Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 30 July 2011

Program Mengimarahkan Ramadhan @ Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, syukor kehadrat Allah swt, atas limpahnya, kita diberi peluang untuk bersama-sama lagi di bulan Ramadhan. Bulan yang paling bermakna dan penuh dengan rahmat dan barakah, tak mungkin kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Memandangkan tahun ini ramai yang tidak pulang bercuti atau ramai yang pulang lewat untuk menunggu keputusan imtihan, maka, sebaiknya dimanfaatkan masa yang ada untuk kita sama-sama memeriahkan Ramadhan di bumi Anbiya.

Oleh itu, dalam usaha mengimarahkan Ramadhan, maka apa2 usaha dan cadangan program yang memerlukan peruntukan dari MedicMesir adalah dialu-alukan. Mohon, setiap muhafazah yang berminat untuk berbincang dan menghantar ringkasan program masing-masing sebelum 1 hb Ogos 2011. Maaf, cadangan yang diterima selepas 1 hb Ogos 2011 tak dapat dilayan.

Program yang memberi manfaat terhadap golongan kurang bernasib baik di bumi Mesir amatlah dialu-alukan. Semoga kehadiran kita memberi impak terbaik buat saudara Muslim kita di bumi Kinanah!
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

Selamat menjalani ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun inti adalah yang TERBAIK yang pernah kita lakukan! Ameen Ya Rabb !

Salam Sayang,
UmmiMM


Friday 29 July 2011

Anak2 Perak dan Wilayah Persekutuan Sesi Pengambilan 2011

Assalamualaikum wbth,

Semua anak-anak Perak dan Wilayah Persekutuan diminta untuk mempastikan yang anda telah menghantar BORANG TIKET PERCUMA ke Pusat Zakat Perak dan Wilayah Persekutuan. Bagi yang menghantar borang tersebut sebelum 10hb Ogos 2011 akan dikecualikan dari membayar wang tiket kapalterbang kepada MedicMesir. Pihak MedicMesir akan berhubung terus dengan pusat Zakat anda untuk tujuan selanjutnya.

Bagi anak-anak Perak dan Wilayah sila nyatakan nama anda di link FB MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir) sebelum 10hb Ogos 2011. Ini memudahkan urusan 'follow up' dibuat dengan Pusat Zakat.

Cara permohonan TIKET PERCUMA Zakat Wilayah Persekutuan
1. Isikan borang yang disediakan oleh pihak MAIWP. Sertakan surat tawaran MedicMesir atau Universiti.

2. Anda akan ditanya tarikh pilihan dan maklumat terperinci penerbangan. Sila gunakan makluman dibawah:

GULF AIR
GF 283G 02 OCT S KULBAH 1950 2235
GF 71G 03 OCT M BAHCAI HK30 1015 1235

3. Pihak MAIWP akan mengeluarkan terus tiket kepada anda.

4. Sila email tiket tersebut kepada medicmesir@gmail.com sebaik sahaja anda mendapatkannya dari MAIWP

Cara permohonan TIKET PERCUMA Zakat Perak
1. Isikan borang Ibnu Sabil yang diperolehi dari pejabat Zakat Perak (berwarna coklat)

2. Dapatkan sebutharga dari MedicMesir (Cik Sarah) untuk tujuan permohonan.

3. Maklumkan nama anda melalui FB MedicMesir sebaik sahaja permohonan dihantar.

4. Pihak MedicMesir akan berurusan terus dengan pihak Zakat Perak untuk urusan selanjutnya.

Cara permohonan pendahuluan wang TIKET Zakat Selangor

1. Bagi pelajar Selangor, sila pastikan anda menghantar 'BORANG berwarna 'pink' Zakat Selangor.

2. Sila ambil maklum, bahawa anda boleh mendapatkan pendahuluan sebanyak RM1700 untuk tujuan pembayaran duit tiket kapalterbang sebelum berangkat.

