Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 29 April 2009

Program Persediaan- preMedic & Bahasa Arab Amiyah

Bismillahirahmirahim.....Salam ....
Alhamdulillah, syukor kehadrat Allah, anak2 akan memulakan Program Persediaan Sebelum Berangkat ke Mesir. Kita doakan agar program ini berjalan lancar serta mencapai objektifnya untuk menjadikan anak-anak, pelajar yang lebih bersedia menghadapi masa-masa depan sebagai 'pelajar medical'.
Program ini merangkumi:
a. Kuliah preMedic (fokus 4 subjek utama Tahun 1-Histologi, Biokimi, Anatomi & Fisiologi)
b. Kuliah Bahasa Arab Amiyah (petuturan dan tatabahasa)
c. Sessi Motivasi bersama Doktor Pakar
d. Sessi bersama senior dari Universiti Mesir
e. Program Kerohanian
Nota, Asrama, Makan tengahari dan malam disediakan
Pelajar akan mendaftar pada Ahad, 3 Mei 2009. Bermula 2-5 petang di Lobi Fakulti Perubatan, UPM Serdang. Sesi Taklimat utk ibubapa dan pelajar akan diadakan pada jam 4-5ptg di Dewan Kuliah Utama.
Kelas akan bermula dari hari Isnin 4Mei dan majlis penutup akan diadakan Khamis, 25June 2009.
Kelas diadakan setiap hari iaitu:
Kuliah Perubatan: 9-12 tengahri (lecture) dan 2-4 ptg (tutorial)
Kuliah Bahasa Arab: 8-10 malam (mengikut kumpulan masing-masing)
dan setiap Sabtu 11-1 tengahri
Ujian diadakan setiap hari Sabtu pagi (9-10pagi)
Sabtu petang serta Ahad adalah hari cuti. Anak-anak dibenarkan pulang atau keluar kampus dan pulang sebelum jam 10malam, setiap hari Ahad.

Sila bawa barang keperluan seperti:
1. Pakaian selengkapnya / Baldi / Set Toileteries
(Pakaian lelaki-kemeja /seluar slack utk ke kuliah. 'jeans' tidak dibenarkan di dewan kuliah)
2. Peralatan Tulis / Buku Nota / kalkulator
/ Laptop (bagi yg ada sahaja)
3. Pakaian sukan / solat / quran/ Bantal/ cadar / selimut
5. Makanan tambahan seperti biskut/ milo dan sebagainya
6. Ubat-ubatan sepeti panadol / ubat batuk dan selsema
Pelajar yang belum menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan, sila serahkan semasa preMedic kelak.

Untuk makluman lanjut mengenai program preMedic, sila berhubung dengan Cik Suhana di talian 019 6206167

Sekretariat MedicMesir



No comments:

Post a Comment