Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Makanan PERCUMA IMTIHAN. Show all posts
Showing posts with label Makanan PERCUMA IMTIHAN. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

JADUAL MAKAN SEMPENA IMTIHAN AKHIR TAHUN 2012/2013 !


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita lakukan. Semoga segala usaha diakhiri dengan kebaikan dunia dan akhirat.

2. Musim imtihan akan tiba tidak lama lagi. Semoga anak2 MedicMesir sudah bersedia untuk berhadapan dengan imtihan yang amat bermakna ini. Semoga Allah swt berikan kekuatan dan istiqamah didalam merealisasikan kecemerlangan.

3. Seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir menyediakan makan imtihan PERCUMA untuk semua tahun, yakni bermula Tahun 1 hingga Tahun Akhir. Oleh itu, mohon sekiranya, 
a. Setiap muhafazah dapat berbincang kaedah perlaksanaan terbaik. 
b. Exco makanan PERCUMA sempena Imtihan di semua muhafzah juga perlu mengumpulkan tarikh imtihan serta tarikh bila 'study week' bermula bagi setiap program dan tahun pengajian. 


4. Mohon sekiranya dapat di 'update' kepada MedicMesir sebelum 13hb April 2013. InshaAllah, untuk tahun ini, semua makanan akan dimasak di 'Central Kitchen' MedicMesir Tanta dan akan diedarkan kepada semua muhafazah melalui perkhidmatan tramco.

5. Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu kecermelangan akademik anak-anak MedicMesir didalam imtihan yang akan datang.

MUMTAZ untuk semua ! Ameen 

Salam Sayang,
UmmiMM

Friday, 15 February 2013

'MUMTAZ PLAN' ~PERANCANGAN DAN BUDGET JOM MUMTAZ SESI KEDUA 2012 /2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,

1. Alhamdulillah, setakat ini keputusan imtihan Sem 1 yang telah diumumkan adalah Mansoura Manchester dan Program Pergigian , Alexandria University. InshaAllah, yang lain-lain dalam proses.


2. TAHNIAH kepada yang CEMERLANG ! Bagi yang kurang cemerlang, usaha dengan penuh ITQAN dan IKHLAS untuk semester yang kedua.  Memandangkan ramai yang memperolehi keputusan yang cemerlang, maka persaingan akan bertambah hebat. Oleh itu apa juga keputusan anda, teruskan Istiqamah ! Semoga Allah akan mempermudahkan segala usaha kita.

Thursday, 17 January 2013

MAKAN SEMPENA IMTIHAN ANAK-ANAK DI KAHERAH

Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada pembekalan makanan sempena IMTIHAN buat anak-anak MedicMesir di Kaherah
3. Alhamdulillah, pembekalan makanan untuk anak-anak MedicMesir Tahun 1 telah bermula sebelum imtihan bermula. 
4. Seperti biasa, MedicMesir akan cuba memberi makanan imtihan PERCUMA kepada semua anak-anak tanpa mengira tahun pengajian. Bagaimanapun, ini bergantung kepada kemampuan caterer.
5. Alhamdulillah, bermula Jumaat, 18hb Januari 2013, MedicMesir akan memberi kepada semua yang berminat mendapatkan pembekalan ini mengikut rumah.
6. Makanan akan dimasak di 'Kitchen MM Tanta'. Makanan akan dihantar dari Tanta ke 2 pusat agihan di Kaherah. Satu untuk Akhwat dan satu lagi untuk Ikhwah.
7. Pembekalan makanan akan dibuat 'secara berterusan' sehingga sehari sebelum tarikh akhir exam. Contoh, jika paper exam terkahir adalah pada 24hb Januari 2013. Maka pembekalan terakhir adalah pada 23hb Januari 2013.
8. Untuk tujuan koordinasi, makanan akan dibungkus mengikut jumlah pelajar mengikut rumah. Oleh itu untuk tujuan penyelarasan, dapatlah sekiranya wakil rumah sahaja yang mendaftar di FB MedicMesir.
Contoh: <Nama rumah, jika ada dan HP Ketua ><Jumlah pelajar MM didalam rumah tersebut> <Tag nama kawan2 didalam rumah tersebut>

9. Mohon uaruarkan, tarikh akhir mendaftar adalah jam 3pagi, Waktu Mesir 17 hb Januari (atau 9pagi, waktu Malaysia, 17hb Januari 2013)

Semoga usaha ini membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak MedicMesir di Kaherah. 

Bitaufiq WaNajjah Fi Imtihan


Salam,
UmmiMM

Tuesday, 15 May 2012

MAKAN PERCUMA SEBULAN SEMPENA IMTIHAN UNTUK ANAK-ANAK DI ALAZHAR / AINSHAM

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak-anak di Mesir diberi kekuatan untuk berhadapan dengan IMTIHAN FINAL! Posting terdahulu mengenai makanan sempena IMTIHAN adalah dirujuk.  http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/makanan-percuma-sempena-imtihan-final.html
2. Oleh itu tertera dibawah adalah nama-nama yang telah mendaftar untuk mendapatkan MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN. Untuk makluman, makanan ini akan dibekalkan selama sebulan bermula hari ini sehingga 14hb June 2012. Makan tengahari akan mula diambil jam 11 tengahri dan makan malam jam 6 petang.  Makanan PERCUMA ini terbuka kepada semua tanpa mengira tahun pengajian.  Segala perbincangan sila rujuk di FaceBook MedicMesir Kaherah .  Mana-mana nama yang tidak mengambil makanan masing-masing 2 hari berturut-turut akan DIBATALKAN SECARA OTOMATIK.