Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 15 July 2008

Bantuan Am Pelajaran (IPT)

Salam,

Bagi pelajar yang telah mendapat surat tawaran dan berminat untuk mendapatkan tajaan menerusi program diatas.

Permohonan terhad kepada warga Selangor / Wilayah / Kelantan sahaja.
Keutamaan diberikan kepada ibubapa yang berpendapatan rendah serta prestasi SPM yg baik .
Penaja akan menarik Tajaan pada bila-bila masa jika pelajar gagal didalam peperiksaan

FORMAT TAJAAN
Taklimat akan diberikan oleh pihak penaja dalam masa terdekat

Tajaan merangkumi:
1. Tajaan kapalterbang sehala
2. Wang Poket untuk Persiapan sebelum berangkat
3. Tajaan sepenuhnya sepanjang pembelajaran di Mesir

Sila sediakan dokumen dibawah dan serahkan diPejabat MedicMesir sebelum Sabtu, 19hb Julai 2008 , 5pm.
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon/ ibubapa /penjaga dan tanggungan
ii. Salinan Sijil Kelahiran pemohon/ ibubapa /penjaga dan tanggungan.
iii. slip SPM
iv. Salinan penyata gaji / pencen / borang J ibubapa.
v. Salinan buku akaun Bank Simpanan Nasional (GIRO) pelajar yang menunjukkan nombor akaun
vi. Salinan Surat Tawaran Universiti
vii. Sijil Nikah IbuBapa / Surat Cerai ibubapa

Borang Asal permohonan boleh diambil dari pejabat MedicMesir (borang fotokopi tidak diterima sebagai SAH). Sila pastikan dokumen diatas lengkap sebelum datang ke pejabat MedicMesir.

Jika berminat untuk memohon sila sms (Nama-Bantuan Am Pelajaran) ke 019 3106167

Ini penting sebab borang adalah terhad. Pihak MedicMesir akan memaklumkan jika permohonan sudah tamat / semua borang sudah dipenuhi.

Sunday 13 July 2008

Tajaan Khas Program Perubatan Al Azhar


Salam,

Sukacita dimaklumkan permohonan dibuka untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program Perubatan di Universiti Al Azhar.

Syarat-syarat:
1. Minima 4B didalam mana-mana subjek Sains, Matematik dan Bahasa Arab Tinggi
2. Tiada LatarBelakang Tahfiz / sekolah agama diperlukan. Bagaimanapun, ia masih satu kelebihan.

Struktur Program Al Azhar
1. Program selama 6 tahun.
2. Modul Program adalah kombinasi

Modul Agama Dalam Bahasa Arab (Nahu, Balaghah, Adab Nusus, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak * Hafazan 2 Juz)

Modul Perubatan((Anatomy, Histology, Physiology dan Biochemistry) + Bahasa Inggeris & Terminology + Komputer)

Untuk yang berminat untuk menyertai Program ini, sila email salinan slip SPM / cabutan sijil Lahir. Nyatakan alamat rumah dan no HP>>>Tajuk Email:
Email kepada medicmesir@gmail.com

Tarikh tutup permohonan ke AlAzhar adalah 15hb Ogos 2008.

Borang tajaan dan lain-lain yang berkaitan akan dihantar terus kepada pelajar.

YURAN TAJAAN INI AKAN DIBAYAR TERUS KEPADA UNIVERSITI




Thursday 10 July 2008

Rayuan Tajaan Tahun Pertama Program Perubatan MESIR 2008

Salam,

PihakMedicMesir bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membantu pelajar-pelajar menampung perbelanjaan Tahun Pertama. Tajaan bergantung kepada keputusan SPM serta latarbelakang ekonomi ibubapa. Tajaan mungkin berbeza dari segi jumlah serta bentuk tajaan.

Tidak dapat dinafikan, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM. Ianya bukan pasti, tapi
adalah usaha tambahan Medicmesir bagi meringankan beban pelajar yg telah memohon.

Download Borang Rayuan Tajaan Tahun Pertama disini.

1. Sila isikan dalam 5 salinan (isi satu salinan & fotokopi 4 yg lain).
2. Pastikan tandatangan adalah 'original', buka fotokopi untuk semua salinan.
3. Salinan KP / Sijil Lahir, sila buat salinan dalam kertas A4
4. Kepilkan surat tawaran
5. Pastikan semua salinan telah disahkan.
6. Serahkan melalui Pos Express sebelum 29 July 2008.
7. Poskan ke :
Medicmesir, 17-1, Jln Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, SELANGOR DARUL EHSAN.

Segala pertanyaan, sila hubungi >>
>> 019 3106167 (Pn Siti Haniza @ ummi ) atau
>> 03 89489030 (Tengku Adzrene)
>> atau YM di medicmesir / email: medicmesir@gmail.com

Permohonan lewat tidak akan dilayan sama sekali.
Tingkatkan doa, agar usaha kita dipermudahkan serta diberkati Allah swt.


ikhlas,
medicmesir