Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 23 March 2012

Majalah JOM! ~ Keluaran Sulung Kini di Mesir

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth...


1. Kehadapan anak-anak MM yang dirahmati dan dikasihi Allah swt....Semoga kita sentiasa didalam iman dan amalan yang teguh.....Alhamdulillah....Majalah JOM! yang dinantikan sudah berada di Mesir. TerimaKasih kepada salah seorang ibubapa MM yang ke Mesir baru-baru ini  (ibuayah Haifa Hafiz, Tanta) yang membantu membawa majalah-majalah tersebut.


2. Untuk keluaran sulung ini, InshaAllah, Ummi bercadang untuk memberinya PERCUMA satu salinan satu rumah. Ianya juga terhad kepada rumah yang mendaftar melalui FB UmmiMedicMesir sahaja.  Bagi keluaran yang akan datang, sila dapatkan dari wakil di Muhafazah. Inshallah preOrder akan mula dibuka di muhafazah masing-masing dan InshaAllah Ummi akan berusaha membawanya nanti. Sila ambil maklum, naskah PERCUMA ini TERHAD kepada 200 naskah sahaja.


3. Wakil di Muhafazah:
1. Tanta : Amirah Farhana Roslan (Tahun 2)
2. Mansoura : Kausar Ahmad Rodzi (Tahun 5)
3. Alexandria : Syahira Ghazali (Tahun 3)
4. Al Azhar / Ainsham : Zahidah Maulida  (Tahun 2)
5. Zagazig : Nik Muhammad Fitri (Tahun 3)


4. InshaAllah majalah JOM! akan diterbitkan setiap bulan. Pengisian didalam nya amat bermanfaat sekali. Selain dari melepaskan rindu kepada bahan bacaan dari Malaysia, Ianya pasti menjadi satu sumber pengisian hati anak-anak didalam meniti perjalanan menjadi Doktor Muslim yang dicita-citakan.


Semoga usaha ini mendatangkan manfaat :-) Ameen


Love Fillah dan Salam kerinduan :-)
UmmiMM
Video PROMOSI JOM http://www.youtube.com/watch?v=UG8p0llKHIg

No comments:

Post a Comment