Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, 27 March 2012

Kempen JOM! Infaq "Medical Books" 2012

Bismillahirahmanirahim.............Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat allah swt :-) Untuk makluman semua, Alhamdulillah sebahagian dari usaha anak-anak diMesir adalah untuk menubuhkan " Mini Library" yang terdiri dari buku "medical" dan lain-lain. 'Mini Library' yang sepatutnya beroperasi disemua "Academic Centre' di setiap muhafazah.

Oleh itu, besarlah harapan kami agar, mana-mana penderma yang mungkin sudah tamat belajar atau mempunyai saluran mendapatkan buku-buku yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak di Mesir.

Bagi buku-buku yang berada di Malaysia, MedicMesir akan membantu mengambilnya dan menghantarnya ke Mesir.  Tiada tarikh tutup terhadap usaha ini.  Mohon sekiranya, mana-mana penderma yang berhajat untuk menginfaqkan buku-buku ini supaya mengisi borang yang disediakan di link ini.

Segala pertanyaan atau makluman bolehlah berhubung terus dengan uMMi~MM di talian 019 2306167 atau Cik Nadirah di talian 019 3106167.
Bagi buku-buku di Mesir harap dapat berhubung dengan wakil MedicMesir di muhafzah masing-masing.
Tanta : Ahmad Samhan Awang
Mansoura : Aiman Jusri
Alexandria : Nu'man Salahuddin
Zagazig : Nik Muhammad Fitri
Kaherah / Ainsham: Muhammad FAris Ramli

Semoga Allah swt memberkati dan memudahkan urusan kita. Semoga segala usaha kita diberkati.  Bagi penderma, semoga mendapat pahala yang berterusan atas ilmu-ilmu yang dimanfaatkan buat semua.

"Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat" 

Alhamdulillah dan Salam :-)
uMMi ~ MM

No comments:

Post a Comment