Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday 2 July 2012

PM2 ~ preMEDIC 2012 ~ QURANIC CIRCLE (QC) !

Asslamualaikum wbth !

1. Khas untuk anak2 preMedic MM2012 yang dikasihi Allah swt.

2. Mohon bermula dari kuliah hari ini, Isnin, 2hb Julai 2012, anak2 membawa quran yang berserta terjemahan masing-masing pada setiap sesi kuliah, tutorial dan bahasa Arab.

3. MedicMesir akan membekalkan 'tag berwarna' untuk kegunaan 'tagging'.  Bagi sesiapa yang tidak membawa quran ke UPM, boleh mendapatkannya dengan harga RM38 sebuah. Sila berhubung dengan Unit QC preMEDIC MM2012 iaitu Akhi Nik Mohd Luqman di talian 0148201632 untuk urusan selanjutnya.

4. Setiap kali sebelum Kuliah, Sesi Tutorial dan Bahasa Arab bermula, pelajar secara bergilir akan berkongsi satu ayat pilihan mereka sendiri.  Masa yang diperuntukan TERHAD kepada 3 minit sahaja.  Sila rujuk senarai nama melalui Ketua kumpulan masing-masing. Pelajar diminta untuk menghafal sekurang-kurangnya satu ayat pilihan sendiri setiap hari.  Sesi susulan akan diadakan didalam QC mengikut rumah masing-masing.

3. Semoga sesi QC ini akan memberi kita SUMBER INSPIRASI sebenar didalam membina kejayaan dunia dan akhirat! Ameen.

Salam,
uMMiMM

No comments:

Post a Comment