Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.
2. Posting ini merujuk kepada permohonan MedicMesir untuk sesi 2013. MedicMesir telah dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir mengenai perubahan yang ketara didalam proses pengambilan pelajar luar negara untuk mengikuti Program Perubatan di Mesir.
3. Namun, Alhamdulillah, rombakan sistem ini adalah kearah yang lebih BAIK bertujuan:-
a. Memantapkan sistem pengambilan pelajar terutama didalam memastikan fail pelajar disampaikan ke Universiti sebelum pelajar mendaftar di Universiti.
b. Memastikan jumlah pelajar yang diambil selari dengan kemudahan yang ada di Universiti.
c. Memastikan pelajar yang berkualiti memenuhi tempat yang diperuntukkan.
4. MedicMesir telah mendapat makluman jumlah kuota yang boleh dihantar bagi setiap Universiti. Untuk tujuan diatas, untuk 'pusingan pertama', MedicMesir perlu menghantar semua dokumen lengkap ke Mesir selewat-lewatnya 5hb April 2013. Oleh itu, semua dokumen pemohon perlu sampai ke MedicMesir selewat-lewatnya 1hb April 2013.
5. Ini bermakna, apa jua dokumen yang tiba selepas 1hb April 2013, di anggap sebagai pusingan kedua, dan penempatan yang boleh ditawarkan akan bergantung kepada apa saja 'baki tempat yang tinggal'. Bagi pemohon yang telah menerima Surat Tawaran Sementara untuk Program dan Universiti tertentu, tetapi, dokumen lengkap tidak diserahkan, jika sudah penuh pada 'pusingan pertama' di universiti pilihan, MedicMesir berhak untuk menyalurkan ke Universiti yang lain.
6. Sila ambil maklum, buat masa ini, penempatan yang KRITIKAL adalah Alexandria dan Mansoura University. Ini adalah kerana jumlah permohonan yang tinggi untuk kedua-dua Universiti ini.
7. Oleh itu, pemohon yang betul-betul berminat, sila ambil cakna untuk melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan berserta Bayaran Deposit RM500 dan Bayaran KPT Mesir RM320 (atau 100USD) iaitu RM820.
8. Senarai dokumen yang diperlukan adalah:
a. Borang Permohonan MedicMesir Sesi 2013
b. 15 salinan fotokopi keputusan SPM
c. 15 salinan Sijil Lahir / Surat Beranak
e. 15 salinan fotokopi paspot muka depan (boleh dihantar selewat-lewatnya 15hb May 2013)
f. 10 salinan kad pengenalan pelajar
g. 5 salinan kad pengenalan mak / ayah
h. 1 set Borang Sijil Sokongan Luar Negara
i. 1 set Surat Tiada Halangan 2013
j. 20 keping gambar berukuran passport (jumlah ini termasuk dengan yang dilekatkan di borang diatas.
9. Sila pastikan:
a. Nama dan NO KP ditulis dibelakang setiap keping gambar.
b. Salinan paspot boleh dihantar lewat, selewat-lewatnya 15hb May 2013).
c. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Ketua Kampung.
10. Sila ambil maklum bahawa permohonan yang diterima oleh MedicMesir pada tahun ini amatlah tinggi. Oleh itu, semua pemohon yang betul-betul berminat perlu bertindak seawal mungkin.
11. Bagi pemohon SPM 2011, dan terdahulu, sila lengkapkan sekarang sebelum keputusan SPM 2012 diumumkan pada 20hb Mac 2013.
12. Bagi pemohon SPM 2012, sila pastikan semua dokumen diatas di 'Courier' ke pejabat MedicMesir atau serahkan di mana-mana lokasi taklimat MedicMesir yang dijalankan. Kaunter khas akan dibuka UNTUK URUSAN PENYERAHAN DOKUMEN DAN BAYARAN.
Apabila penyerahan di lokasi taklimat, sila pastikan ianya dimasukkan didalam sampul surat dengan 'NAMA' dan 'NO HP pemohon' di muka depan sampul surat
13. Sila ambil maklum, bahawa surat kelulusan / surat tawaran hanya akan dikeluarkan apabila urusan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah selesai.
14. Semoga makluman ini bermanfaat. Doa agar dipermudahkan segala urusan anak-anak untuk menjadi Doktor Muslim yang mampu menyumbang kepada Ummah. Ameen.
Salam,
UmmiMM

No comments:
Post a Comment