Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 8 August 2013

PEKELILING MENGENAI MAKLUMAN KEBERANGKATAN KE MESIR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.


2. Merujuk kepada pekeliling yang di keluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), atas nasihat Kementerian Luar Negara (KLN) yang dihantar untuk edaran melalui Education Malaysia Egypt (EME), berkandung NASIHAT agar penangguhan keberangkatan pelajar-pelajar baru untuk sesi pengajian 2013/14 sehingga mendapat kelulusan pihak KLN


3. Sila ambil maklum, bahawa pekeliling ini hanya merujuk kepada pelajar-pelajar baru dan telah disahkan, buat masa ini, TIADA KAITAN dengan pelajar yang sedia ada. Dijangka, InshaAllah, akan ada pengumuman baru pada awal September 2013, Ini adalah untuk mengambil kira, scenario 'Mesir selepas Hari Raya'. Pandangan rasmi mengenainya akan dikeluarkan oleh pihak KLN juga. InshaAllah.

TARIKH DHUR THANI & PEMULAAN PENGAJIAN SESI BARU KEKAL
4. Oleh itu, semua pelajar yang terlibat dengan Dhur Thani (Ujian Ulangan) perlu kembali mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan. Sila ambil maklum, bagi pelajar yang gagal menduduki ujian ulangan ini, ianya akan menjejaskan kedudukan akademik anda. Buat masa ini, 'tidak ada perkara atau isu yang mendesak' pihak Universiti untuk menangguhkan Ujian Ulangan ini. Jika ditangguhkan sekalipun (tanpa keadaan yang mendesak), Ianya tidak akan mendatangkan banyak faedah kepada pelajar-pelajar yang sedia ada.

5. Pihak MARA juga secara tidak langsung telah meminta pelajar-pelajar tajaan MARA yang berada di semua muhafazah untuk balik ke Mesir untuk tujuan diatas. 

KEBERANGKATAN PELAJAR BARU SESI 2013/14
5. Seperti yang telah dimaklumkan pada perjumpaan pelajar baru 2013/14 bersama UmmiMM pada Khamis, 1hb Ogos 2013 di Fakulti Perubatan, UPM. Scenario nya masih sama. Iaitu yang berikut:-

PLAN A : Jika arahan Kementerian Luar Negara TIADA HALANGAN untuk ke Mesir.
i. Tindakan MedicMesir adalah untuk meneruskan keberangkatan seperti yang telah dijadualkan.

PLAN BJika arahan Kementerian Luar Negara 'TIDAK MEMBENARKAN' untuk ke Mesir.
i. Tindakan MedicMesir adalah untuk mengunapakai PLAN B seperti yang telah dimaklumkan didalam taklimat tempoh hari, iaitu, menempatkan pelajar-pelajar Sesi 2013/14 ditempat yang telah MedicMesir uruskan di dalam negara.
ii. Penempatan didalam negara ini samada bersifat 'sementara' beberapa tahun dan hanya kemudian ke Mesir atau 'sepenuhnya' didalam negara. Makluman terperinci akan dimaklumkan semasa perjumpaan yang akan datang.

Sila ambil maklum, jika PLAN A mengambil tempat, ini bermakna PLAN B tidak diteruskan.

TAKLIMAT KHAS PELAJAR SESI BARU 2013/14
6. Seperti yang dimaklumkan pada 1hb Ogos 2013, perjumpaan MedicMesir bersama IbuBapa dimaklumkan akan diadakan pada Sabtu, 17hb Ogos 2013.

Oleh kerana, pihak MedicMesir akan berada di Mesir pada 15hb - 20hb Ogos 2013 untuk tujuan tinjauan akhir serta rundingan dengan pihak Universiti untuk gerak kerja PLAN B;  

Maka, perjumpaan tersebut diubah kepada Sabtu, 24hb Ogos 2013 (10 - 12 tengahari). Pelajar diminta untuk membawa SLIP SPM ASLI atau SLIP KEPUTUSAN MATRIKULASI atau ASASI SAINS (yang mana berkenaan).

MAKLUMAN TAMBAHAN LEPASAN MATRIKULASI / ASASI
7. Buat masa ini, MedicMesir sedang didalam peringkat mengenal pasti pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi / ASASI SAINS. Ini membolehkan MedicMesir menawarkan PLAN B mengikut latarbelakang akademik pelajar. Sila isi makluman anda disini untuk tujuan KAJI SELIDIK.

8. Segala pertanyaan mengenai hal ini boleh lah berhubung samada dengan ;-
          Ummi MM : 019 620 6167
          Dr Ahmad : 013 306 1313
          Cik Maimunah : 013 302 3030

Mohon doa semua agar Allah berikan yang terbaik buat kita semua, terutamanya buat anak-anak MedicMesir tersayang didalam mujahadah mereka menuntut ilmu merealisasikan cita-cita untuk menjadi Doktor Muslim buat Ummah.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war zuqni fahman.

Salam,
UmmiMM









No comments:

Post a Comment