Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 1hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, 4 June 2011

AHLAN SAHLAN ~ preMedic 2011 (Fakulti Perubatan, UPM Serdang)




Assalamualaikum wbth........

Ahlan Wasahlan ke preMedic 2011 kepada semua yang akan mendaftar ke Program Persediaan Program Perubatan Mesir 2011 yang akan bermula pada esok, Ahad.

Pendaftaran akan bermula jam 2-4petang di Lobi Utama, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Bagi pelajar yang terpaksa mendaftar lewat, sila pastikan anda memaklumkannya kepada En Shaiful di talian 019 3106167.

Sebaik sahaja pelajar mendaftar di Lobi Utama, pelajar akan dibawa ke hostel masing-masing ke Kolej 17. Pelajar bebas untuk keluar dengan keluarga selepas selesai mendaftar dan perlu pulang sebelum jam 6 petang. Makan yang pertama akan mula dibekalkan pada jam 6 petang.

Acara bebas sehingga solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Surau Kolej 17. Semua pelajar wajib HADIR. Sila ambil maklum pelajar juga diwajibkan membawa bantal sendiri.

Harap Maklum! Semoga program persediaan ini akan memantapkan lagi prestasi anak-anak yang bakal berangkat ke Mesir nanti. Ameen.



Salam,
ummiMM

No comments:

Post a Comment