang disediakan dibawah.

 13. Pemilihan 'Pelan B Star' mengikut pilihan MedicMesir
i. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Pelan B, samada program asasi sains atau MBBS Tahun 1, sila nyatakan didalam borang yang disediakan.
ii. Pilihan ini bersandarkan kepada kemudahan KU serta beberapa penilaian yang lain untuk manfaat pelajar-pelajar MM.
iii. MedicMesir memberi komitmen untuk memantau 'prestasi pelajar' dan 'prestasi pengurusan KU' agar pelajar dapat manfaat terbaik didalam memastikan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar yang dihantar ke KU tersebut.  
iv. Untuk urusan ini, MedicMesir memerlukan persetujuan dari KU terrsebut.

14. BORANG  MAKLUMAN / PERMOHONAN
LINK BORANG DISINI. 
Borang ini merangkumi:
i. Makluman pilihan pelan A atau B
(bagaimanapun status MUTAKHIR akan hanya diambil melalui borang yang dikeluarkan selepas pengumuman KDN / EME)

ii. Tawaran sedia ada selain dari yang melibatkan MedicMesir (sekadar makluman)

iii. Permohonan kelompok melalui MedicMesir (terhad kepada KU yang tersenarai sahaja)
(samada sudah atau belum mendapat tawaran)

15. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan talian dibawah :
     i. UmmiMM            019 6206167
    ii. Dr Ahmad Rodzi  013 302 1313 
   iii. Cik Maimunah      013 306 3030
   iv. Cik Shikin            019 310 6167

16. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak untuk meneruskan cita-cita menjadi Doktor / Farmasi. Ameen.

Salam,
Dr Ahmad Rodzi
Sekretariat Pengambilan Pelajar Sesi 2013/14

Thursday, 8 August 2013

PEKELILING MENGENAI MAKLUMAN KEBERANGKATAN KE MESIR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.


2. Merujuk kepada pekeliling yang di keluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), atas nasihat Kementerian Luar Negara (KLN) yang dihantar untuk edaran melalui Education Malaysia Egypt (EME), berkandung NASIHAT agar penangguhan keberangkatan pelajar-pelajar baru untuk sesi pengajian 2013/14 sehingga mendapat kelulusan pihak KLN

Sunday, 12 May 2013

KEM ' I LOVE MEDIC ' 19hb Mei 2013 ~ Program pendedahan kerjaya Perubatan / Pergigian untuk lepasan SPM

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

 1. MedicMesir dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan Kem "I Love Medic". Program ini khas untuk  lepasan SPM 2012 yang ingin mendapatkan makluman lanjut serta motivasi mengenai kerjaya PERUBATAN. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing sebelum memilih bidang yang 'paling kritikal' dan 'paling mencabar' ini.

2. Program ini tidak terhad kepada negara Mesir, tetapi juga terbuka kepada peluang melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia, China, India, UK, Australia dan Moscow.


3. Pendedahan mengenai peluang kemasukan ke pengajian perubatan didalam negara dibawah universiti awam dan swasta juga akan diberikan oleh wakil dari Universiti tempatan.

4. Beberapa slot bersama Doktor-Doktor pakar juga akan diadakan bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai 'realiti kerjaya pengamal perubatan' yang sebenar. Ini bagi memastikan, pelajar-pelajar yang memilih bidang ini membuat persediaan 'mental dan attitude' yang sebenarnya.


TARIKH / MASA PROGRAM 

5. Program akan berjalan pada hari Ahad, 19hb Mei 2013. Pendaftaran akan bermula jam 8 hingga 9 pagi. Majlis pembukaan akan bermula tepat jam 9 pagi dan akan berakhir jam 5 petang.   Sila mendaftar di LOBI UTAMA, FAKULTI PERUBATAN, UPM SERDANG (sebelah Hospital Serdang). 
KOD PAKAIAN ~ Baju Kurong untuk pelajar perempuan dan Kemeja dan bertali leher untuk pelajar lelaki.

