Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, 24 April 2009

Doa Imtihan dari Ummi

Salam,
Alhamdulillah, Semoga semua barada didalam afiat dan iman. Hmmm..nampaknya anak2 semua sudah berada dalam fatrah imtihan. Bila tiba masa ‘kecemasan’ inilah, banyak pula terasa yg nak dibaca, maka, barulah terkenang masa ‘keemasan’ yang telah Allah swt berikan kpd kita yang mungkin kita ‘take for granted’ selama ini. Masa ini barulah kelas tambahan sini sana, baru nak fotokopi past year question dan lain-lain. Masa ni jugalah,barulah terasa tak cukup tidur.Sembang pasal Imtihan atau Exam atau Periksa atau apa nama sekali pun, memang suatu yang pasti mendebarkan kita. Tak pernah kita lihat mereka yg terlompat-lompat bila tiba waktu nak exam ni. Panik, darah gemuruh…dub dab..dub dab…suatu yang common bila tiba saat2 nak menghadapi imtihan.

Mengapa Imtihan?
Imtihan perlu bagi menguji tahap kefahaman kita terhadap sesuatu yang dipelajari. Ini penting bagi mempastikan kita termasuk didalam golongan mereka yang telah diuji sebelum dibenarkan mempratikkan ilmu itu kepada masyarakat yang akan kita wakili. Apa yg jadi…setiap kali lepas imtihan…ha..lupa habis yg kita belajar. ngapa jadi gitu yer?..Adakah kita tergolong dalam golongan mereka yg ‘ nak pass aja-NPA’?? Jika kita termasuk dalam golongan ‘NPA’..maka RUGI besarlah kita…LULUS TANPA ILMU …..Insyallah, ummi yakin kita tak gitu……Kita doakan agar diberi kekuatan memahami, cemerlang IMTIHAN, moga, dengan ILMU yang kita pelajari setiap tahun atau semester menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dan bersedia untuk berperanan di celahan masyarakat yang menantikan perkhidmatan kita. Bukan senang nak jadi Doktor ni!!

Mengapa perlu LULUS?
Untuk yang baru first year dan yang ke Mesir dangan wang ringgit pa-ma, imtihan ni akan memberi lebih makna kerana LULUS=SPONSOR dan SPONSOR=FULUS. Jika tak LULUS, maka pa-ma kita terpaksa memikirkan dimana lagi perlu dikorek sen sen yang diperlukan. Sebagai pembakar semangat, ummi ke JPA minggu lepas untuk melihat senarai keputusan Tajaan Luar Negara. Alhamdulillah, semua…yup semua! Semua pelajar yang LULUS (ya…LULUS, Maqbul, min 60% tahun pertama) mendapat kelulusan tajaan JPA. Terharu dan hampir menitiskan airmata…Oleh itu…ummi pohon dan pohon….Give your BEST Shot!! excel in coming exam…Jadikan ini Hadiah teristimewa buat IBU (atau arwah IBU)!!!

Memandangkan exam pun dah nak start esok lusa ni…so tak perlu nak bagi tips itu ini. Apa yang penting, jaga kesihatan, eat well , avoid staying up unnecessarily. Avoid keadaan dimana kita akan jadi BLANK atau BLACK-OUT! Stay cool and relax, supaya fikiran kita tenang mengiringi setiap langkah ke dewan imtihan. Tingkatkan zikir dan doa terhadap Allah swt…sesungguhnya Allah swt lah sebaik-baik penolong dan satu-satunya tempat kita sandarkan harapan. Perbanyakanlah solat hajat dan berdoa agar Allah swt permudahkan imtihan ini. Mohon restu dan maaf dari ayahbonda.

Untuk AyahBonda, perbanyakanlah solat hajat, doa, doa, doa yang tak putus-putus! Anak-anak kita memerlukan doa kita…dan insyallah, doa IBU adalah lebih makbul dari doa-doa yang lain.. yakinlah,pepatah Arab…Man Jadda Wa Jadda (barang siapa usaha sungguh-sungguh, pasti akan dapat). Akhir kalam, ummi doakan kecemerlangan buat semua anak-anak dibumi Mesir, tak kira melalui apa channel sekalipun mereka hadir….WE ARE ALL ONE!…semoga allah swt permudahkan kalian menghadapi imtihan …..Selamat menghadapi imtihan
Salam sayang dari Ummi :-)

No comments:

Post a Comment