Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Program Komuniti MedicMesir. Show all posts
Showing posts with label Program Komuniti MedicMesir. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

PROGRAM IHYA RAMADHAN MEDICMESIR dengan kerjasama UPM


Assalamualaikum wbth, 

Semoga dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan. Alhamdulillah, pada 18hb Julai, Khamis, MedicMesir dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program Ihya Ramadhan.

Semua warga MedicMesir serta UPM yang berkesempatan untuk bersama-sama mengambil manfaat majlis diatas amatlah di alu-alukan. Semoga ilmu serta pertermuan kita ini diberkati dan meningkatkan takwa kita.

Shukran atas sokongan. Jumpa disana. 

Salam,
UmmiMM
7 Ramadan 1434 H | 16 Julai 2013

Sunday, 27 January 2013

PROGRAM STAT & NOW 2.0


[Unit Kebajikan MM Tanta]
Akan tiba tidak lama lagi..

Program Stat & Now 2.0 yang juga dikenali sebagai Doctor A.B.C
dengan tema: "See One , Do One , Teach One" 

Tarikh : 3 Feb 2013
Tempat : AC2
Masa : 8.00 pg(sila datang awal untuk pendaftaran)
Pakaian : Wajib bawa labcoat
Berkemeja dan ber'tie'(ikhwah)
Berbaju kurung(akhawat)

Tuesday, 14 August 2012

UmmiMM ke MISI AQSA SYARIF ke GAZA!

Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, malam ini Ummi akan berangkat ke Gaza bersama-sama dengan sukrelawan AQSA Syarif yang lain. Mohon doa semua agar kami selamat pergi dan balik. Doa juga agar misi ini membawa manfaat buat saudara Islam kita di Palestin. Ummi dijangka pulang ke Malaysia pada 26hb Ogos 2012. InshaAllah.

2. Apa jua hal mengenai MedicMesir sila berhubung dengan kakitangan MedicMesir dibawah:


Pertanyaan UMUM mengenai MedicMesir / STATUS permohonan
Puan Syarifah (019 365 4555),  sharifahazma.medicmesir@gmail.com

Urusan KWSP / Zakat Negeri
En Firdaous (019 3106167),  mohdfirdaous.medicmesir@gmail.com

Urusan Dokumentasi
En Shamsul Hizal Mohd Nazri (019 395 6061), shamsul.medicmesir@gmail.com

Permohonan Baru / Surat Tawaran Sementara
Cik Tini  (019 365 3444)  tini.medicmesir@gmail.com

Urusan Bayaran / Resit
Cik Maimunah (019 3631 444), maimunah.medicmesir@gmail.com

Urusan FLIGHT
Cik Hasiah  (019 365 4333), hasiah.medicmesir@gmail.com

Urusan RUMAH
Cik Faizah  (03 8945 9030), nurfaizah.medicmesir@gmail.com

Waktu pejabat adalah dari Isnin – Jumaat:
9am – 1.00pm & 2.00pm – 5.00pm  (1-2pm rehat )

Pejabat MedicMesir akan mula bercuti Hari Raya Aidil Fitri bermula hari Jumaat 17hb Ogos 2012 sehingga 22hb Ogos 2012.  Pejabat akan mula beroperasi pada hari Khamis, 23hb Ogos 2012.  InshaAllah.

TERIMAKASIH atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Selamat Hari Raya AidilFitri.  MAAF ZAHIR BATIN.

Salam,

Friday, 27 July 2012

DISKUSI IMAN bersama Sdr HILAL ASYRAF !


Salam,
Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt!
Alhamdulillah, unit Akademik preMedic 2012 akan menganjurkan sejam bersama Sdr Hilal Asyraf didalam topik "Diskusi Iman~ KeArah Doktor Bertaqwa".

Semua pelajar perubatan Mesir yang belik bercuti dijemput hadir sama. MASUK PERCUMA

Salam,
Aswan (Ketua Unit Akademik)

Saturday, 14 July 2012

PROGRAM 'CSR' MEDICMESIR ~ MAKAN MALAM AMAL ROSE2ROSE

Assalamualaikum wbth,


Warga MedicMesir yang dirahmati Allah swt!



1. Sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, MedicMesir ingin berkongsi berita baik untuk kita sama-sama beramal untuk saudara kita di Palestin (khasnya kaum IBU).  Oleh itu, saya ingin menjemput warga MedicMesir yang berminat untuk 'meminjamkan harta' atau 'tenaga' masing-masing untuk pembangunan pusat komuniti wanita yang akan dibina di Palestin.    


2.Pusat yang pertama telah berjaya dibina di Rafah, Gaza.  Oleh itu, ini adalah usaha membina pusat yang kedua. Projek ini bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Palestin Darul Quran Al-Karim Wa Sunnah Rafah, Palestin.  Penjanaan dana sumbangan projek ini bukan hanya untuk satu tingkat atau satu pusat komuniti sahaja, namun ia akan terus dibina untuk pusat ke-2 dan seterusnya bersama NGO-NGO yang dipilih di Gaza, Palestin.  Setiap pusat menelan belanja sebanyak RM300,000. Kelebihan menyumbang melalui paltform AqsaSyarif kerana ketelusan serta audit report yang lengkap untuk setiap projek.  


3. Maklumat lanjut sila rujuk link http://www.aqsasyarif.org.my/2012/05/makan-malam-amal-rose2rose/. Mana-mana warga MedicMesir yang ingin menyumbang dengan cara pembelian Meja atau Sumbangan untuk projek Rose2Rose boleh lah menghubungi saya, UmmiMM di talian 019 6206167.

4.  InshaAllah, sebahagian dari anak-anak yang sedang mengikuti Program preMedic 2012 di UPM akan turut sama ke Majlis Makan Malam Amal ini.  MedicMesir juga menjemput mana-mana pelajar Mesir yang kini pulang bercuti ke Malaysia untuk bersama-sama ke Makan Malam Amal Rose2Rose ini. InshaAllah, MedicMesir berbesar hati untuk 'sponsor seat' untuk anak-anak tersayang.  Sponsorship ini TERBUKA kepada mana-mana perubatan di Mesir tanpa mengira agensi. 

5.  Segala pertanyaan mengenai 'seat availability' sila hubungi ke Ukhti Siti Hajar Mohd Yunos (Pelajar Pergigian Universiti Al Azhar) di talian  0139912162. Shukran atas segala sokongan dan doa semua. Semoga segala amalan kita diikhlas kan hanya kerana Allah swt.  

Salam.
uMMiMM, 019 6206167

Saturday, 31 March 2012

SLIDING THROUGH EXPERIENCE AS PROFESSIONALs (STEP)- CAIRO - 6th APRIL

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, The much awaited event is now in Cairo !
All praise and Thanks to Allah swt ! 
Very Timely !  Prof Madya Dr Harlina Siraj and Dr Hafidzah Mustakim are coming to meet our Malaysian Medical Students in Egypt.  Despite of their busy schedule after meeting our truly Malaysian Students in UK and Ukraine, Egypt surely will not be missed out....
Thanks for making the time to inspire all our Medical students in Egypt ! May Allah swt blesses  both of u always....

Thanks to Education Malaysia Egypt and Kelab IKRAM Mesir for organizing such event!  It would indeed be a gift that will transform our students mindset and hence, inspire them to excell as a MEDICAL students! Biiznillah :-)


This would be the tentative programs:-
0800     Arrival and Registration

0830     Quran Recitation, Speech and Open Ceremony
0900     Interactive Lecture: becoming Five Star Medical Doctors, 
            Serving Malaysia Health Sector
1000     Survival Tips for Medical Students
1030     Morning breaks
1100     Interactive Lecture : Medical Professioanlisme – 
            What Medical   Students Should Know? 
            Capacity Skill Building : Managing Diversity
1400     Survival Tips for Medical Students
1500     Capacity Skill Building : Emotional Intelligence
1600     Capacity Skills Building : Critical Thinking

To all Medical Students in Egypt, pls register yourself here ! The event is OPEN to ALL...and NOT LIMITED to MEDICMESIR! 