PENDAFTARAN 

6. Pendaftaran TIDAK TERHAD kepada pelajar dibawah MedicMesir atau pelajar yang akan ke Mesir sahaja. Tetapi, TERBUKA kepada semua yang berminat untuk mendapatkan pendedahan serta motivasi kerjaya Perubatan dan Pergigian. 

7. Sila daftar DI LINK PENDAFTARAN KEM "I LOVE MEDIC" 2013 disini. Kos pendaftaran  adalah RM100 seorang. Sila bank in terus bayaran pendaftaran ke CampsuCity Management (Maybank ) 512802506800. Email slip bank in ke medicmesir@gmail.com dan NYATAKAN <NAMA PENUH> < NO HP> <I LOVE MEDIC>


HUBUNGI

8.  Segala pertanyaan mengenai Kem "I Love Medic", sila hubungi Cik Shida di talian 03 8948 9030 (10-5 petang)  atau medicmesir@gmail.com 

9. Mohon hebahkan kepada mereka yang berminat. Semoga program ini mendatangkan manfaat.


Salam,

UmmiMM

Friday, 19 April 2013

PENGUATKUASAAN Syarat Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. Semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada MAKLUMAN TERKINI MENGENAI KEMASUKAN pelajar baru ke bumi Mesir untuk Program Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi bagi sesi 2013.

3. Sejak akhir-akhir ini, Mesir telah menjadi tumpuan bagi lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program diatas, terutamanya di kalangan pelajar Melayu dari Malaysia.  Kelayakan minima yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah B dalam 8 subjek di peringkat SPM iaitu didalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah.

4. Sebanyak 8 buah Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk program tersebut iaitu Alexandria, Tanta, Mansoura, AlAzhar, Kaherah, Ainsham, Zagazig dan Assiut.

PELUANG KEMASUKAN SEBELUM INI YANG LEBIH LONGGGAR di PIHAK UNIVERSITI / WAFIDEEN

Friday, 5 April 2013

SENARAI NAMA PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN LENGKAP SETAKAT 1hb APRIL 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,


1. Semoga dipermudahkan segala urusan. 


2. Posting ini merujuk kepada permohonan dengan DOKUMEN LENGKAP ( dokumen peribadi pelajar dan semua dokumentasi Kementerian Pengajian Tinggi) yang telah diterima setakat 1hb April 2013. Dengan ini posting ini mengesahkan DOKUMEN YANG DITERIMA adalah LENGKAP. Penerimaan dokumen selepas 1hb April 2013 akan dikemaskini kemudian.

Friday, 22 March 2013

KEMASKINI KEPUTUSAN SPM 2012 BAGI PEMOHON YANG MEMOHON MENGUNAKAN KEPUTUSAN PERCUBAAN


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita lakukan.

2. TAHNIAH kepada anak-anak lepasan SPM yang cemerlang! Yang kurang, usaha lagi! InshaAllah, rahmat Allah amat luas. 

3. Posting ini merujuk kepada permohonan dengan mengunakan keputusan percubaan. Mohon sekiranya, dapat anak-anak Lepasan SPM 2012 mengemaskini keputusan sebenar SPM di link sebelah kanan blog ini.

4. Ini bagi membolehkan Surat Tawaran Sementara dikeluarkan mengikut Universiti pilihan mengikut keputusan sebenar SPM.

5. MedicMesir mengadakan Kempen 'Offer 1st, Pay Later'. Kempen ini khas kepada:
a. Lepasan SPM 2012
b. Menepati syarat kelayakan minima B didalam 8 subjek , Biologi, Fizik, Kimia, Mat Tambahan, MAt Moden , BM, BI dan Sejarah.
c. Memohon sebelum 15hb April 2013.
d. Menghantar ke MedicMesir semua 'DOKUMEN SET A' yang boleh di download dari ruang kanan blog.

