1. Posting ini adalah lanjutan dari pertemuan IbuBapa/ Pelajar bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 12hb September 2013. Sila ambil maklum, MM akan mengadakan penjelasan lanjut pada hari ini, Ahad, 15hb September 2013 di Kota Bharu dan esok, Isnin, 16hb September 2013 di Auditorium, MAHSA University.
2. Didalam majlis di KPM 12hb September 2013, 3 badan professional iaitu Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Majlis Pergigian Malaysia (MPM-Pergigian), dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) telah membentangkan penerangan ringkas masing-masing. Kita juga perlu merujuk kepada pekeliling mengenai perkara yang sama. Rujuk disini.
3. Posting terdahulu MM mengenai perkara yang sama juga adalah dirujuk .
http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/09/permohonan-kemasukan-penempatan-di.html
4. Oleh itu beberapa perkara yang perlu difahami mengenai isu ini adalah:-
4.1 - SYARAT KELAYAKAN KE MBBS TAHUN 1
a. Semua pelajar yang cukup syarat 3 badan diatas iaitu, minima B didalam sabjek SPM, Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan atau Matematik , dan satu sabjek lain.
b. Minima CGPA 3.0 didalam Asasi Sains / Foundation / Matrikulasi dengan minima B didalam 3 sabjek Biologi / Fizik / Kimia.
Syarat a dan b diatas perlu dipenuhi kedua-duanya. Ini bermakna, pelajar yang C didalam sabjek SPM tetapi CGPA melebihi 3.0 masih tidak menepati syarat kemasukan ke MBBS Tahun 1.
4.2 - KELONGGARAN 'ONE OFF' SEHINGGA 31hb OKTOBER 2013
a. Dari perjumpaan 12hb September 2013 serta pekeliling diatas, jelas bahawa ada ruang untuk 'kelonggaran' atas dasar krisis Mesir semasa.
b. Jika dilihat dari 'kelonggaran' ini adalah atas beberapa 'ketidak patuhan' syarat 4.1.a dan 4.1.b diatas. Antara nya adalah:-
- Ada C didalam sabjek SPM didalam para 4.1.a
- Tidak mempunyai kelayakan 4.1.b
5. PELAN TINDAKAN BAGI YANG BERMINAT
a. Seperti yang MM maklumkan semasa taklimat 31hb Ogos 2013, di Fakulti Perubatan, UPM, kelonggaran ONE OFF ini wajar diberi perhatian. Pelajar disaran untuk memohon, tetapi perlu faham bahawa kuasa mutlak untuk memberi kelulusan atau tidak, adalah terletak ditangan badan-badan tersebut. Biiznillah.
b. Semua permohonan mestilah melalui pihak Universiti yang dipohon. Semua pelajar sebaiknya berhubung dengan unit pendaftaran di Universiti masing-masing.
c. Sila ambil maklum juga bahawa pihak KPM juga akan menguruskan tempat bagi membantu pelajar. Oleh itu, pelajar tidak perlu terburu-buru, takut terpedaya dengan keghairahan IPTS untuk mendapatkan pelajar. Pastikan anda mendapat kelulusan badan professional ini, melainkan ada 'persefahaman khas' jika kelulusan tidak diperolehi.
6. PERMOHONAN 'PINDAH KREDIT" MELALUI MM
a. MM hanya bertindak sebagai pemudahcara. Semua permohonan 'pindah kredit' melalui MM juga diuruskan melalui Universiti berkenaan.
b. MM memastikan semua dokumen lengkap termasuk dokumen dari pihak Universiti di Mesir.
c. MM akan memantau terus dengan badan-badan tersebut untuk memastikan maklumbalas diperolehi secepat yang mungkin.
7. DOKUMEN SOKONGAN DAN TARIKH AKHIR
a. Salinan SPM dan Matrikulasi/Asasi (jika ada)
b. Salinan transkrip peperiksaan setiap tahun
c. Salinan NOC
d. Salinan KP
e. Salinan Surat Tawaran Universiti di Mesir
f. Salinan Surat Tawaran Universiti Tempatan
g. Status enrolmen semasa
h. Curriculum Mapping (akan disediakan oleh Universiti)
Tarikh akhir penerimaan borang dan dokumen tersebut adalah pada 18hb September 2013.
8. NASIHAT KEPADA PELAJAR MENGENAI ISU 'PINDAH KREDIT'
a. Pelajar perlu mengambil kesempatan memohon dan memastikan semua dokumen adalah lengkap.
b. Menteri Pendidikan II juga telah memaklumkan pendaftaran berpusat bagi mereka yang TIDAK BERMINAT untuk balik ke Mesir dan ingin mendapatkan penempatan di dalam Universiti awam. Semua pelajar diminta untuk membuat pendaftaran tersebut.
c. Pelajar perlu menilai sendiri dan tidak hanya menerima pelawaan masuk dari pihak Universiti swasta tanpa kelulusan bertulis badan diatas.
d. Bagi pelajar yang diterima masuk tanpa kelulusan badan diatas, adalah dinasihat agar pelajar mendapatkan kenyataan bertulis implikasi pembayaran yuran sekiranya kelulusan badan diatas gagal diperolehi. Contoh, jika pelajar sudah memasuki Universiti berkenaan dan kelulusan yang diterima pada akhir Oktober adalah 'TIDAK LULUS'. Adakah anda perlu membayar yuran bagi satu semester pengajian tersebut?. Ini adalah penting, sebab yuran diMalaysia adalah agak tinggi, sekitar RM60,000 setahun, dan ini bermakna, satu semester sebanyak RM30,000.
e. Pelajar dinasihati untuk lebih berhati-hati dan tidak terus menerima apa jua tawaran. Ini adalah penting kerana kemasukan anda ditempat berkenaan akan menyebabkan anda akan kekal disana untuk 5 tahun akan datang.
9. IMPLIKASI TAJAAN
a. Pelajar yang ada C didalam mana-mana 5 sabjek SPM didalam para 4.1.a perlu faham bahawa, andainya mereka diterima untuk kemasukan ke MBBS Tahun 1 oleh MMC dan andai kata mereka diterima masuk oleh Universiti berkenaan, maka, perlu difikirkan samada pihak MARA akan menaja mereka atau tidak. Ini adalah kerana, MARA agak 'strict' dnegan syarat 4.1.a dan 4.1.b diatas. Walaupun begitu, pelajar juga boleh memohon PTPTN yang tidak menyemak keputusan SPM, asalkan mendapat tempat. Bagaimana pun, pinjaman PTPTN terhad kepada RM150,000 sahaja.
8. SARANAN
a. Bagi pelajar yang tiada Dhur Thani, adalah dinasihati agar kalian memohon 'Pindah Kredit' dalam masa yang sama FOKUS kepada urusan Dhur Thani.
b. Bagi pelajar yang tiada 'Dhur Thani' anda boleh memohon / mancari jalan untuk balik ke Mesir lebih lewat untuk menunggu keputusan rayuan 'pindah kredit'. Ini bermakna, selepas keputusan yang diberikan, proses membuat keputusan dari pihak anda akan menjadi lebih jelas. Iaitu,
i. Sambung di Malaysia, jika 'pindah kredit' diluluskan atau
ii. Sambung di Mesir , jika 'pindah kredit' gagal atau
iii. Sambung di Malaysia dengan memulakan foundation semula.
9. PERINGATAN
a. Perlu diingatkan bahawa kelulusan badan professional adalah urusan pertama. Mendapatkan tempat di Universiti adalah urusan kedua. Ini adalah kerana tempat yang ditawarkan di Universiti tempatan, baik swasta atau awam adalah amat terhad. Oleh itu, pelajar dinasihati faham akan isu ini. Pekeliling MPM seperti di link diatas jelas memaklumkan TIADA PENAMBAHAN TEMPAT. Tetapi, perkara ini boleh berubah pada bila2 masa.
10. AKHIRKATA, buatlah beberapa checklist dan pilihan A, B , C dan D. Istikhorah atas apa jua pilihan. MM sedia membantu memberi pandangan. InshaAllah. Mohon doa dari Allah agar, dalam apa jua keadaan, Allah akan berikan kebaikan dan hikmahnya yang terbaik. MM sentiasa memberi sokongan kepada semua anak-anak, dimana jua pun mereka berada. Semoga anak-anak diberi kekuatan serta kemudahan didalam mujahadah ini. Ameen.
Salam,
UmmiMM