Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, 10 June 2008

RM200,000 tajaan utk setiap pelajar (kecuali ke AlAzhar-program konvensional 7 tahun)

a


Petikan dari Garis Panduan

Mohon JPA Online disini

1. PRINSIP DAN KONSEP PINJAMAN

1.1 Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sehingga kini terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebih 500 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan skim pinjaman yuran pengajian bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

1.2 Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


2. JENIS PINJAMAN

Jenis-jenis pinjaman yang tawarkan adalah seperti berikut :-


2.1 Pinjaman Khas Perubatan


Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

2.2 Pinjaman Biasa

Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

3. BAYARAN BALIK PINJAMAN

Bayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian atau ditamatkan pengajian kerana sebab-sebab kelemahan akademik, sakit dan sebagainya. Bayaran secara ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat. Contoh jadual bayaran balik pinjaman sekiranya meminjam sebanyak RM200,000 adalah seperti berikut:

Jumlah Pinjaman

Jumlah Bayaran Balik

RM 200,000

RM 400 x 40 bulan


RM 600 x 120 bulan


RM 800 x 140 bulan

1 comment:

  1. *sori
    its hould be

    kenapa tulis kecuali ke al-azhar?

    ReplyDelete