6. Kempen ini membolehkan anak-anak Lepasan SPM memohon hanya dengan menghantar dokumen , TANPA sebarang bayaran. 
Bayaran RM820 hanya dibuat apabila sudah mendapat surat tawaran Universiti atau kelulusan KPT.

7. Sila ambil manfaat peluang TERBAIK ini. Semoga usaha ini memudahkan segala urusan anak-anak didalam mengejar cita-cita menjadi Doktor Muslim yang mampu menyumbang kepada Ummah.


Shukran dan Salam,
UmmiMM

Thursday, 21 March 2013

TAHNIAH UNTUK SEMUA ANAK-ANAK SPM 2012 !

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! atas kejayaan anak-anak . Apa jua keputusan SPM kalian....Yakinlah, bahawa itu adalah yang terbaik dari Allah buat kalian semua !

Semoga keputusan yang cemerlang tidak melalaikan kita dan membuatkan kita riak. Begitu juga, keputusan yang tidak memberangsangkan, tidak akan membuat kita putus asa. Kita hanya bergantung kepada Allah atas apa jua USAHA!

Apa-apa pun, anak2 Muslim mesti kuat dan rajin berusaha. ! Semoga dengan kecemerlangan kita akan mendekatkan diri kita kepada Allah! dan meletakkan kita di barisan hadapan didalam menegakkan Islam.! InshaAllah 

Mabruq !!!

Salam Sayang,
UmmiMM


Thursday, 14 March 2013

PERATURAN BARU PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN DI MESIR UNTUK SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan MedicMesir untuk sesi 2013. MedicMesir telah dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir mengenai perubahan yang ketara didalam proses pengambilan pelajar luar negara untuk mengikuti Program Perubatan di Mesir.  
3. Namun, Alhamdulillah, rombakan sistem ini adalah kearah yang lebih BAIK bertujuan:-
a. Memantapkan sistem pengambilan pelajar   terutama didalam memastikan fail pelajar disampaikan ke Universiti sebelum pelajar mendaftar di Universiti.
b. Memastikan jumlah pelajar yang diambil selari dengan kemudahan yang ada di Universiti.
c. Memastikan pelajar yang berkualiti memenuhi tempat yang diperuntukkan.

4.  MedicMesir telah mendapat makluman jumlah kuota yang boleh dihantar bagi setiap Universiti.  Untuk tujuan diatas, untuk 'pusingan pertama', MedicMesir perlu menghantar semua dokumen lengkap ke Mesir selewat-lewatnya 5hb April 2013.  Oleh itu, semua dokumen pemohon perlu sampai ke MedicMesir selewat-lewatnya 1hb April 2013.

5. Ini bermakna, apa jua dokumen yang tiba selepas 1hb April 2013, di anggap sebagai pusingan kedua, dan penempatan yang boleh ditawarkan akan bergantung kepada apa saja 'baki tempat yang tinggal'. Bagi pemohon yang telah menerima Surat Tawaran Sementara untuk Program dan Universiti tertentu, tetapi, dokumen lengkap tidak diserahkan, jika sudah penuh pada 'pusingan pertama' di universiti pilihan, MedicMesir berhak untuk menyalurkan ke Universiti yang lain.

6. Sila ambil maklum, buat masa ini, penempatan yang KRITIKAL adalah Alexandria dan Mansoura University.  Ini adalah kerana jumlah permohonan yang tinggi untuk kedua-dua Universiti ini.

7. Oleh itu, pemohon yang betul-betul berminat, sila ambil cakna untuk melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan berserta Bayaran Deposit RM500 dan Bayaran KPT Mesir RM320 (atau 100USD) iaitu RM820.

8. Senarai dokumen yang diperlukan adalah:
a. Borang Permohonan MedicMesir Sesi 2013
b. 15 salinan fotokopi keputusan SPM
c. 15 salinan Sijil Lahir / Surat Beranak
e. 15 salinan fotokopi paspot muka depan (boleh dihantar selewat-lewatnya 15hb May 2013)
f. 10 salinan kad pengenalan pelajar
g. 5 salinan kad pengenalan mak / ayah
h. 1 set Borang Sijil Sokongan Luar Negara
i.  1 set Surat Tiada Halangan 2013
j. 20 keping gambar berukuran passport (jumlah ini termasuk dengan yang dilekatkan di borang diatas.

