Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 15 August 2013

RESIT IMTIHAN PERUBATAN DITANGGUHKAN KE SEPTEMBER 2013

Sumber dari FB Education Malaysia Egypt ·  

1. Rentetan konflik politik di Mesir yang membawa kepada gerakan gempur sit-in oleh tentera semalam 14 Ogos 2013, Pengarah EME telah berinteraksi dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mesir, Prof.Dr.Mohamed Samir Hamza berbincang justifikasi mengapa penangguhan kertas ulangan peperiksaan itu rasional dipertimbangkan.

2. Kementerian Pengajian Tinggi Mesir (KPTM) sebenarnya ditutup operasi sehingga Ahad 18 Ogos ini dan pada hari tersebutlah pelajar beberapa universiti akan mula menduduki peperiksaan ulangan. Pengarah EME terpaksa berhubungan secara peribadi melalui telefon dan mendapat maklum balas dan kerjasama yang sangat memberangsangkan.

3. Hasil perbincangan kami, beliau telah mengarahkan secara lisan kepada semua Timbalan Presiden universiti supaya memaklumkan dekan-dekan fakulti menangguhkan semua Reseat Exam (Dour Thani) ke BULAN SEPTEMBER 2013 (tarikh akan ditentukan kemudian) mengikut perkembangan politik semasa dan pergerakan pelajar Malaysia untuk balik ke Mesir. Keputusan ini terpakai pada semua enam (6) universiti yang bernaung di bawah KPTM: Universiti Kaherah, Ain Shams, Alexandria, Zaqaziq, Mansoura dan Tanta.

4. Dalam kes universiti al-Azhar yang bersendirian, pentadbiran universiti juga ditutup operasi sehingga Ahad 18 Ogos ini dan pelajar akan menduduki kertas peperiksaan ulangan terbabit pada hari berkenaan. 

5. EME dalam hal ini tiada pilihan alternatif untuk berbincang dengan kepimpinan tertinggi universiti. Pengarah EME cuba berkali-kali menghubungi talian handphone peribadi Presiden universiti, Dr. Usamah elAbd tetapi tidak mendapat jawapan. 

6. Kami mendapat isyarat dari kordinator HEP pelajar universiti bahawa mereka bersedia menangguhkan peperiksaan cuma menanti isyarat dan arahan dari Dekan atau Presiden. 

7. Sehubungan itu, ini EME menasihatkan pelajar yang sedia ada di Mesir teruskan saja menghadiri peperiksaan mengikut jadual sedia ada (jika ianya berlaku).

8. Pelajar Malaysia yang masih berada di Malaysia pula tidak perlu tergesa-gesa ke mari kerana EME secara positif akan bertanggung jawab dan bila-bila masa terluang untuk berinteraksi dengan Presiden universiti untuk bersetuju mengadakan peperiksaan ulangan pada September seperti mana keadaan keputusan kami dengan KPTM terdahulu (precedent case) bersama semua 6 universiti yang lain. 

9. Biasanya Presiden universiti tersebut, yang akrab dengan Pengarah EME, merupakan seorang yang amat bertimbang rasa dan dalam sesi interaksi dan permintaan Pengarah EME kepada beliau selama ini tidak pernah dikecewakan atas semangat win-win situation.

10. Sekali lagi EME membuat ketegasan, semua pelajar perubatan yang berada di Malaysia tidak perlu risau dan bimbang soal peperiksaan ulangan/ Dour Thani secara keseluruhannya dibawa ke bulan September mengikut situasi politik semasa.

11. EME turut menasihatkan pelajar baru agar tidak bergerak ke Mesir kerana isu penanggguhan penghantaran pelajar baru masih diguna pakai mengikut travel advisory Wisma Putra. Ini merangkumi semua pelajar tajaan dan agensi swasta. 

"1Malaysia; People First, Performance Now"

Datuk Assoc.Prof. Dr. Hj. Su'aidi Dato' Hj. Safei 
Education Counsellor-cum-Director, Education Malaysia Egypt (EME)
Embassy of Malaysia in Cairo 
21 el-A'nab Street, Mohandessin, Giza, Arab Republic of Egypt
(rujukan asal FB EME)

No comments:

Post a Comment