Segala pertanyaan mengenai hal urusan tiket kapalterbang, sila berhubung dengan Cik Sarah (sara.medicmesir@gmail.com) di talian 0389459030.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM

Pinjaman Pengajian Tinggi untuk anak2 Perak.

Assalamualaikum wbth,

Pinjaman Pendidikan Tinggi untuk Anak2 Perak
Peringatan kepada semua anak2 Perak yang sudah ke Mesir dan yang akan ke Mesir untuk sesi 2011, sila pastikan anda mendaftar Borang Online Pinjaman Pengajian Tinggi untuk Anak-anak Perak yang akan tutup pada 26hb Ogos 2011. Sila dapatkan makluman lanjut melalui link ini http://epinjaman.perak.gov.my

Tajaan Tiket untuk Sesi 2011
Anak2 Perak yang akan ke Mesir untuk Sesi 2011. Pastikan anda telah menghantar Borang Permohonan Tiket melalui Zakat Perak. Mereka yang telah menghantar Borang ke Zakat Perak, dikecualikan dari membayar wang tiket kepada MedicMesir.

Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Farah Hanim di talian 03 8945 9030

Salam,
UmmiMM

DAFTAR SEKARANG ! JOM! On Call 2011

Assalamualaikum wbth,

Program JOM! On Call 2011 http://medicmesir.blogspot.com/2011/07/jom-2011-rekindle-lost-light.html adalah program kerjasama MedicMesir serta pelajar-pelajar seniors Mesir yang datang dari pelbagai agensi. Khas untuk tahun 2011, JOM! On Call 2011 turut mendapat kerjasama dari IKRAM Putra Jaya. Alhamdulillah.

Program ini TERBUKA kepada semua pelajar baru yang akan memulakan pengajian ke Mesir pada sesi 2011. Ianya TIDAK TERHAD kepada warga MedicMesir sahaja. Bagaimanapun, tempahan adalah 'Siapa Cepat, Dia Dapat'. Semua pelajar MedicMesir di galakkan untuk menyertai program ini, termasuk mereka yang tidak menyertai preMedic 2011.

Program ini telah disusun 100% oleh senior pelajar perubatan, terutamanya pelajar Mansoura. InshaAllah, banyak manfaat yang akan diperolehi semasa program ini disamping untuk merapatkan ukhuwah dikalangan seniors dan bakal 'junior' yang akan menjejakkan kaki ke Bumi Mesir pada awal Oktober nanti.

JOM! Daftar sekarang!
UmmiMM

JOM! ON CALL 2011 - Rekindle the lost light


السلام عليكم

Seperti yang telah diketahui, program Pre-Departure JOM! (Journey of Medichood) akan berlangsung untuk siri yang kedua pada 7-9 Ogos tahun ini. Program JOM! tahun ini yang dinamakan JOM! On Call 2011 berhasrat untuk ‘memanggil’ pelajar-pelajar yang bakal menceburi bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir untuk turut serta dalam program yang bakal dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Bertemakan ‘Rekindle the Lost Light’, program JOM! On Call 2011 ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada bakal-bakal pelajar jurusan sains perubatan terhadap kehidupan di Mesir. Sesuai dengan tema tersebut, kami, selaku pelajar-pelajar yang sedang menuntut di pelbagai universiti di Mesir berbesar hati untuk menghidupkan kembali semangat anda semua sebelum menceburi jurusan sains perubatan di Mesir. Dengan berbekalkan pengalaman menetap beberapa tahun di Mesir, kami berhasrat bertemu dengan anda semua untuk berkongsi pelbagai cerita yang menarik, suka dan duka, sepanjang berada di Mesir serta ingin membantu anda dalam persediaan sebelum berlepas ke Mesir.

Diharap dengan program seperti ini, para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru tanpa terkena ‘kejutan budaya’ apabila berada di Mesir kelak, dan berjaya dalam merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor Muslim. Insya Allah.

