Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 3 June 2011

TAHNIAH PICOM & UNIVERSITI ALAZHAR

Assalamulaikum wbth,


ALHAMDULILLAH dan TAHNIAH kepada Pusrawi International College of Medical Science (PICOM) dan Universiti AlAzhar atas kerjasama yang dimeterai pada 1hb June 2011.


PICOM adalah IPTS yang dimiliki penuh oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kini adalah organisasi dibawah Jabatan Perdana Menteri. Hubungannya dengan Hospital Pusrawi memberikannya satu posisi yang mantap untuk masa depan graduan PICOM. Kerjasama strategik antara kedua badan ini mampu menawarkan satu lonjakan baru didalam bidang pendidikan perubatan.


Seperti yang dimaklumkan lebih awal, kerjasama yang dirancang adalah untuk 3+3. Bagaimanapun, program di Malaysia disingkatkan , maka ianya telah diubah kepada 1+5 (1 tahun di Malaysia dan 5 tahun di Mesir).
InshaAllah, kerjasama strategik akan diadakan juga dengan beberapa universiti-universiti lain di Mesir.


Makluman pendaftaran secara rasmi masih belum diumumkan. Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang maklumat, sila DAFTAR DILINK INI. Sila ambil maklum, MedicMesir hanya membuka pendaftaran ini dan akan diserahkan kepada PICOM. Tiada apa2 caj dikenakan untuk urusan ini.


Doa agar Allah swt mempermudahkan kejayaan untuk merealisasikan hasrat untuk meramaikan Muslim Doktor di Malaysia, khasnya dan di negara Islam, umumnya. Semoga kerjasama ini juga menjadikan Malaysia sebagai 'Muslim Medical Education Hub' untuk umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Ameen.


Salam,
UmmiMM

1 comment:

  1. Apa lagi yang terlebih baik untuk diucap selain daripada
    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah
    Alhamdulillah, Elhamdulillah
    All praises to Allah, All praises to Allah.(teringat lagu maher zain)

    ReplyDelete