Jadual taklimat MedicMesir minggu ini : ZON PANTAI TIMUR : MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 26 Mei (Jumaat, 9-11 pagi) dan Hotel Kenangan, Kuala Terengganu 27 Mei (Sabtu 10-12 tengahari) Hubungi : Encik Fakrul 0197586167 ZON TENGAH : Dewan MedicMesir, Bangi 27 Mei (Sabtu, 10-12 tengahari) Hubungi : Cik Atiqah 010-4076167 ZON SELATAN : Hotel Le Grendeur, JB 27 Mei (Sabtu, 10-12 tengahari) Hubungi : Cik Nadirah 0133023030 ZON UTARA : MRSM PDRM Kulim, Kedah 25 Mei (Khamis, 9-11 pagi) dan TH Hotel, Penang 27 Mei (Sabtu, 10-12 tengahari) Hubungi : Encik Fakrul 0197586167

Thursday, 19 September 2013

PELAJAR MESIR BOLEH SAMBUNG PENGAJIAN DALAM NEGARA

Putrajaya: Pelajar Malaysia dari universiti Mesir dibenarkan menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sama ada awam atau swasta, berikutan pergolakan di negara itu dijangka berlarutan dan tidak berakhir dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip selari, ‘minus one rule’ (peraturan tolak satu) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).

“Ini bermakna kalau mereka (pelajar berada di) tahun empat di Mesir mereka memasuki tahun tiga di negara kita, kalau bidang perubatan di Mesir programnya enam tahun, jadi di Malaysia lima tahun sebab di Mesir tak ada program matrikulasi.

“Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam, bagaimanapun ia tidak membabitkan pelajar yang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian,” katanya pada sidang media selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), semalam.

Idris berkata, pemindahan kredit bagi bidang pengajian Islam pula perlu mengikut syarat ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau berkata, kementerian juga berbincang dengan badan profesional termasuk Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia supaya menambah kuota iaitu dengan menaikkan nisbah pelajar iaitu satu pensyarah untuk lapan pelajar (1:8) berbanding satu pensyarah bagi empat pelajar (1:4), sebelum ini. Menurutnya, kementerian turut meminta penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakya (MARA) dan agensi kerajaan negeri supaya membantu pelajar yang memilih menyambung pelajaran dalam negara dari segi pembiayaan.

Malah katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dibenarkan memberi pinjaman maksimum RM150,000 bagi setiap pelajar.

“Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar meneruskan pengajian di IPT tempatan, satu jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir ditubuhkan bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal berkaitan pengurusan pengajian serta pemindahan kredit ini,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi http://www.moe.gov.my atau berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Kementerian Pendidikan, Presint 5, di sini mulai 24 September sehingga 8 Oktober depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarMesirbolehsambungpengajiandalamnegara/Article/index_html

No comments:

Post a Comment