Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 27 September 2009

Dokumen Tuntutan KWSP / MAIS dan Zakat Negeri

Bagi pelajar yang telah memohon MAIS (samada yg sudah mendapat jawapan atau belum dari pihak MAIS), MedicMesir akan menguruskan secepat mungkin tuntutan bantuan umum dan tuntutan tiket.

Oleh itu, sila ambil maklum, bahawa urusan penghantaran 3 dokumen dibawah :
salinan tiket, boarding pas dan surat pengesahan pendaftaran belajar di universiti akan terus dihantar oleh MedicMesir kepada MAIS. Bagi Tajaan Zakat dari negeri-negeri lain, sila pastikan anda membawa borang tersebut ke Mesir untuk tujuan pengesahan di pejabat MSD Cairo.

Surat pengeluaran KWSP akan dikeluarkan kepada semua pelajar dalam masa 2 minggu selepas mendaftar.

Yuran universiti akan di serahkan kepada universiti sebelum 1hb jan 2010.
Oleh itu, ibubapa diminta menghantar deraf atau bayaran sebelum 15hb December 2009.

Harap Maklum

Selamat Berangkat !

Alhamdulillah, sudah masanya utk berangkat ke bumi Mesir!

Kita doa agar musafirnya kita ini diredhai oleh Allah swt dengan niat menuntut ilmu agar menjadi muslim yg lebih baik. Ikhlas, hanya kerananya. Beberapa hari ini, pastikan anda semua menjaga kesihatan dengan baik dan 'mentally prepared' untuk memasuki alam 'medical student'.

Beberapa peringatan sebelum berangkat:
1. Wang USD (bukan Ringgit) yg akan ditukar semasa sampai di lapangan terbang.
2. Salinan sijil2 termasuk surat tawaran dan salinan kad pengenalan.
2. Bagi yang mengikuti penerbangan Gulf Air. Pastikan anda membawa satu set persalinan baju utk kegunaan semalaman di Bahrain. Ini kerana, bag yang dimasukkan semasa check in, tidak akan keluar di Bahrain.

TAG STICKER MedicMesir akan dibekalkan semasa check in nanti.

Segala pertanyaan semasa di KLIA, sila berhubung di talian 019 3106167
Ya Allah...redha dan mudahkan perjalanan ini...Ameen'

Salam,
ummi

Saturday 19 September 2009

Eid Mubarak !

Salam Eidul Fitri utk semua.....

Semoga latihan di 'University of Ramadhan' memantapkan diri kita sebagai insan yang diredahi Allah Swt. Kita doakan agar ibadah kita diterima Allah swt dan segala dosa kita di ampuni Allah swt. Ameen!

Happy Eid!!

Salam iklas dari,
ummi, dari Mekah :-)

Tuesday 15 September 2009

Mansoura Manchester Student Guide

Salam,

Kepada pelajar Mansoura Manchester sessi 2009/2010, sila download 2 dokumen penting dibawah yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti.
2. Phase 1 Hand Book ( Makluman ini perlu dibaca betul2!. Insyallah sessi penerangan di Mansoura akan juga diadakan)

Student guide ini juga mengesahkan kenaikan yuran Program Manchester kepada 8000USD setahun (RM28,800 setahun) atau (RM172,800 utk keseluruhan program)

Harap Maklum

ummi (dari Mekah) :-)

Sunday 6 September 2009

Ahli Bait !

Salam...
Senarai ahli Bait akan mula diedarkan bermula Rabu ni...
Untuk makluman lanjut boleh menghubungi Cik Waheeda di talian 03 89459030

Kita doakan semuanya berjalan dengan lancar.

Insyaallah. Sabar yer!!

Thursday 3 September 2009

Kadar Yuran Mansoura - Manchester Sessi 2009/10

Salam,
Pejabat MedicMesir dihujani dengan pertanyaan samada yuran Mansoura-Manchester program untuk pelajar baru sesi 2009/10 akan turut naik sejajar kenaikan Program Mansoura Ordinary?

