Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 21 March 2013

15,793 calon SPM peroleh A dalam semua mata pelajaran

PUTRAJAYA: Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 20122 berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata daripada jumlah itu seramai 13,721 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12,970 calon memperoleh semua A pada 2011. Bakinya, iaitu seramai 2,072 yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bukan KPM, menurun 0.14 peratus berbanding 2,109 pada 2011.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di sini, sebentar tadi.


Sumber Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment