Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.
2. Merujuk kepada kemaskini tindakan susulan seperti yang dimaklumkan kepada semua hadirin semasa perjumpaan diatas. MedicMesir memohon maaf dengan mengambil sedikit masa lagi, untuk memberi kemaskini yang lebih terperinci, selewat-lewatnya, esok, 28hb Ogos 2013, Rabu.
3. Buat masa ini, diminta tidak perlu terburu-buru didalam membuat pilihan. Ini adalah kerana :-
a. Pilihan Plan A
InshaAllah, akan ada berita positif dari delegasi kerajaan Malaysia yang kini berada di Mesir berkenaan pelajar Sesi 2013. Makluman rasmi, dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya hari Jumaat, 30hb Ogos 2013 oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Insha Allah.
MedicMesir bercadang untuk mengadakan preMedic 2013 Kedua bagi mengisi masa lapang pelajar sementara menunggu tarikh berangkat. Satu pelan telah dirangka, dimana pelajar hanya perlu mengeluarkan kos minima iaitu kos makan dan tempat tinggal sahaja. Program ini akan mengambil manfaat, pelajar seniors yang kini bercuti panjang di Malaysia. Makluman lanjut hanya akan dibuat setelah pengumuman delegasi dibuat.
Buat masa ini, MedicMesir mendapati hampir 70% berminat untuk meneruskan pengajian di Mesir.
b. Pilihan Pelan B
InshaAllah, dengan jumlah 350 pelajar MedicMesir Sesi 2013, MedicMesir telah merangka pelan alternatif, andai sekiranya, pemergian ditangguhkan terlalu lama dan jika pilihan Pelan B menjadi pilihan pelajar.
Buat masa ini, MedicMesir menyediakan 2 jenis kerjasama iaitu:
Pelan B Tempatan :
Kerjasama dengan 4 buah Universiti Swasta tempatan samada untuk melanjutkan ke Program Asasi Sains atau terus ke Tahun 1 bagi mereka yang sudah mempunyai matrikulasi atau asasi dengan pointer 3.0 keatas. Ini merangkumi untuk program perubatan, pergigian dan farmasi.
Pelan B Luar Negara:
Kerjasama ini adalah untuk penempatan ke 3 buah negara iaitu China, Rusia dan Indonesia.
4. MedicMesir berurusan terus dengan pengurusan Universiti tersebut dan segala pendaftaran boleh dibuat melalui MedicMesir bermula esok, Rabu, 28 hb Ogos 2013. Bagaimanapun, pelajar perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran 'FINAL 'dalam masa 48 jam setelah pengumuman rasmi di buat oleh KPM.
5. Sekali lagi ditegaskan, pelajar tidak perlu membuat keputusan terburu-buru sebab tempat untuk Pelan A telah pun DISAHKAN dan pilihan alternatif Pelan B juga mempunyai tempat yang mencukupi.
6. Segala pertanyaan, boleh di buat melaui BORANG PERTANYAAN ini dan pihak kami akan menghubungi pihak anda untuk penerangan lanjut. InshaAllah.
Salam,
UmmiMM

No comments:
Post a Comment