Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 4 February 2013

RAYUAN TAMBAHAN ELAUN WANG SAKU BAGI PELAJAR JPA DAN MARA


Assalamualaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada perbincangan UmmiMM bersama YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa kunjungan beliau ke Mesir baru-baru ini.

3. Rayuan yang telah dikemukakan kepada YAB Dato' Seri adalah berkenaan dengan tajaan MARA dan JPA yang tidak merangkumi elaun wang saku. Setelah penerangan dan perbincangan mengenai hal ini secara peribadi, YAB Dato Seri Najib telah bersetuju untuk meneliti rayuan mengenai perkara diatas.


TINDAKAN LANJUT
4. Bagi memudahkan urusan pihak Jabatan Perdana Menteri, maka, dengan ini, MedicMesir menyediakan RAYUAN KHAS beserta dengan perangkaan peruntukan tambahan yang diperlukan mengikut permohonan yang diterima. 

5. Untuk tujuan belanjawan, MedicMesir ingin mengemukakan belanjawan sebenar yang diperlukan dan setiap permohonan dianggap sebagai permohonan individu.

TINDAKAN PELAJAR MEDICMESIR YANG BERMINAT
6. Setiap pelajar yang berminat, sila sediakan :
a. Surat rayuan untuk maksud diatas dialamatkan kepada YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Surat tersebut mestilah ditulis 'dengan tangan' dan terhad kepada 1 mukasurat sahaja. Surat berkenaan mestilah menyatakan nama penuh anda / alamat Malaysia / alamat Mesir dan No Kad Pengenalan. Sila nyatakan sebab-sebab rayuan.
b. Kepilkan keputusan terakhir anda 
c. Kepilkan muka hadapan surat kelulusan MARA atau JPA 
(sila pastikan di stapler mengikut turutan dan sila hantar tanpa envelope).
Ini memudahkan urusan kompilasi di MESIR.


7. Sila ambil maklum, surat berkenaan perlu diserahkan kepada ketua batch MedicMesir di semua muhafazah sebelum 7hb Februari 2013 jam 12 tghri. Segala rayuan atau dokumen selepas 7hb Februari tidak akan diterima.

8 Bagi mereka yang telah menghantar dokumen rayuan diatas, mohon isikan maklumat anda dilink ini MAKLUMAT RAYUAN MEDICMESIR .
Sila ambil maklum, rayuan tidak dihantar tanpa dokumen di para 6

9. Sila ambil maklum, bahawa ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam membantu pelajar-pelajar setelah perbincangan awal yang telah dilakukan terus dengan YAB Perdana Menteri.

10. Mohon doa semua agar usaha ini BERJAYA. Segala nikmat dan rahmat adalah dari Allah dan semoga dengan kelulusan ini menjadikan anak2 MedicMesir pelajar perubatan yang lebih bersedia untuk menyumbang tenaga kepada Ummah. Ameen

Salam Sayang,
UmmiMM

1 comment:

  1. Assalamualaikum, ummi.
    saya pelajar perubatan di Alex, tapi bukan dengan MedicMesir. saya nak tahu rayuan ini hanya untuk pelajar MM sahaja ke? maksud saya, jika rayuan diluluskan, hanya diberi kepada pelajar2 MM sahaja ke?
    terima kasih.

    ReplyDelete