Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 22 June 2017

Makluman Program preMedic MedicMesir Sesi 2017/18


Assalamualaikum wbth 

1. Semoga di dalam rahmat Allah swt

2. Terima kasih atas permohonan anda untuk mengikuti Program Perubatan Sesi 2017/18. 

3. Makluman ini adalah bagi pelajar yang mengikuti Program Persediaan preMedic 2017 sebagai persediaan sebelum berangkat yang akan di adakan di Fakulti Perubatan, UPM Serdang.

4. Maklumat terperinci adalah seperti dibawah:
Tarikh Pendaftaran: 16hb Julai 2017 / Ahad / 2.00 petang
Jangkamasa : 6 Minggu (Tamat pada 24hb Ogos 2017)
Lokasi Pendaftaran : Lobi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Penginapan : Kolej 17, Universiti Putra Malaysia

5. Sila ambil maklum, program Bahasa Arab dan Al Quran akan dijalankan bersama - sama program preMedic2017 di UPM. Ianya hanya TERHAD kepada yang mengikuti preMedic sahaja.

6. Bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti Program preMedic pendaftaran masih lagi dibuka dan tarikh akhir bayaran penuh RM3500 dilanjutkan kepada 1hb Julai 2017. Bayaran preMedic 2017 selepas 1hb Julai 2017 adalah RM4000. Ini bagi memberi laluan kepada pendaftaran pelajar-pelajar dari agensi lain.

7. Segala makluman berkaitan akan dimaklumkan melalui email untuk tindakan selanjutnya

8. Sebarang persoalan, sila berhubung dengan saya ditalian 019 7586167  pada waktu pejabat 9-5 petang.  Semoga bermanfaat dan beroleh kejayaan.

Salam Hormat 
Encik Fakrul 
MedicMesir

No comments:

Post a Comment