Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 23 June 2017

Image may contain: text

Thursday 22 June 2017

Makluman Program preMedic MedicMesir Sesi 2017/18


Assalamualaikum wbth 

1. Semoga di dalam rahmat Allah swt

2. Terima kasih atas permohonan anda untuk mengikuti Program Perubatan Sesi 2017/18. 

3. Makluman ini adalah bagi pelajar yang mengikuti Program Persediaan preMedic 2017 sebagai persediaan sebelum berangkat yang akan di adakan di Fakulti Perubatan, UPM Serdang.

4. Maklumat terperinci adalah seperti dibawah:
Tarikh Pendaftaran: 16hb Julai 2017 / Ahad / 2.00 petang
Jangkamasa : 6 Minggu (Tamat pada 24hb Ogos 2017)
Lokasi Pendaftaran : Lobi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Penginapan : Kolej 17, Universiti Putra Malaysia

5. Sila ambil maklum, program Bahasa Arab dan Al Quran akan dijalankan bersama - sama program preMedic2017 di UPM. Ianya hanya TERHAD kepada yang mengikuti preMedic sahaja.

6. Bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti Program preMedic pendaftaran masih lagi dibuka dan tarikh akhir bayaran penuh RM3500 dilanjutkan kepada 1hb Julai 2017. Bayaran preMedic 2017 selepas 1hb Julai 2017 adalah RM4000. Ini bagi memberi laluan kepada pendaftaran pelajar-pelajar dari agensi lain.

7. Segala makluman berkaitan akan dimaklumkan melalui email untuk tindakan selanjutnya

8. Sebarang persoalan, sila berhubung dengan saya ditalian 019 7586167  pada waktu pejabat 9-5 petang.  Semoga bermanfaat dan beroleh kejayaan.

Salam Hormat 
Encik Fakrul 
MedicMesir

Tuesday 20 June 2017

[IFTAR JAMAIE MMK '17]

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis sungkai beramai-ramai pada 8 dan 9 Jun di ACMM Kaherah . Semoga kita dapat merapatkan lagi ukhwah yang terjalin, saling mengenali dan menambah ibadah di bulan yang mulia ini.

Thursday 8 June 2017

Makluman Taklimat MM


Assalamualaikum wbth 

Salam Ramadhan, 

Untuk makluman, Taklimat MM di Kelantan (9 Jun), Terengganu dan Ipoh (10 Jun) ditangguhkan pada 7 dan 8 Julai 2017. Walaubagaimanapun, taklimat MM di Dewan Bangi MedicMesir pada minggu ini, 10 Jun , 10 - 12 tengahari berjalan seperti biasa. Segala pertanyaan boleh terus hubungi talian di bawah :

Encik Fakrul 0197586167
Cik Nadirah 0133023030


Monday 5 June 2017

Jadual Taklimat MedicMesir Minggu ini

💉Lepasan SPM
💉JOM Jadi DOKTOR 
💉Minat . Layak . Mampu
💉Terus ke Tahun 1 
💉Fly September 
Mohon online di bit.ly/medicmesir2017

Hadiri TAKLIMAT 2 Jam percuma. Hebahkan kepada yg berminat

A) ZON TENGAH
✅ Dewan MedicMesir, Bangi 
Tarikh : 10 Jun 2017
Sabtu, 10-12 tghri 
☎ En. Fakrul - 019 758 6167

B) ZON PANTAI TIMUR
✅ Hotel Habib, Kota Bharu
Tarikh : 9 Jun 2017
Jumaat, 9-11 pagi

✅ Hotel Kenangan, Kuala Terengganu
Tarikh : 10 Jun 2017
Sahtu, 10-12 tghri
☎  Dr. Ahmad - 013 306 1313    

C) ZON UTARA
✅ Hotel Seri Malaysia, Ipoh
Tarikh : 10 Jun 2017
Sabtu, 10-12 tghri
☎ Ummi - 019 620 6167