Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 8 December 2010

Menghayati Hijrah !

Salam Hijrah buat anak-anak Ummi semua ..


Alhamdulillah kita di ketemukan lagi dengan 1 Muharram 1432. Dan sewajarnya kita menghayati dan memperkukuhkan hijrah kita yang lalu. Dari sudut geografi nya anak-anak semua telah pun berhijrah merantau jauh ke bumi Mesir ini. Oleh itu, walaupun berjauhan dari ayah dan ibu, kita semestinya sentiasa memperkasakan iman dan taqwa. Panjatkan doa untuk mereka. Ingatlah hijrah ini adalah juga satu pengorbanan untuk mereka.


Anak-anak yang disayangi...

Mengambil kesempatan tahun baru hijrah ini, marilah kita mengislahkan diri, melihat mana-mana sudut yang boleh diperbaiki. Sebagai seorang mahasiswa kita perlu sentiasa peka bukan sahaja terhadap teknologi dan penemuan baru, tetapi juga perlu sentiasa membaiki akhlaq, hormat-menghormati terhadap teman-teman apatah lagi pensyarah yang menjadi sumber utama kita memperolehi ilmu. Lantaran itu adab-adab ‘berteman’ dan ‘berguru’ perlu kita hayati dengan sebaik mungkin agar keberkatan dapat mengiringi pergaulan dan pengetahuan yang kita perolehi.

Adalah amat wajar untuk anak-anak semua merendah diri dengan para pensyarah. Memuliakan guru amat di tekan oleh Islam. Hormati dan muliakan mereka baik di bilik kuliah mahupun diluar. Berikan salam terlebih dahulu jika berseliseh di jalanan, jangan meninggikan suara jika berbicara, jangan mengejek atau mentertawakan pendapatnya apatah lagi memburukannya di hadapan orang lain. Semasa di kuliah hormatilah pensyarah dengan tidak bercakap-cakap di belakang, tidak keluar tanpa izinnya, jika perlu berdiri jika ingin bertanya, dan mengucapkan terimakasih setelah selesai kuliah.

Anak-anak yang dikasihi.....

Jadikan awal Muharram ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui tekad yang lalu. Jika ada antaranya bertekad untuk tidak ponteng kelas, maka perkukuhkan azam ini. Hargailah ilmu. Menghadiri majlis ilmu diibaratkan seperti pergi ke ‘taman-taman syurga’. Jangan sempitkan pengertian majlis ilmu. Ia bukan terbatas kepada program ‘smart-circle’, liqa, usrah atau ceramah. Ilmu Allah itu maha luas. Menghadiri kuliah juga menghadiri majlis ilmu. Lantaran itu hadirilah kuliah kerana ia juga adalah taman-taman syurga. Jangan biarkan diri menonton dari jauh. Lantaran itu kita harus bijak mengatur waktu dan mengemudi diri sebagai seorang mahasiswa. Jangan biarkan aktiviti sosial, khususnya di FaceBook, mengganggu ketepatan masa menghadiri majlis ilmu serta melalaikan fokus kita didalam majlis ilmu tersebut.


Anak-anak yang di hargai....

Di kelangsungan kita menuntut ilmu kedoktoran... wajarlah juga ia di hiasi dengan ilmuan yang menjurus kearah akhirat. Kerana itulah matlamat akhir kita. Berilah ruang waktu untuk kita menghadirkan diri dalam program-program yang mematangkan iman dan taqwa. Aktiviti ini amat perlu kerana tanpanya kita khuatir iman kita semakin luntur. Iman perlu sentiasa di pertingkatkan. Peningkatan ilmu akhirat akan menjadikan kita Doktor Muslim yang membezakan kita dengan doktor-doktor biasa yang lain. InsyaAllah.


Akhir kalam, Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.


Salam Ma’al Hjrah.

Salam Sayang dan Sayang,

ummiMM

I Muharram 1432

No comments:

Post a Comment