Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,
1. Semoga anak2 semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.
2. Posting ini dalah merujuk kepada rayuan pelajar-pelajar JPA yang dibawah Program Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara.
3. Untuk makluman, semasa pertemuan yang dibuat oleh UmmiMM bersama YAB Perdana Menteri di Mesir pada bulan Januari 2013 yang lepas, hanya isu pelajar MARA yang diketengahkan. Perbincangan yang berlaku pada waktu tersebut hanya berkisar kepada tajaan MARA dan dalam masa yang sama tiada wakil dari pelajar JPA yang mengutarakan permasalahan mereka. Rujuk posting terdahulu di link ini
http://medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html
4. Bagaimanapun, MedicMesir akan terus berusaha untuk memastikan peluang kenaikan wang saku pelajar-pelajar JPA turut akan diberi perhatian. Memandangkan, UmmiMM sendiri akan berjumpa Perdana Menteri mengenai hal ini, maka mohon sokongan dari anak-anak JPA, tanpa mengira dari agensi mana sekalipun, untuk menyatakan pengharapan terhadap usaha ini.
5. Segala komen atas pengharapan anak-anak boleh lah dinyatakan didalam ruang komen di FaceBook MedicMesir http://www.facebook.com/MedicMesir
6. Sebagai tanda sokongan terhadap usaha MedicMesir ini, satu salinan kepada komen tersebut akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat. Oleh itu mohon kerjasama semua, untuk menampakkan jumlah pelajar yang ramai yang ingin memohon tajaan wang saku ini adalah sama besar dengan pelajar MARA.
7. Mohon isikan <NAMA PENUH><NO KP><PROGRAM><TAHUN PENGAJIAN><UNIVERSITY> <Kenyataan harapan terpendek yg mungkin>
Sila isi diruang posting khas untuk YAB Perdana Menteri.
8. MedicMesir tidak boleh menjanjikan apa2 natijah yang positif. Yang pasti, Allah tidak akan mensia-siakan apa jua USAHA. Mohon doa semua agar segala urusan kita dipermudahkan. Agar segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan adalah untuk kebaikan.
9. Kepada Allah kita sandarkan harapan dan kejayaan dunia akhirat. Allahuma Yassir Wala Tu' Assir Robbi Tammim Bi'Khair.
Salam,
UmmiMM
No comments:
Post a Comment