Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 28 September 2012

KEPUTUSAN JPA ~ SEMAK JAM 5 HARI INI


Salam, 

Sila ambil maklum.

Keputusan Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 2/2012. Semakan keputusan bagi permohonan di bawah Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 2/2012 boleh disemak pada 28 September 2012 mulai jam 5.00 petang.

Semak dilink dibawah 
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

Semoga BERJAYA :-) 

Salam,

Thursday 27 September 2012

ALHAMDULILLAH, KUMPULAN KETIGA PENERBANGAN TELAH SELAMAT SAMPAI KE CAIRO !

Assalamulaikum wbth,

1. Alhamdulillah kumpulan ketiga penerbangan telah selamat sampai ke destinasi masing-masing iaitu Mansoura, Alexandria, Tanta dan Ainsham Uni.


2. TerimaKasih atas sokongan serta bantuan seniors yang menyambut kedatangan adik masing-masing.  Anak-anak dinasihati agar menghubungi ibuayah masing-masing sebaik mendapat kad sim masing-masing.

3. Semoga urusan di bumi anbiya seterusnya dipermudahkan Allah swt.


All the best & Salam,

Monday 24 September 2012

KEPUTUSAN Tajaan JPA 2012 / 2013

Assalamulaikum wbth,


1. Semoga anak2 MM sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada pelajar Tahun ke2 dan keatas yang telah memohon tajaan JPA.  Sila ambil maklum bahawa keputusan Tajaan JPA yang sepatutnya diumumkan pada 21hb September 2012 di tangguh kepada 28 atau 29hb September  2012.


3.  Makluman terkini mengenai Pinjaman MARA akan di buat sebaik sahaja keputusan Tajaan JPA diumumkan.  Doakan agar segala urusan dipermudahkan Allah swt. Ameen

Salam Sayang ,



Thursday 20 September 2012

JAULAH PERTAMA SESI 2012/13

Assalamualaikum wbth,

1. Syukor atas rahmat Allah swt.  Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaannya.
2. Alhamdulillah, kumpulan pertama pelajar MedicMesir sesi 2012/13 telah sampai ke Mansoura dan 6 penerbangan akan menyusul bermula minggu hadapan. Inshallah.
3. Alhamdulillah, beberapa siri program telah disusun sebaik sahaja anak-anak sampai ke muhafazah masing-masing. InshaAllah.
4. Alhamdulillah, dengan kerjasama MedicMesir Mansoura, esok, 21hb September akan diadakan Jaulah pertama ke Ras El Bar, Dumyat. Semua anak-anak disaran mengambil kesempatan ini.  InshaAllah, anak-anak MM yang belum sampai akan mendapat peluang yang sama juga.
5. Sila dapatkan makluman terperinci dari Koordintaor program iaitu, 
Ikhwah : Zakwan Ilias 011117386721 dan 
Akhawat Nasihah Layyinnah 01115417147




6. Enjoy yourself...dan jaga diri baik-baik OK ! Semoga ianya menjadi jaulah yang bermanfaat ! Ameen! 

Salam Sayang ,




Sunday 16 September 2012

PROGRAM ORIENTASI ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2012/13


Assalamualaikum wbth,
1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
2. InshaAllah, bakal pelajar-pelajar Alexandria akan bertolak pada 25hb September 2012, 315 pagi dan akan sampai ke Lapangan Terbang Alexandria pada jam 10pagi, 25hb September 2012.
3. Alhamdulillah, beberapa siri program telah disusun.  Sepanjang program orientasi semua pelajar lelaki dikehendaki memakai baju kemeja dengan tali leher dan perempuan berbaju kurong. Pelajar-pelajar MedicMesir akan dibawa oleh wakil MedicMesir ke majlis orientasi tersebut. InshaAllah.

A. PROGRAM ORIENTASI PROGRAM PERGIGIAN 
Bersama ini disertakan Jadual Program Orientasi yang telah disusun oleh Fakulti Pergigian, Alexandria University.  InshaAllah, kuliah Fakulti Pergigian akan bermula pada 29hb September 2012.



