Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Semoga Mesir kembali aman dan tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian di bumi Mesir.
2. Posting ini adalah merujuk kepada perjumpaan delegasi Malaysia dengan pengurusan Fakulti Perubatan, Tanta University yang diadakan pada hari ini, 29hb Ogos 2013.
3. Berikut adalah makluman yang telah disampaikan oleh Prof Dr Ayman El Saeid, Dekan, Fakulti Perubatan Tanta University kepada pihak MedicMesir. Antaranya adalah:
a. Situasi di Tanta sudah agak tenang dan hampir normal.
b. Peperiksaan Tahun 5 akan diadakan pada akhir September 2013 di Mesir.
c. Peperiksaan ulangan juga akan diadakan di Mesir pada akhir September 2013.
d. Pelajar baru sesi 2013/2014 telah diminta mendaftarkan diri pada akhir Oktober 2013.
4. Semoga makluman ini sedikit sebanyak menjawap penantian anak-anak di Tanta. Bagaimanapun, sila rujuk posting EME kemudian mengenai hal yang sama. Semoga dipermudahkan segala urusan didalam meneruskan perjuangan anak-anak. Allahumma Ameen.
Salam,
UmmiMM

No comments:
Post a Comment