Jawapannya? Ya dan TIDAK...masih belum pasti...(tetapi jika ada kenaikan, ianya TIDAK LANGSUNG melibatkan pelajar lama)

Kami berharap agar, pihak universiti menimbangkan agar tidak menaikkan yuran Mansoura-Manchester kerana ianya akan membebankan pelajar persendirian Malaysia.

Bersama ini disertakan email komunikasi dengan Ketua Program Mansoura Manchester, Dr Elsaid Hady yang jelas maksudnya (klik imej di atas untuk bacaan yg lebih jelas)

Posting ini sebagai notis awal jika berlaku kenaikan yuran Program Mansoura Manchester dan membatalkan kadar yang telah dimaklumkan melalui surat tawaran yang dikeluarkan oleh Mansoura University.

Harap Maklum dan maaf atas kesulitan yang tidak dijangka.

salam,
SitiHaniza @ ummi

Notis Kenaikan Yuran Mansoura Ordinary

Salam,
Bersama ini disertakan email komunikasi pihak MedicMesir dengan Ketua Program Mansoura-Ordinary yang membawa maksudnya tersendiri mengesahkan kenaikan ini.

Oleh itu, pelajar bebas membuat pilihan, yakni untuk terus dengan Program Ordinary atau pindah program atau Universiti lain. Segala pertukaran hanya boleh dilakukan setakat Jumaat 12 tengahari. Kos pertukaran adalah PERCUMA.

Pihak MedicMesir masih dalam proses merayu agar dapat ditangguhkan kenaikan ini. Bagaimanapun, setakat ini tiada jaminan lagi.

Notis ini adalah sebagai membetulkan kadar yang diterima oleh pelajar seperti yang tertera didalam surat tawaran asal yang telah anda terima.

Ibubapa/Pelajar boleh membuat pertanyaan mengenai perkara diatas melalui email medicmesir@gmail.com atau terus ke Ketua Program Mansoura Ordinary (Prof Dr Nesrene di nsromar@yahoo.com)

Pihak kami mengucapkan maaf atas kesulitan yang dihadapi. Kenaikan ini adalah diluar jangkaan.


Klik pada imej dibawah supaya lebih jelas
Salam hormat,
sitihaniza @ ummi

Tuesday 1 September 2009

Kenaikan Kadar Yuran Mansoura Ordinary

Salam,
Mansoura University telah menaikkan yuran pengajian bermula tahun ini, yakni sessi akademik 2009/2010. Sila ambil maklum, yuran yang tertera di dalam surat tawaran yang dikeluarkan sudah dikira TIDAK SAH. Diatas adalah email yang dihantar oleh Ketua Program Medic-Ordinary Mansoura Uni, Prof Dr Nesrene Salah (nsromar@yahoo.com) yang memaklumkan secara rasmi mengenai kenaikan tersebut.

Menurut universiti, kenaikan ini dikira sah kerana notis dikeluarkan sebelum pelajar mula mendaftar di universiti.

Oleh itu, yuran adalah :
8000USD setahun (sekitar RM28,800 setahun) atau RM172,800 untuk kesuluruhan 6 tahun.

Kenaikan ini TERHAD kepada pelajar baru dan tidak melibatkan pelajar lama.

Harap Maklum,
sitihaniza @ ummi

(sila klik di imej diatas untuk membaca email dari Mansoura Uni dengan lebih jelas)

Khidmat Kargo ke Mesir

salam,

MedicMesir menyediakan khidmat kargo kepada pelajar yang berminat untuk menghantar muatan lebihan dari yang dibenarkan oleh pesawat.

Sila ambil maklum,
Tarikh akhir penghantaran barang ke MedicMesir: Khamis, 17hb September 2009
Kos : RM60 / kg
Servis adalah dari Malaysia terus ke rumah pelajar di Mesir.
(urusan di mesir diuruskan oleh MedicMesir)

Barang perlu dibungkus mengunakan kotak. Sila tuliskan nama dan universiti sahaja pada kotak.

Jika berminat sila isikan borang pendaftaran Khidmat Kargo MedicMesir

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen

Sekretariat