Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. Alhamdulillah, anak2 MedicMesir disemua muhafazah telah memulakan Sesi Pengajian 2014/15 . Semoga pengajian tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Buatlah perancangan kejayaan anda seawal mungkin !
2. Alhamdulillah, untuk tahun 2014/15, MedicMesir memperuntukan 1,000,000LE untuk program pelajar samada diperingkat Muhafazah, mahupun program diperingkat 'batch'. 70% daripada peruntukan ini dikhaskan untuk Program Akademik mengikut 'batch' iaitu Program JOM! Mumtaz. Peruntukan diberikan semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3.
3. Anak-anak disemua muhafazah diminta menyediakan perancangan satu tahun berakhir September 2015. Oleh itu EXCO di muhafzah serta Exco JOM! Mumtaz perlu membuat perancangan program dan belanjawan untuk tujuan diatas.
4. Kertas Kerja serta belanjawan ini perlu dihantar sebelum 1hb November 2014. Hanya kertas cadangan yang dihantar sahaja yang akan ditimbangkan untuk mendapatkan peruntukan ini.
5. Sila ambil maklum bahawa MedicMesir tidak akan menimbang apa jua 'ONE OFF BUDGET' yang dipohon selepas tarikh diatas.
PROGRAM JOM! MUMTAZ 2014/15
6. Seperti yang anak2 serta ibubapa sedia maklum, MedicMesir menganjurkan Program JOM! Mumtaz bagi pelajar-pelajar yang BERMINAT SAHAJA. Perlu diingatkan bahawa kemasukan ke program ini adalah PILIHAN MASING-MASING dan TIDAK DIWAJIBKAN. Ini adalah kerana MedicMesir ingin memberi tumpuan HANYA kepada anak-anak yang berminat dan komited.
7. Untuk tujuan penyediaan 'Kertas Cadangan dan Belanjawan' , sila ambil maklum bahawa, Peruntukan JOM! Mumtaz 2014 kategori perbelanjaan yang boleh diluluskan merangkumi semua aspek dibawah:
a. Kos Kelas Tambahan / Tutorial
b. Kuliah UMUM yang dijalankan selain dari pihak universiti
b. Makan Minum sepanjang program
c. Makan Minum sepanjang exam
d. Bahan Cetak yang terlibat
e. Pengurusan JOM! Mumtaz 2012
f. Kos Pemantauan oleh mentor-mentor rasmi.
g. Jemputan 'Doktor-doktor berpengalaman' dari Malaysia untuk tujuan MOTIVASI dan PERKONGSIAN,
h. Jaulah selepas exam.
8. Sila ambil maklum, exco JOM Mumtaz perlu memastikan laporan serta akaun perbelanjaan 2013/14 dihantar sebelum kertas kerja tahun 2014/15 dapat diberi pertimbangan untuk penilaian. Muhafzah yang gagal menghantar laporan 2013/14 sebelum 1hb November tidak akan berpeluang untuk memohon belanjawan sesi 2014/15.
9. Kejayaan JOM! Mumtaz terletak ditangan anak-anak sendiri . Peranan MedicMesir atau 'seniors yang berpengalaman' hanya sebagai PANDUAN. Oleh itu, kejayaan JOM! Mumtaz ataupun tidak bergantung kepada kerjasama dan komitmen masing-masing. Untuk menjamin keberkesanan program, setiap kumpulan JOM! Mumtaz mestilah dibahagi kepada kumpulan lebih kecil dan melantik seorang senior dikalangan mereka.
10. Semoga kita sentiasa tergolong dari golongan mereka yang berUSAHA dengan mengharapkan PERTOLONGAN HANYA DARI ALLAH swt. Usahalan dengan penuh IKHLAS dan ITQAN. InshaAllah, Allah tidak akan sia-siakan apa jua USAHA. Semoga USAHA ini menghasilkan gerak kerja yang MUNTIJAH. Semoga kejayaan kita buat UMMAH akan berhasil menjadikan kita insan yang bermanfaat disisi Allah swt.
Salam Sayang,
UmmiMM
No comments:
Post a Comment