Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Pindah Kredit. Show all posts
Showing posts with label Pindah Kredit. Show all posts

Friday, 27 September 2013

PENDAFTARAN 'DOCTOR OF DENTAL SURGERY' MAHSA UNIVERSITY - 28hb September dan 5hb Oktober 2013.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti Program 'Doctor of Dental Surgery' (DDS) MAHSA University.  

2. Sila ambil maklum, surat tawaran serta makluman mengenainya telah dihantar ke email anda. 

3. Sila ambil maklum, pendaftaran akan bermula pada jam 10 pagi di Auditorium MAHSA, Petaling Jaya. InshaAllah, Dekan, Fakulti Pergigian, Professor Dato' Dr Nor'ain Abu Talib akan memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai Program DDS di Mahsa University.

4. Untuk tujuan prosesan 'pindah kredit', semua dokumen pelajar akan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh pihak MAHSA. Ini adalah bagi membolehkan semakan dan pilihan penempatan dibuat mengikut pilihan tahun dan universiti.  Oleh itu, semua pelajar diminta untuk membawa 2 salinan untuk tujuan penghantaran ke KPM. Sila serahkan semasa pendaftaran dokumen-dokumen dibawah.
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi (jika ada);
d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);
g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan

h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

5. Semua pelajar perlu membuat permohonan ONLINE
untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM). Anda perlu memilih 'PERGIGIAN' dan 'MAHSA UNIVERSITY" sebagai pilihan. Salinan itu perlu dicetak dan diserahkan sekali dengan dokumen diatas.  Jika anda belum mendaftar, ianya boleh dibuat kemudian tetapi sebelum tarikh 1hb Oktober 2013 untuk membolehkan pihak Universiti menghantarkan nya ke KPM sebelum 8hb Oktober 2013.

6. Kepada pelajar yang baru memohon, sila laksanakan permohonan anda dengan kadar SEGERA di link BORANG PERMOHONAN DDS  ini.  Permohonan anda akan disemak kelayakan dan surat tawaran akan diemail kepada anda dalam masa 48 jam. Sila ambil maklum agensi selain dari MedicMesir juga boleh mengunakan khidmat ini secara percuma. Tetapi, TERHAD kepada jumlah tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysia Dental Council

8. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Dr Ahmad 013 3061313  atau UmmiMM di 019 6206167.

9. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak meneruskan pengajian di Malaysia.  

Salam,
UmmiMM

Thursday, 19 September 2013

PELAJAR MESIR BOLEH SAMBUNG PENGAJIAN DALAM NEGARA

Putrajaya: Pelajar Malaysia dari universiti Mesir dibenarkan menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sama ada awam atau swasta, berikutan pergolakan di negara itu dijangka berlarutan dan tidak berakhir dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip selari, ‘minus one rule’ (peraturan tolak satu) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).

“Ini bermakna kalau mereka (pelajar berada di) tahun empat di Mesir mereka memasuki tahun tiga di negara kita, kalau bidang perubatan di Mesir programnya enam tahun, jadi di Malaysia lima tahun sebab di Mesir tak ada program matrikulasi.

“Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam, bagaimanapun ia tidak membabitkan pelajar yang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian,” katanya pada sidang media selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), semalam.

Idris berkata, pemindahan kredit bagi bidang pengajian Islam pula perlu mengikut syarat ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau berkata, kementerian juga berbincang dengan badan profesional termasuk Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia supaya menambah kuota iaitu dengan menaikkan nisbah pelajar iaitu satu pensyarah untuk lapan pelajar (1:8) berbanding satu pensyarah bagi empat pelajar (1:4), sebelum ini. Menurutnya, kementerian turut meminta penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakya (MARA) dan agensi kerajaan negeri supaya membantu pelajar yang memilih menyambung pelajaran dalam negara dari segi pembiayaan.

Malah katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dibenarkan memberi pinjaman maksimum RM150,000 bagi setiap pelajar.

“Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar meneruskan pengajian di IPT tempatan, satu jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir ditubuhkan bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal berkaitan pengurusan pengajian serta pemindahan kredit ini,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi http://www.moe.gov.my atau berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Kementerian Pendidikan, Presint 5, di sini mulai 24 September sehingga 8 Oktober depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarMesirbolehsambungpengajiandalamnegara/Article/index_html

Sunday, 15 September 2013

URUSAN PINDAH KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini adalah lanjutan dari pertemuan IbuBapa/ Pelajar bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 12hb September 2013. Sila ambil maklum, MM akan mengadakan penjelasan lanjut pada hari ini, Ahad, 15hb September 2013 di Kota Bharu dan esok, Isnin, 16hb September 2013 di Auditorium, MAHSA University.