Justeru, kepada para pelajar yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian sains perubatan ke Mesir, jangan lepaskan peluang yang menarik ini dan hadirkan diri anda ke program ini! Yuran penyertaan bagi untuk program ini hanyalah serendah RM25 sahaja. Peluang sudah terbuka untuk mendaftar, tunggu apa lagi? JOM!

Maklumat lanjut sila layari http://journeyofmedichood.blogspot.com

Jumpa anda di sana ya! ;)

Aiman Jusri (Sem 6, Mansoura Manchester Program)
Pengarah JOM 2011

Thursday 28 July 2011

Makan Sempena Imtihan untuk pelajar Alexandria University

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, makan percuma sempena imtihan untuk pelajar tahun 1 Alexandria University akan bermula hari ini sehingga hari terakhir imtihan. Mohon sama- sama memantau kualiti makanan dan menyalurkan idea-idea untuk menambah baikan proses penghantaran makanan ke point masing-masing. Segala idea sila salurkan ke koordinator, Ashraf (daddy) dan Hakimah.

Semoga usaha ini membantu menjimat masa semua pelajar dimusim imtihan dan mempastikan kesihatan yang lebih baik didalam bulan Ramadhan , Inshallah.

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Banyak kan berdoa dan berusaha. Semoga beroleh kejayaan dunia dan Akhirat.

BiTawfiq Wa Najjah fi Imtihan. Kullu Mumtazin....Allahuma Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM

Saturday 23 July 2011

Surat Tawaran Alexandria University Sesi 2011

Assalamualaikum wbth,

Salinan surat tawaran semua pelajar Alexandria untuk Sesi 2011 telah pun di email kepada semua pemohon.  Pelajar diminta untuk mengambil surat tawaran asli masing-masing selewat-lewatnya pada 1hb Ogos 2011.  Ini adalah kerana, tempat di Alexandria adalah TERHAD ekoran dari kuota yang telah diambil oleh 300 pelajar JPA / MARA.

Memandangkan MedicMesir hanya diberi kuota untuk 100 pelajar, jadi, pelajar yang tidak mengambil surat tawaran  selepas 1hb Ogos 2011 akan diganti oleh permohonan pelajar yang baru mendaftar untuk ke Alexandria University.

Harap Maklum,
UmmiMM

NOC Pelajar Sesi Pengambilan 2010

Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum bahawa KPT telah menyerahkan semua NOC pelajar MedicMesir untuk sesi pengambilan  2010.  MedicMesir didalam proses untuk menyerahkan salinan secara email kepada semua pelajar.  Salinan asal akan di pos terus ke alamat rumah masing-masing di Malaysia.

Bagi pelajar yang ke Mesir dengan 1 C didalam SPM, anda dikehendaki menghantar salinan keputusan Tahun 1 ke atifah.medicmesir@gmail.com untuk prosesan NOC anda.

Segala urusan NOC, sila berhubung dengan Cik Atifah di talian 0389459030 atau di email atifah.medicmesir@gmail.com .  Semoga dipermudahkan urusan selanjutnya untuk permohonan tajaan.  InshaAllah.

Salam,
UmmiMM

Thursday 7 July 2011

Taklimat Perubatan Mesir Pengambilan 2011 - 16hb Julai 2011, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang

Assalamualaikum wbth,
MedicMesir akan menganjurkan taklimat diatas pada hari Sabtu, 16hb Julai 2011, Jam 10-12 tghri. Taklimat ini adalah untuk mereka yang berminat dan pertama kali ingin mendapatkan pendedahan mengenai peluang pengajian perubatan di Mesir.

Lepasan SPM, Matrikulasi, Sains Asasi, IB dan A Level adalah dipelawa untuk hadir. Pelajar dan ibubapa digalakkan untuk hadir bersama. Sila bawa salinan keputusan SPM dan sijil lahir.
Sesi pengambilan 2011 akan berangkat ke Mesir pada awal Oktober 2011.

Penerangan mengenai Tabung Pinjaman MedicMesir juga akan disampaikan semasa taklimat ini nanti. Taklimat adalah PERCUMA.



Semoga usaha ini membantu terutamanya bagi anak-anak yang ditawarkan program selain dari perubatan. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Wednesday 6 July 2011

A Walk to Remember !


Perkongsian oleh Nabil Aizat (preMedic 2011)

"All work and no play makes Jack a dull boy". Kata-kata ini membawa maksud jika seseorang itu hidupya hanya diisikan dengan belajar dan bekerja semata-mata, dia akan menjalani kehidupan yang sangat bosan dan tertekan. Tentunya hidup dalam keadaan tertekan merupakan cara hidup yang amat dihindari oleh setiap golongan.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar PreMedic seliaan agensi MedicMesir yang diadakan di UPM. Bagi membuka minda dan menghilangkan tekanan para pelajar, pihak MedicMesir telah menganjurkan program 'A Walk to Remember' yang melibatkan semua pelajar lelaki. Program ini telah dijalankan pada 25 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu di Putrajaya dan Cyberjaya dan bertujuan untuk menghilangkan tekanan para pelajar setelah menghadapi ujain Anatomy pada pagi hari yang sama.

Program bermula pada waktu Zohor hari tersebut dan para peserta dibawa untuk bersolat di Masjid Putrajaya. Selepas itu, mereka menaiki bas untuk ke Taman Botani bagi menghirup udara segar dan mengenali spesis-spesis flora di Malaysia. Di sana, para pelajar dapat menambahkan ilmu tentang tumbuhan dan alam semulajadi, tambahan kepada ilmu perubatan yang telah diajar di universiti.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan para pelajar dibawa ke Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) di Cyberjaya. Meraka dibawa ke sana untuk mendengar satu taklimat yang disampaikan oleh Dr Tengku Shahrom yang lebih dikenali sebagai Dr T. Taklimat yang diberikan berkisar tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara serta cara-cara meningkatkan motivasi diri.

Kesimpulannya, program 'A Walk to Remember' itu dapat dijalankan dengan sempurna hasil kerjasama pihak MedicMesir, pihak CUCMS dan Seketriat Kepimpinan Pelajar Premedic 2011. Diharapkan agar program-program berguna seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Semoga para pelajar PreMedic 2011 dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh sebagai persediaan sebelum terbang ke bumi Mesir. InsyaAllah.

Editor preMedic 2011,
Nabil Aizat, Fakulti Perubatan, UPM


ADUAN DARI JPA dan MARA !


Assalamualaikum wbth,

MedicMesir telah mendapat aduan dari pihak JPA dan MARA mengenai beberapa pelajar MedicMesir yang telah menerima tajaan dari kedua-dua badan penaja ini.

Baut masa ini, MedicMesir tidak berhajat untuk mendedahkan nama-nama tersebut, tetapi berharap agar pelajar-pelajar tersebut dapat memilih salah satu dan menghubungi pihak JPA dan MARA.

Kerjasama anda semua amatlah dihargai supaya tidak membantutkan usaha rayuan yang dibuat oleh pihak MedicMesir pada masa-masa hadapan. Selain daripada perlunya memelihara kepercayaan badan-badan tersebut terhadap pelajar perubatan Mesir, kita harus juga menjaga etika professional perubatan yang lebih jujor dan beramanah.

Pihak MedicMesir juga tidak mahu insiden hanya beberapa pelajar ini menyukarkan urusan tajaan bagi adik-adik yang akan datang.

Harap maklum dan harap dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang terlibat.

Salam,
UmmiMM

SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH LUAR NEGARA 2011

Assalamualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan seperti tahun-tahun yang lalu, PERMOHONAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH LUAR NEGARA dibuka sehingga 31hb Julai 2011.

Semua pelajar diminta mengisi borang online ini sebaik sahaja mendapat keputusan peperiksaan Tahun Pertama. Semoga dipermudahkan urusan Tajaan.

Sila ambil maklum.

Salam,
UmmiMM