Bismillahirahmanirahim :-)
Assalamualaikum wbth....Hari ni Inbox Ummi penuh dengan persoalan yang sama.....
1. Betul ke MARA naik elaun SPC MARA?
2. Betul ke rayuan pelajar SPT yang selama ni 'survive' hanya dengan bantuan yuran sahaja dari MARA diluluskan juga ?
3. Perlu apply ke atau automatik?
4. Bayaran ni pinjaman ke sebaliknya?
5. Bila boleh dapat?
Jawapan Ummi menurut turutan setelah merujuk dengan MARA;-)
1. Alhamdulillah YA
2. Alhamdulillah YA
3. Untuk SPC, ya automatik sebab sistem sekarang pelajar SPC memang sudah mendapat elaun 420USD dan setelah dimaklumkan 420USD tak mencukupi , maka ini bemakna, kenaikan ini adalah merupakan elaun tambahan dari 420USD tersebut.
Untuk SPT, MARA akan membuka permohonan sebab selama ini, pelajar tidak menerima sebarang elaun dan elaun sara hidup berjumlah RM900 ini adalah dikira sebagai ELAUN baru dan bukan TAMBAHAN. Bagaimanapun, semua permohonan pelajar SPT untuk mendapatkan elaun sara hidup ini akan diterima.
4. Untuk kes SPT, konsep Pinjaman adalah Pinjaman Boleh Ubah. Oleh itu belajar lah haybat2 , agar cemerlang utk tidak perlu bayar balik.
5. Pihak pengurusan MARA telah berbincang mengenai perkara ini dan MARA dalam rangka untuk merealisasikannya. Oleh itu, pengumuman seterusnya akan dibuat pada awal Mac 2014.
Ummi berharap persoalan ini terjawab. Untuk perbincangan lanjut sila bincang di FB ini, sebab FB message Ummi penuh dengan perbincangan perkara yang sama. Maaf kalau tak terjawab.
Syukor atas kelulusan dan segala nikmat yang Allah pinjamkan keatas kita. Alhamdulillah.
Salam Sayang,
UmmiMM
8 Rabi'ul Akhir 1434 H | 19 Februari 2013
No comments:
Post a Comment