See u soon in Cairo :-)

Uhhibukum fillah and Salam :-)
uMMi ~MM

Tuesday, 27 March 2012

Kempen JOM! Infaq "Medical Books" 2012

Bismillahirahmanirahim.............Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat allah swt :-) Untuk makluman semua, Alhamdulillah sebahagian dari usaha anak-anak diMesir adalah untuk menubuhkan " Mini Library" yang terdiri dari buku "medical" dan lain-lain. 'Mini Library' yang sepatutnya beroperasi disemua "Academic Centre' di setiap muhafazah.

Oleh itu, besarlah harapan kami agar, mana-mana penderma yang mungkin sudah tamat belajar atau mempunyai saluran mendapatkan buku-buku yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak di Mesir.

Bagi buku-buku yang berada di Malaysia, MedicMesir akan membantu mengambilnya dan menghantarnya ke Mesir.  Tiada tarikh tutup terhadap usaha ini.  Mohon sekiranya, mana-mana penderma yang berhajat untuk menginfaqkan buku-buku ini supaya mengisi borang yang disediakan di link ini.

Segala pertanyaan atau makluman bolehlah berhubung terus dengan uMMi~MM di talian 019 2306167 atau Cik Nadirah di talian 019 3106167.
Bagi buku-buku di Mesir harap dapat berhubung dengan wakil MedicMesir di muhafzah masing-masing.
Tanta : Ahmad Samhan Awang
Mansoura : Aiman Jusri
Alexandria : Nu'man Salahuddin
Zagazig : Nik Muhammad Fitri
Kaherah / Ainsham: Muhammad FAris Ramli

Semoga Allah swt memberkati dan memudahkan urusan kita. Semoga segala usaha kita diberkati.  Bagi penderma, semoga mendapat pahala yang berterusan atas ilmu-ilmu yang dimanfaatkan buat semua.

"Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat" 

Alhamdulillah dan Salam :-)
uMMi ~ MM

Saturday, 31 December 2011

Hari USAHAWAN Medic setiap Jumaat di Academic Centre Tanta !

Salam,

TAHNIAH kepada Unit Ekonomi Tanta MedicMesir kerana berjaya menjayakan Hari Usahawan Medic pada setiap hari Jumaat. Disamping melatih diri menjadi usahawan, ianya juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan barangan Malaysia.

TAHNIAH juga kerana berjaya membuat kutipan hampir 5000LE diminggu pertama Hari Usahawan Medic dilancarkan. Alhamdulillah.

Syabas! Semoga terus BERJAYA....

Salam,
UmmiMM


Saturday, 30 July 2011

Program Mengimarahkan Ramadhan @ Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, syukor kehadrat Allah swt, atas limpahnya, kita diberi peluang untuk bersama-sama lagi di bulan Ramadhan. Bulan yang paling bermakna dan penuh dengan rahmat dan barakah, tak mungkin kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Memandangkan tahun ini ramai yang tidak pulang bercuti atau ramai yang pulang lewat untuk menunggu keputusan imtihan, maka, sebaiknya dimanfaatkan masa yang ada untuk kita sama-sama memeriahkan Ramadhan di bumi Anbiya.

Oleh itu, dalam usaha mengimarahkan Ramadhan, maka apa2 usaha dan cadangan program yang memerlukan peruntukan dari MedicMesir adalah dialu-alukan. Mohon, setiap muhafazah yang berminat untuk berbincang dan menghantar ringkasan program masing-masing sebelum 1 hb Ogos 2011. Maaf, cadangan yang diterima selepas 1 hb Ogos 2011 tak dapat dilayan.

Program yang memberi manfaat terhadap golongan kurang bernasib baik di bumi Mesir amatlah dialu-alukan. Semoga kehadiran kita memberi impak terbaik buat saudara Muslim kita di bumi Kinanah!
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

Selamat menjalani ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun inti adalah yang TERBAIK yang pernah kita lakukan! Ameen Ya Rabb !

Salam Sayang,
UmmiMM


Thursday, 30 June 2011

Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena IMTIHAN pelajar Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Syukor Alhamdulillah! MedicMesir menganjurkan Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena Imtihan pelajar2 Di Mesir pada hari Khamis, 30hb June 2011. Majlis akan diadakan di Surau Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.

