Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 2 March 2013

PERMOHONAN TAJAAN BAGI PELAJAR MUMTAZ SEM 1 SESI 2012 / 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Alhamdulillah, UmmiMM baru saja kembali dari Mesir. Syukor Alhamdulillah, tahun ini, keputusan Semester 1 bagi pelajar Tahun 1 MedicMesir amat lah memberangsangkan. 

3. Setakat ini, menurut universiti yang telah mengumumkan keputusan Sem 1 untuk pelajar Tahun 1, keputusan pelajar MedicMesir telah menunjukkan satu keputusan yang amat memberangsangkan dan tercipta satu rekod yang terbaik. TAHNIAH !

4. Dengan prestasi yang terbaik ini, MedicMesir ingin mengambil kesempatan yang ada untuk untuk memajukan permohonan MARA. Bagaimanapun, memandangkan ramai pelajar yang mendapat MUMTAZ, maka usaha ini KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR MUMTAZ sahaja. Pelajar yang selain MUMTAZ, boleh menunggu keputusan FINAL untuk memohon semula pada tarikh yang akan dimaklum kemudian.

5. Semua pelajar diminta untuk mengisi dokumen dilink ini BORANG PERMOHONAN MARA. Semua permohonan mestilah lengkap dan di sahkan oleh pegawai di 'Education Malaysia Egypt' atau Kedutaan Malaysia. Semua dokumen mestilah lengkap.  Ini adalah kerana, MedicMesir tidak akan menyemak lagi semua dokumen dan hanya menyampaikan dan merayu sahaja bagi pihak pelajar. Semua permohonan mestilah diserahkan kepada Unit Tajaan, JOM MUMTAZ Tahun 1 di setiap Universiti masing-masing sebelum 11hb Mac 2013.

6. Sila ambil maklum bahawa, INI ADALAH USAHA TAMBAHAN MEDICMESIR !. MedicMesir tidak menjanjikan apa jua kelulusan. Usaha ini adalah bersandarkan, pernah ada pelajar MedicMesir yang MUMTAZ yang menerima tajaan mengunakan keputusan Sem 1. Bagaimanapun, ianya bukan sesuatu yang normal. Pemohon juga perlu faham, buat masa ini permohonan MARA telah ditutup untuk sesi 2012/13. Bagaimanapun, MedicMesir masih cuba membantu demi masa depan anak-anak MedicMesir.

7. Bagi pelajar yang memperolehi MUMTAZ dan ingin menghantar permohonan ini. Sila nyatakan juga maklumat anda di link ini. Ini bagi memudahkan urusan bagi pihak MedicMesir.

8. MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang cemerlang. kepada yang kurang cemerlang , tingkat kan USAHA. Sesungguhnya, Allah tidak akan mempersiakan apa jua usaha kearah kebaikan. Ummi serta krew MedicMesir akan sentiasa mendoakan kejayaan buat semua dunia dan akhirat.

Salam Sayang,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment