Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 22 March 2012

PERSEDIAAN UNTUK IMTIHAN FINAL ?

Bismillahirahmanirahim ...Assalamualaikum wbth,

Kehadapan anak2 Ikhwah wa Akhawat Fillah Rahimakumullah.....

1. Alhamdulillah setakat ini hampir semua universiti telah mengumumkan keputusan 'Mid Year' atau 'Sem 1'. TAHNIAH Ummi ucapkan kepada semua yang BERJAYA cemerlang.  Kepada yang KURANG BERJAYA, renungkan sejenak untuk muhasabah diri masing-masing. Sungguhpun "its not the end of the world"..... tetapi hakikatnya, keputusan ini amat penting kerana ini juga mencerminkan apakah keputusan Final kita nanti sekiranya rentak atau 'attititude' kita tetap sama.  "Audit" pencapaian kita...'status kita sekarang' vs 'status seorang yang Mumtaz'......"Fill the GAP" sementara masa masih ada...

2. Untuk anak-anak Tahun 1, keputusan Imtihan 'Final' ini  amat penting bagi menentukan peluang tajaan yang bakal diperolehi.  Seperti yang selalu Ummi warwarkan didalam taklimat-taklimat di Malaysia, keputusan minima 'Jayyid Jiddan' atau "Very Good" adalah sesuatu yang MESTI @ WAJIB dikacamata penaja.

3.  MedicMesir hanyalah sebuah agensi yang menempatkan anak-anak di Universiti pilihan masing-masing.  Ibu Ayah juga telah melaksanakan yang terbaik bagi memastikan anak-anak ditempatkan dimenara gading yang membolehkan anak-anak mengikuti pengajian perubatan yang diidam-idamkan. Oleh itu, amat besarlah harapan Ummi serta Ibu Ayah agar anak-anak di Mesir tidak mensia-siakan peluang ini. "First TRY is always the BEST".

Oleh itu....saranan Ummi..."Reset Mindset' kita masing-masing bermula hari ini demi 'transformasi' natijah akhir Tahun Akademik 2011/12.  Kita perlu menghidupkan 'AURA MUMTAZ' disekeliling kita, terutamanya persekitaran pembelajaran serta hubungan dengan 'ahli bait' untuk saling bantu membantu didalam membina kejayaan yang beterusan.

Akhirkata ! Please try to DO YOUR VERY BEST in everything ! Ummi doakan agar persediaan menghadapi Imtihan FINAL dipermudahkan dan di beri suntikan semangat yang berterusan. Tajdid Niat kerana Allah ! Fokus kepada tujuan menuntut ilmu ini agar  melayakkan kita bergelar Doktor Muslim yang akan mampu menyumbang kepada Ummah, dengan ILMUdan IMAN. Allah Yusahhil InshaAllah.

Salam Sayang,
uMMi~MM

No comments:

Post a Comment