MedicMesir juga mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada pemilik 'Haji Catering & Bistro', ayah pelajar, Sharfraz Malek Ahmed Syed Nazer atas sumbangan makanan untuk majlis diatas.

IbuBapa pelajar yang kini berada di Mesir serta pelajar2 yang sudah pulang bercuti di Malaysia yang berkesempatan dijemput untuk hadir bersama-sama dimajlis diatas. Sila sahkan kehadiran anda melalui sms kepada Ustaz Ikrimah di talian 0193742191

Doa kami agar dipermudahkan dan diberi natijah yang TERBAIK buat anak-anak yang berhadapan dengan Imtihan. Semoga majlis ini diberkati dan semoga permintaan serta hajat kami kehadrat Allah swt diterimaNYA. Allahuma Ameen.

Salam,
ummiMM

Saturday, 22 January 2011

MedicMesir~Rus~Infaq

Salam,
Sukacita dimaklumkan, MedicMesir menguruskan edaran beras dengan kadar separuh harga dari harga jualan biasa. Oleh itu mana-mana pelajar yang berminat untuk membuat tempahan, sila isikan BORANG MM RUS INFAQ.

Edaran akan dibuat dimuhafazah masing-masing melalui koordinator yang akan dimaklum kemudian.

Membeli dengan niat untuk menjual semula adalah DILARANG sama sekali.
Usaha ini adalah dibiayai melalui wang peninggalan arwah Ibu Ummi yang dipesetujui oleh semua keluarga untuk dimanfaat kepada anak2 Mesir yang bermusafir mencari Ilmu. Alfatihah buat Arwah. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Ameen.

Ikhlas dan Salam Sayang,
UmmiMM


Thursday, 26 August 2010

JOM! Kasih A'SYARA 2010

Salam,
Alhamdulilla, warga MMTanta yang tidak pulang bercuti menganjurkan program JOM! Kasih A'Syara. Sumbangan A'syara genih (10LE) begitu bermakna buat mereka yang memerlukan!

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan makanan harian kepada 60 keluarga miskin dan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Kafr Isam.
Insyallah, selain dari menghayati kemiskinan golongan fakir miskin di bumi Tanta, insyallah, program ini berharap dapat mengeratkan 'Ukhuwah Fillah' antara pelajar Malaysia dan komuniti Tanta. Insyallah. Ameen!

Bagaimana anda boleh menyumbang??............Klik link untuk makluman selanjutnya! Terimakasih atas sumbangan anda. Semoga hati-hati kita ditaut atas kasih sayang keranaNYA. Ameen!

Salam,
ummiMM


Sunday, 22 August 2010

JOM 'Broga' - 23hb Ogos 2010

Salam,
Alhamdulillah ala kulli hal, Crew JOM yang tak putus-putus dengan idea dan tenaga menjemput semua bakal dukturah Mesir yang pulang bercuti atau yang baru nak berangkat ke Mesir untuk bersama didalam pendakian JOM 'Broga'.

Objektif jaulah ini adalah disamping menguji ketahanan diri (terutama disaat berpuasa) adalah sama2 mentadabbur alam. Disamping itu juga, kutipan yang bakal dibuat akan disumbang ke rumah Orang Tua Al Ikhlas semasa program Jom 'Kasih Ramadhan'. Maklumat lanjut, sila lawati >> Blog JOM (www.JourneyOfMedichood.com)

JOM 'Broga' adalah juga sesi yang membolehkan bakal2 Dukturah yang akan berangkat bulan September ini nanti menjalin hubungan rapat dengan semua seniors dari semua universiti. Semoga ukhuwah yang terjalin ini membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan lebih cepat di Mesir nanti. Insyallah.
Segala pertanyaan sila hubungi :
Puteri Nuuraine Ayu (tahun 3 mansoura-manchester) HP: 0192545466 YM: mizz_yoyo
Bunyamin bin Abdullah(pelajar MARA tahun 3 mansoura-manchester)>> HP: 0195025605 YM: centaur_90

Semoga program ini mendatangkan manfaat. Ameen
Salam ikhlas,
ummiMM