Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 2 July 2012

ALHAMDULILLAH! 400 pelajar telah mendaftar preMEDIC MM2012

Assalamualaikum wbth,


1. Alhamdulillah...Alhamdulilllah...Alhamdulillah.  Seramai 400 pelajar (130 lelaki dan 270 perempaun ) telah selamat mendaftar ke Program preMedic MM2012.  Alhamdulillah, tahun 2012 adalah TAHUN KELIMA preMedic dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UPM Serdang.  TerimaKasih diucapkan kepada UPM atas sokongan serta kepercayan terhadap MedicMesir.  TerimaKasih tidak terhingga juga kepada pelajar serta keluarga masing-masing atas kerjasama didalam melancarkan perjalanan semasa proses pendaftaran.

2. Program preMedic MM2012 akan berlangsung sehingga 11hb Ogos 2012. InshaAllah, akan ada banyak pembaikan dari preMedic yang lepas-lepas. Mohon doa semua agar Allah swt memberikan natijah terbaik dari preMedic ini.  Semoga anak-anak MM 2012 mendapat persediaan terbaik sebelum melangkah kaki ke bumi Mesir.

3. Bagi pelajar sesi 2012 yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Program preMedic2012, InshaAllah MedicMesir akan memaklumkan tarikh perjumpaan / taklimat sebelum berangkat dalam masa terdekat.

4. Segala perkembangan lanjut mengenai preMedic MM2012 boleh didapati melalui blog ini atau di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir). LIKE page tersebut !

Syukran semua atas sokongan dan doa!
Salam,
uMMiMM

No comments:

Post a Comment