Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday 19 March 2013

KEM 'I LOVE MEDIC 2013'' UNTUK LEPASAN SPM 2012


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. MedicMesir dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan Kem "I Love Medic". Program ini khas kepada lepasan SPM 2012 yang ingin mendapatkan makluman lanjut mengenai kerjaya PERUBATAN. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing sebelum memilih bidang yang paling kritikal ini.




2. Program ini tidak terhad kepada negara Mesir, tetapi juga terbuka kepada peluang melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia, China, India, UK, Australia dan Moscow.

3. Pendedahan mengenai peluang kemasukan ke pengajian perubatan didalam negara dibawah universiti awam dan swasta juga akan didedahkan.

4. Beberapa slot bersama Doktor-Doktor pakar juga akan diadakan bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai 'realiti kerjaya pengamal perubatan' yang sebenar. Ini bagi memastikan, pelajar-pelajar yang memilih bidang ini membuat persediaan 'mental dan attitude' yang sebenarnya.

5. Penaja utama bagi  seperti MARA dan JPA turut akan dijemput bagi memberi sedikit banyak pendedahan mengenai peluang tajaan yang sedia ada.

6. Kos pendaftaran sebelum 20hb Mac 2013 adalah RM50 seorang. Selepas 20hb Mac 2013 adalah RM100 seorang. Sesiapa yang berminat sila isikan BORANG PENDAFTARAN KEM 'I LOVE MEDIC' disini

Semoga program ini mendatangkan manfaat buat semua .

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment