Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 16 June 2008

Struktur Yuran Universiti

Mansoura University

Dentistry (5tahun)
Tahun Pertama= 3300 pound sterling (RM21K). Tahun Ke2-5= 1800 pound sterling(RM11K)

Ordinary Medic (6 tahun)
Tahun Pertama= 3300 pound sterling(RM21k). Tahun Ke2-5= 1800 pound sterling(RM11K)

Manchester Twinning Program (6tahun)
Tahun Pertama= 4000 pound sterling(RM25,600). Tahun Ke2-5= 3000 pound sterling(RM21K)

(*berdasarkan Kadar Pertukaran = 1 pound sterling = RM6.4)

Sila buat pembayaran jumlah dalam 'pound sterling' terus di atas nama 'Mansoura University' . Ansuran bayaran 2 atau 3 kali boleh diuruskan melalui MedicMesir.

------------

Universiti Al Azhar

Tahun Pertama= 2000USD (100% tajaan )- Yuran akan dibayar oleh MedicMesir terus ke universiti
Tahun 2-6= 8000 USD / setahun

Sila ambil maklum, JPA/MARA tidak menaja mana-mana pelajar ke Uni AL Azhar

------------

Universiti Alexandria

Tahun 1-6= 8000 USD / setahun

Yuran perlu dibayar sepenuhnya semasa mendaftar.

------------

Universiti Zagazig

Tahun Pertama= 2000USD
Tahun 2-6= 8000 USD / setahun





Tuesday 10 June 2008

RM200,000 tajaan utk setiap pelajar (kecuali ke AlAzhar-program konvensional 7 tahun)

a


Petikan dari Garis Panduan

Mohon JPA Online disini

1. PRINSIP DAN KONSEP PINJAMAN

1.1 Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sehingga kini terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebih 500 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan skim pinjaman yuran pengajian bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

1.2 Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


2. JENIS PINJAMAN

Jenis-jenis pinjaman yang tawarkan adalah seperti berikut :-


2.1 Pinjaman Khas Perubatan


Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

2.2 Pinjaman Biasa

Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

3. BAYARAN BALIK PINJAMAN

Bayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian atau ditamatkan pengajian kerana sebab-sebab kelemahan akademik, sakit dan sebagainya. Bayaran secara ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat. Contoh jadual bayaran balik pinjaman sekiranya meminjam sebanyak RM200,000 adalah seperti berikut:

Jumlah Pinjaman

Jumlah Bayaran Balik

RM 200,000

RM 400 x 40 bulan


RM 600 x 120 bulan


RM 800 x 140 bulan

Wednesday 4 June 2008

Permohonan Masih Dibuka



Yup! Permohonan masih dibuka sehingga akhir Ogos 2008. Bagi pelajar yang berminat sila mohon SEGERA dengan mengisi Borang Saringan. Email borang yg telah diisi ke medicmesir@gmail.com. Pihak Medic Mesir akan menilai dan mendapatkan Conditional Offer. KOS setakat ini PERCUMA!

Selepas berjaya SARINGAN, dokumen selanjutnya di proses bagi mendapatkan Surat Tawaran dari Universiti. Surat Tawaran akan dikeluarkan setiap 2 minggu. Bayaran deposit prosesan RM2000 beserta dokumen penting yg lain perlu diserahkan untuk proses selanjutnya.

Tempat TERHAD. Sila mohon awal !

Sertai Taklimat serta kaunselling secara peribadi setiap Sabtu di pejabat MedicMesir. SMS ke 019 3106167 utk tempahan seat taklimat.

Segala pertanyaan, sila hubungi HOTLINE MEDICMESIR di 019 310 6167