Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 26 April 2014

MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERTUBUHAN KEBANGSAAN IBUBAPA DAN MAHASISWA PERUBATAN MESIR 2014

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Alhamdulillah, atas inisiatif sekumpulan IbuBapa, dengan ini Pertubuhan Kebangsaan  Ibu Bapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir, Malaysia telah berdaftar secara rasmi. Antara objektif utama penubuhan pertubuhan ini adalah untuk membantu beberapa isu di Mesir terutamanya isu tajaan dan keselamatan anak-anak yang belajar di Mesir.

3.  InshaAllah, mesyuarat agung yang pertama akan diadakan pada hari esok, Ahad, 27hb April 2014 , jam 10-12 tengahari di Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor.  Semua ahli yang berdaftar telah menerima makluman secara rasmi. Oleh itu, jemputan ini dipanjangkan kepada ibubapa pelajar yang masih bukan ahli untuk hadir sebagai pemerhati dan menjadi ahli.  Jemputan ini TERBUKA kepada semua ibubapa pelajar tanpa mengira agensi.

4.  Jika anda bukan ahli, tetapi minat menjadi ahli, samada boleh hadir ke majlis diatas, mohon agar dapat memberi sedikit sebanyak makluman didalam link ini. KLIK SINI 

5. Segala pertanyaan mengenai majlis ini boleh lah berhubung dengan Cik Shikin di talian 019 3106167.  

6. Mohon doa semua agar segalanya berjalan dengan lancar dan memberi natijah yang terbaik buat anak2 tersayang di Mesir agar dapat merealisasikan impian menjadi Doktor Muslim yang mampu menyumbang kepada ummah. Ameen

Allah Yusahhil dan Salam,
UmmiMM