Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 17 February 2014

KEMASKINI STATUS PELAJAR MEDICMESIR 2014

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan yang memiliki segala Sifat-sifat Ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam atas pengorbanan dan kasihnya.

Semoga anak-anak MedicMesir dimana jua pun kalian berada agar dipermudahkan segala urusan. Bersama ini disertkan satu LINK bagi tujuan untuk mengemaskini STATUS KEBERADAAN PELAJAR MEDICMESIR setakat hari ini.  Sila ambil maklum bahawa senarai ini adalah untuk kegunaan pihak Education Malaysia Egypt.

Mohon semua pelajar Tahun 1- 6 mengisi maklumat ini dan panjangkan makluman ini kepada rakan-rakan lain.

LINK BORANG
https://docs.google.com/forms/d/1YT7vdu6R3n9Qj_JAbPDL3g9AHU6ne5FQOG6mt962yhU/viewform

Shukran atas kerjasama dan Semoga MUMTAZ dunia dan akhirat 

Salam,
UmmiMM

Saturday 15 February 2014

KEPUTUSAN RAYUAN TAJAAN JPA SIRI KEDUA 2013



Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan yang memiliki segala Sifat-sifat Ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam atas pengorbanan dan kasihnya.

ALHAMDULILLAH ! 

Keputusan rayuan siri kedua tajaan JPA telah diumumkan melalui email anak2. Shukran Ya Allah atas segala bantuan.


Syukor atas kejayaaan anak2.


Segala dokumen berkenaan nya boleh diperolehi dari laman web JPA bermula Jumaat, 21hb Feb 2014. Anak2 MM yang ingin mendapatkan khidmat penghantaran dokumen pulang ke Malaysia, boleh menghantar kepada staff MM di muhafazah selewat2nya pada 28hb Feb 2014.


Alhamdulillah ! Semoga terus mencipta kejayaan demi Ummah. Ameen 


Salam,

UmmiMM