Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 11 September 2013

MAKLUMAN MESYUARAT AGENSI PENGHANTARAN PELAJAR KE MESIR / WAKIL IBUBAPA DI KPM 10/9/2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 



2. Beberapa maklumat yang telah dibincangkan adalah:

a. ISU FAIL PELAJAR (Tumpuan banyak mengenai permasalahan fail di Zagazig)

TINDAKAN: Setiap agensi diminta menyenaraikan nama-nama pelajar yang terlibat dan menyediakan dokumen berpatutan untuk tindakan pihak KPM /EME.

b. ISU KESELAMATAN / PENGAJIAN / PINDAH KREDIT 

MAKLUMAN: Akan diterangkan didalam majlis 12hb September 2013 di KPM. Buat masa ini, pihak Menteri telah membuat satu keputusan setelah perbincangan yang diadakan dengan pihak MKN pada petang 10hb September 2013.

c. ISU KELAYAKAN ke MESIR : ISU C DIDALAM SPM

MAKLUMAN: Untuk kes pengambilan 2012 dan terdahulu, perkara ini akan diselesaikan dan pelajar yang memperolehi Jayyid akan layak menerima NOC. Untuk tahun 2013, pihak KPM akan mengubah sistem pendaftaran dan tidak lagi membenarkan pelajar C. Pihak KPM akan mengetatkan kemasukan sesi 2013 dengan memastikan pihak Universiti hanya menerima pelajar dari pihak MOHE Egypt mengikut senarai yang diterima oleh EME.

d. ISU PENIPUAN SIJIL SPM atau TERJEMAHAN SPM

MAKLUMAN: KPM melalui agensinya di Mesir , EME telah mengenalpasti 45 permohonan yang mengunakan sijil / terjemahan SPM yang telah dipalsukan. Pemalsuan ini adalah untuk membolehkan 'permohonan pelajar' yang mempunyai SPM yang 'tidak layak' mengikut syarat KPM kepada 'layak'. Penipuan ini masih didalam siasatan KPM.

e. KEBERANGKATAN PELAJAR BARU

MAKLUMAN: KPM berjanji akan membuat makluman rasmi semasa perjumpaan pada 12hb September 2013.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak membantu. 


Salam,

UmmiMM


No comments:

Post a Comment