B. PROGRAM ORIENTASI PROGRAM PERUBATAN
Program orientasi untuk pelajar Tahun 1 Program Perubatan akan diadakan pada 3 dan 4hb Oktober 2012.  InshaAllah, kuliah Fakulti Perubatan akan bermula pada 7hb Oktober 2012.


4. Semoga dipermudahkan segala urusan keberangkatan, perumahan dan kuliah anak-anak MedicMesir di bumi barakah :-)

Salam,


Saturday 15 September 2012

PENGESAHAN / MAKLUMAN AHLI RUMAH MEDICMESIR SESI PENGAMBILAN 2012/2013


Assalamualaikum wbth,
1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.
2. Alhamdulillah, semua senarai rumah telah diemail ke email masing-masing.
3. Mohon sekiranya anda membuat pengesahan ahli rumah mengikut kategorinya masing-masing.  
4. Sekiranya anda telah mengisi ahli rumah semasa preMedic 2012, mohon hanya KETUA RUMAH yang mengisi borang pengesahan online ini.
5. Bagi mereka yang TIADA AHLI rumah sila isi makluman anda untuk tindakan MedicMesir selanjutnya.
6. Bagi pelajar yang TIDAK MENGAMBIL PAKEJ RUMAH juga diminta mengisi sebagai pengesahan.
7. Segala pertanyaan mengenai rumah sila maklum kepada Cik Faizah di talian  019 3956061. Isi pengesahan atau pertukaran ahli rumah dan sebarang pertanyaan disini. 

5. Semoga dipermudahkan segala urusan keberangkatan serta perumahan anak-anak MedicMesir di bumi barakah :-)

Salam,


Friday 14 September 2012

SLIP PEPERIKSAAN PROGRAM PERUBATAN TAHUN 1 ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2011/12 ~ JPA

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.
2. Alhamdulillah, Semua slip peperiksaan Tahun 1 2011/12 telah berada ditangan wakil pelajar MedicMesir di Alexandria. Slip tersebut telah diemail kepada semua pelajar MedicMesir. 
3. Bagi pelajar yang telah memohon JPA tetapi tidak menghantar keputusan keseluruhan Tahun 1 tempoh hari, diminta untuk menghantarnya dengan KADAR SEGERA selewat-lewatnya pada hari Selasa, 18hb September 2012.  Sila ambil maklum bahawa keputusan rasmi Tajaan JPA akan diumumkan pada 21hb September 2012. InshaAllah 

4. Bagi pelajar yang kini berada di Mesir atau diluar Kuala Lumpur, mohon SEGERA email slip berkenaan ke ummi.medicmesir@gmail.com untuk dihantar ke JPA dengan kadar segera.
5. Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan anak-anak MM.

Salam,


Tuesday 4 September 2012

Non Objection Certificate (NOC) atau Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) dari Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar sesi 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, dengan nikmat Allah swt, segala urusan kita dipermudahkan.

2. Posting ini adalah mengenai dokumen NOC atau SSLN bagi pelajar sesi 2012/13.  Alhamdulillah, semua NOC/SSLN telah diterima dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi.   Bagi mereka yang menukar Universiti, salinan asal anda dipulangkan kepada pihak KPT untuk tujuan penukaran Universiti. Proses pertukaran NOC/ SSLN mengambil masa sekitar 2 bulan.

PENERBANGAN PERTAMA SESI PENGAJIAN 2012 - 5HB SEPTEMBER 2012 - EGYPT AIR

Assalamualaikum wbth,

1. ALHAMDULILLAH, Esok adalah penerbangan pertama bagi sesi pengajian 2012. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan perjalanan anak-anak ke Bumi Anbiya. Sila ambil maklum, 'Makluman Keberangkatan 2012' telah dihantar ke email masing-masing.

2. Sila pastikan anda hanya membawa muatan tidak melebihi 46kg. Sila ambil maklum juga, ianya mestilah di dalam 2 bag, yang tidak melebihi 23kg setiap satu.  Sila berkumpul di bahagian ROW G pada jam 5 petang.


SENARAI NAMA PENERBANGAN 5HB SEPTEMBER- EGYPT AIR, 10 MALAM
KOORDINATOR PENERBANGAN : Cik Zalya : 0193654333