9. Sila pastikan:
a. Nama dan NO KP ditulis dibelakang setiap keping gambar.
b. Salinan paspot boleh dihantar lewat, selewat-lewatnya 15hb May 2013). 
c. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Ketua Kampung.

10. Sila ambil maklum bahawa permohonan yang diterima oleh MedicMesir pada tahun ini amatlah tinggi. Oleh itu, semua pemohon yang betul-betul berminat perlu bertindak seawal mungkin.

11. Bagi pemohon SPM 2011, dan terdahulu, sila lengkapkan sekarang sebelum keputusan SPM 2012 diumumkan pada 20hb Mac 2013.

12. Bagi pemohon SPM 2012, sila pastikan semua dokumen diatas di 'Courier' ke pejabat MedicMesir atau serahkan di mana-mana lokasi taklimat MedicMesir yang dijalankan. Kaunter khas akan dibuka  UNTUK URUSAN PENYERAHAN DOKUMEN DAN BAYARAN.
Apabila penyerahan di lokasi taklimat, sila pastikan ianya dimasukkan didalam sampul surat dengan 'NAMA' dan 'NO HP pemohon' di muka depan sampul surat

13. Sila ambil maklum, bahawa surat kelulusan / surat tawaran hanya akan dikeluarkan apabila urusan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah selesai.

14. Semoga makluman ini bermanfaat. Doa agar dipermudahkan segala urusan anak-anak untuk menjadi Doktor Muslim yang mampu menyumbang kepada Ummah. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Friday, 8 March 2013

SIRI 5 - SENARAI NAMA YANG LAYAK SETAKAT 7hb MAC 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada kelulusan SIRI 5

KEM ' I LOVE MEDIC ' ~ 28hb APRIL 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. MedicMesir dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan Kem "I Love Medic". Program ini khas kepada lepasan SPM 2012 yang ingin mendapatkan makluman lanjut mengenai kerjaya PERUBATAN. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing sebelum memilih bidang yang paling kritikal ini.





2. Program ini tidak terhad kepada negara Mesir, tetapi juga terbuka kepada peluang melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia, China, India, UK, Australia dan Moscow.

3. Pendedahan mengenai peluang kemasukan ke pengajian perubatan didalam negara dibawah universiti awam dan swasta juga akan didedahkan.

4. Beberapa slot bersama Doktor-Doktor pakar juga akan diadakan bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai 'realiti kerjaya pengamal perubatan' yang sebenar. Ini bagi memastikan, pelajar-pelajar yang memilih bidang ini membuat persediaan 'mental dan attitude' yang sebenarnya.

5. Penaja utama bagi  seperti MARA dan JPA turut akan dijemput bagi memberi sedikit banyak pendedahan mengenai peluang tajaan yang sedia ada.

6. Kos pendaftaran sebelum 20hb Mac 2013 adalah RM50 seorang. Selepas 20hb Mac 2013 adalah RM100 seorang. Sesiapa yang berminat sila isikan BORANG PENDAFTARAN KEM 'I LOVE MEDIC' disini

Semoga program ini mendatangkan manfaat buat semua .

Salam,
UmmiMM

Saturday, 2 March 2013

SURAT TAWARAN SEMENTARA BAGI PERMOHONAN MEDICMESIR 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting merujuk kepada semua permohonan MedicMesir Intake 2013. Mohon maaf atas kelewatan. Surat Tawaran Sementara akan mula dihantar bermula hari Rabu, 13hb Mac 2013.

3. Bagaimanapun, semua pemohon boleh merujuk kepada kelulusan permohonan masing-masing didalam Siri 1 - Siri 4 seperti yang tertera didalam blog ini. 

4. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM