Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label preMedic 2011. Show all posts
Showing posts with label preMedic 2011. Show all posts

Monday, 2 July 2012

ALHAMDULILLAH! 400 pelajar telah mendaftar preMEDIC MM2012

Assalamualaikum wbth,


1. Alhamdulillah...Alhamdulilllah...Alhamdulillah.  Seramai 400 pelajar (130 lelaki dan 270 perempaun ) telah selamat mendaftar ke Program preMedic MM2012.  Alhamdulillah, tahun 2012 adalah TAHUN KELIMA preMedic dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UPM Serdang.  TerimaKasih diucapkan kepada UPM atas sokongan serta kepercayan terhadap MedicMesir.  TerimaKasih tidak terhingga juga kepada pelajar serta keluarga masing-masing atas kerjasama didalam melancarkan perjalanan semasa proses pendaftaran.

2. Program preMedic MM2012 akan berlangsung sehingga 11hb Ogos 2012. InshaAllah, akan ada banyak pembaikan dari preMedic yang lepas-lepas. Mohon doa semua agar Allah swt memberikan natijah terbaik dari preMedic ini.  Semoga anak-anak MM 2012 mendapat persediaan terbaik sebelum melangkah kaki ke bumi Mesir.

3. Bagi pelajar sesi 2012 yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Program preMedic2012, InshaAllah MedicMesir akan memaklumkan tarikh perjumpaan / taklimat sebelum berangkat dalam masa terdekat.

4. Segala perkembangan lanjut mengenai preMedic MM2012 boleh didapati melalui blog ini atau di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir). LIKE page tersebut !

Syukran semua atas sokongan dan doa!
Salam,
uMMiMM

Wednesday, 6 July 2011

A Walk to Remember !


Perkongsian oleh Nabil Aizat (preMedic 2011)

"All work and no play makes Jack a dull boy". Kata-kata ini membawa maksud jika seseorang itu hidupya hanya diisikan dengan belajar dan bekerja semata-mata, dia akan menjalani kehidupan yang sangat bosan dan tertekan. Tentunya hidup dalam keadaan tertekan merupakan cara hidup yang amat dihindari oleh setiap golongan.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar PreMedic seliaan agensi MedicMesir yang diadakan di UPM. Bagi membuka minda dan menghilangkan tekanan para pelajar, pihak MedicMesir telah menganjurkan program 'A Walk to Remember' yang melibatkan semua pelajar lelaki. Program ini telah dijalankan pada 25 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu di Putrajaya dan Cyberjaya dan bertujuan untuk menghilangkan tekanan para pelajar setelah menghadapi ujain Anatomy pada pagi hari yang sama.

Program bermula pada waktu Zohor hari tersebut dan para peserta dibawa untuk bersolat di Masjid Putrajaya. Selepas itu, mereka menaiki bas untuk ke Taman Botani bagi menghirup udara segar dan mengenali spesis-spesis flora di Malaysia. Di sana, para pelajar dapat menambahkan ilmu tentang tumbuhan dan alam semulajadi, tambahan kepada ilmu perubatan yang telah diajar di universiti.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan para pelajar dibawa ke Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) di Cyberjaya. Meraka dibawa ke sana untuk mendengar satu taklimat yang disampaikan oleh Dr Tengku Shahrom yang lebih dikenali sebagai Dr T. Taklimat yang diberikan berkisar tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara serta cara-cara meningkatkan motivasi diri.

Kesimpulannya, program 'A Walk to Remember' itu dapat dijalankan dengan sempurna hasil kerjasama pihak MedicMesir, pihak CUCMS dan Seketriat Kepimpinan Pelajar Premedic 2011. Diharapkan agar program-program berguna seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Semoga para pelajar PreMedic 2011 dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh sebagai persediaan sebelum terbang ke bumi Mesir. InsyaAllah.

Editor preMedic 2011,
Nabil Aizat, Fakulti Perubatan, UPM


Thursday, 30 June 2011

Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena IMTIHAN pelajar Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Syukor Alhamdulillah! MedicMesir menganjurkan Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena Imtihan pelajar2 Di Mesir pada hari Khamis, 30hb June 2011. Majlis akan diadakan di Surau Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.

MedicMesir juga mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada pemilik 'Haji Catering & Bistro', ayah pelajar, Sharfraz Malek Ahmed Syed Nazer atas sumbangan makanan untuk majlis diatas.

IbuBapa pelajar yang kini berada di Mesir serta pelajar2 yang sudah pulang bercuti di Malaysia yang berkesempatan dijemput untuk hadir bersama-sama dimajlis diatas. Sila sahkan kehadiran anda melalui sms kepada Ustaz Ikrimah di talian 0193742191

Doa kami agar dipermudahkan dan diberi natijah yang TERBAIK buat anak-anak yang berhadapan dengan Imtihan. Semoga majlis ini diberkati dan semoga permintaan serta hajat kami kehadrat Allah swt diterimaNYA. Allahuma Ameen.

Salam,
ummiMM

Saturday, 4 June 2011

AHLAN SAHLAN ~ preMedic 2011 (Fakulti Perubatan, UPM Serdang)




Assalamualaikum wbth........

Ahlan Wasahlan ke preMedic 2011 kepada semua yang akan mendaftar ke Program Persediaan Program Perubatan Mesir 2011 yang akan bermula pada esok, Ahad.

Pendaftaran akan bermula jam 2-4petang di Lobi Utama, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Bagi pelajar yang terpaksa mendaftar lewat, sila pastikan anda memaklumkannya kepada En Shaiful di talian 019 3106167.

Sebaik sahaja pelajar mendaftar di Lobi Utama, pelajar akan dibawa ke hostel masing-masing ke Kolej 17. Pelajar bebas untuk keluar dengan keluarga selepas selesai mendaftar dan perlu pulang sebelum jam 6 petang. Makan yang pertama akan mula dibekalkan pada jam 6 petang.

Acara bebas sehingga solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Surau Kolej 17. Semua pelajar wajib HADIR. Sila ambil maklum pelajar juga diwajibkan membawa bantal sendiri.

Harap Maklum! Semoga program persediaan ini akan memantapkan lagi prestasi anak-anak yang bakal berangkat ke Mesir nanti. Ameen.



Salam,
ummiMM

Friday, 27 May 2011

LAST CALL ! preMEDIC 2011 (Bermula 6hb June 2011)

Assalamualaikum wbth,

preMedic adalah program persediaan untuk semua pelajar yang berminat untuk mengikuti Program Perubatan / Pergigian. Tujuan utama preMedic diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar, terutamanya lepasan SPM. Alhamdulillah, 2011 adalah tahun ke4 dimana program preMedic dijalankan oleh MedicMesir dengan kerjasama Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.

Fokus preMedic adalah kepada 4 subjek utama tahun 1 program perubatan dan pergigian iaitu Anatomi, Histologi, BioKimia dan Fisiologi. Semua kuliah dan sesi makmal dikendalikan oleh Doktor serta pensyarah dari Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Subjek tambahan adalah kelas Bahasa Arab untuk pelajar-pelajar yang akan ke Mesir. Program ini mampu memberi persediaan yang terbaik dan telah terbukti dari keputusan yang baik dikalangan pelajar-pelajar MedicMesir di Mesir. Alhamdulillah !

Pakej yang disediakan merangkumi kuliah, tutorial, sesi makmal, asrama 2 orang sebilik dan makan 2 kali sehari. Nota dan buku-buku dari Mesir juga akan dibekalkan. Kos keseluruhan program adalah RM3000 (pelajar MedicMesir) dan RM4000 (bukan pelajar MedicMesir).
Ianya TERBUKA juga kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian perubatan selain dari Mesir.

Program akan bermula pada 6hb June 2011 sehingga 23hb Julai 2011. Pendaftaran ke asrama akan bermula pada 5hb June 2011. Peserta yang memerlukan pendaftaran lewat dibenarkan dengan hanya memaklumkan pada pihak sekretariat, En Shaiful, di talian 019 3106167.

Jika anda berminat, sila isikan BORANG PENDAFTARAN preMEDIC 2011. Sekretariat MedicMesir akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Semoga program ini mendatangkan menafaat. Ameen.

Salam,
ummiMM

Thursday, 5 May 2011

PENGAMBILAN SURAT TAWARAN ASLI UNIVERSITI

Salam,
Alhamdulillah, semua pemohon untuk 3 program dibawah sudah boleh mengambil surat tawaran asli masing-masing bermula 8hb May 2011 di Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.

A:Program yang surat tawaran Universiti sudah boleh diambil:
1. Program Perubatan Mansoura Manchester
2. Program Perubatan Universiti Tanta
3. Program Pergigian Universiti Tanta

Semua pemohon yang mana surat tawaran asli boleh diambil sepatutnya menerima salinan surat tawaran asli tersebut melalui email masing-masing.

B: Cara mendapatkan Surat Tawaran Universiti:
1. Melalui POS terus ke rumah
2. Datang ke Pejabat (hanya selepas 10hb May 2011)
3. Mengambilnya sendiri pada 8hb May 2011, Ahad , di Fakulti Perubatan, UPM , Serdang antara jam 11-12 tghri. Lokasi di Foyer, berhadapan dengan Dewan Kuliah 3. Sila hubungi En Aliff, di talian 019 6206167 untuk urusan pengambilan ini pada hari tersebut.


C: Bayaran
1. Mengambil Salinan yang disahkan. Hanya perlu membayar jumlah yang tertera didalam email. Surat Tawaran Asli akan diberikan setelah pembayaran penuh dibuat.
2. Mengambil Surat Tawaran Asli - Bayaran penuh perkhimatan MedicMesir (kecuali bayaran rumah dan tiket kapalterbang)

D: Akaun Bayaran
1. Sila ambil maklum, MedicMesir tidak menerima sebarang TUNAI samada di pejabat atau di UPM. Bagaimanapun, bayaran melalui cek DITERIMA.
2. Untuk bayaran TUNAI, sila 'bank in' terus ke Maybank, CampusCity Management, 5128 0250 6800. Sila fax atau bawa 'Bank In Slip' semasa mengambil Surat Tawaran ini nanti. Resit akan dikeluarkan.

E: Kes bagi mereka yang belum mendapat email PENGESAHAN TAWARAN
Bagi mereka yang memohon 3 program diatas yang belum mendapat sebarang salinan surat tawaran perlu menunggu sehingga surat tawaran anda sampai ke pejabat MedicMesir.
Jika anda masih belum menerima sebarang email, anda boleh mengesahkan kedudukan masing-masing melalui Borang Pengesahan Status Tawaran.

F: Kes Universiti selain diatas
Bagi Universiti Alexandria, AlAzhar dan Zagazig, surat tawaran akan diperolehi semasa preMedic berlangsung. Bagaimanapun, MedicMesir akan menghantar Surat Tawaran Sementara untuk mereka yang BERJAYA selewat-lewatnya pada hari Isnin, 9hb May 2011. Bagaimanapun, anda boleh menyemak status tawaran mengunakan Borang Pengesahan Status Tawaran.

Untuk kumpulan Universiti Alexandria, AlAzhar dan Zagazig anda hanya perlu menjelaskan wang deposit RM500 + RM320= RM820 semasa PENGESAHAN TAWARAN dibuat. Bayaran penuh hanya sesudah mendapat surat tawaran ASLI Universiti.

G: Kes Universiti AlAzhar (hanya perubatan perempuan) dan Universiti Ainsham
Bagi pemohon kedua-dua program diatas, hanya Surat Tawaran Sementara MedicMesir digunapakai. Ini adalah kerana sistem universiti yang hanya mengeluarkan surat tawaran setelah mendaftar dan yuran pengajian tahun pertama dijelaskan.

H: Tawaran preMedic 2011- Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
Semua pelajar yang memohon preMedic akan mula mendapat surat makluman preMedic 2011 bermula Isnin, 9hb May 2011.

Harap makluman ini membantu.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 28 April 2011

PROGRAM PERSEDIAAN preMEDIC 2011 dan I LOVE MEDIC 2011

Assalamualaikum wbth,

SUKACITA dimaklumkan bahawa hampir kesemua permohonan telah mendapat pengesahan penempatan diuniversiti.

ALHAMDULILLAH! Tahun ini merupakan tahun ke4 preMedic dijalankan dengan kerjasama MedicMesir dan UPM. preMedic telah berjaya membuktikan bahawa 'Persediaan yang MANTAP, mampu membantu meningkatkan prestasi tahun Pertama' pelajar-pelajar di Mesir. Oleh itu, pendaftaran preMedic 2011 kini dibuka untuk pendaftaran. Pengambilan preMedic 2011 terhad kepada 250 orang pelajar sahaja. Pendaftaran tutup 10hb May 2011.

MAKLUMAN preMEDIC 2011

  • 1. Bermula 5hb June 2011 sehingga 23hb Julai 2011
  • 2. Kelas 6 hari seminggu (Isnin – Sabtu)
  • 3. Kos RM3000 termasuk Kuliah, Buku2 , Nota2 , Asrama 2 orang sebilik dan Makan / Minum 2 kali sehari

KANDUNGAN preMEDIC 2011

  • 1. Kuliah dijalankan di bangunan akademik, Fakulti Perubatan, UPM Serdang
  • 2. Disampaikan oleh Pensyarah UPM
  • 3. Fokus 4 sabjek utama Tahun 1 – Anatomi, Fisiologi, Histologi, Biokimia
  • 4. Kelas Bahasa Arab Amiyah turut diadakan
  • 5. Asrama disediakan di UPM
  • 6. Cuti hanya dibenarkan pada hari Ahad

FORMAT preMedic 2011

  • 1. 9am-12pm – Kuliah sabjek perubatan
  • 2. 2pm-5pm – Sesi Praktikal / Tutor / Group Discussion
  • 3. 8pm-10pm – Bahasa Arab Amiyah

I LOVE MEDIC

Memandangkan tidak ramai yang mendaftar ke program I LOVE MEDIC, maka, Program I LOVE MEDIC akan diserap semasa preMedic berlangsung. Ini adalah juga kerana semua pelajar lebih berminat untuk terus mendaftar untuk preMedic. Program ini diolah daripada pendedahan motivasi kepada yang masih '50-50' mengenai perubatan atau belum mengambil keputusan menceburi bidang Medic kepada bentuk program pendedahan pelajar-pelajar baru dengan 'seniors ' dari Universiti masing-masing. InshaAllah, akan diadakan akhir July, semasa senior pulang bercuti. Ini adalah program yang sama seperti yang dijalankan di Pulau Kapas tahun lepas. InshaAllah

I LOVE MEDIC akan diberi secara PERCUMA. Mereka yang telah membayar akan dipulangkan wang masing-masing.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

1. Daftar Online disini

2. Bayaran Deposit RM500 semasa mendaftar dan baki RM2500 sebelum 15hb May 2011 atau bayaran penuh RM3000

3. Fax Bank in Slip berserta dengan borang ini sebagai lampiran semasa menghantar bank in slip

4. Fax slip ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En Shaiful 019 3106167 (pada waktu pejabat 9-5 ptg) atau azhar.medicmesir@gmail.com


Semoga preMedic akan berjalan dengan LANCAR dan BERJAYA!

Salam,
ummiMM