Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 7 March 2011

UMNO Selangor Sumbang Saguhati Kepada 1,000 Pelajar Selangor Di Mesir


SHAH ALAM, 7 Mac (Bernama) -- Umno Selangor dengan kerjasama Yayasan Kelana Ehsan akan memberikan saguhati berupa wang tunai RM500 setiap seorang kepada kira-kira 1,000 pelajar Selangor yang menuntut di Mesir.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata sumbangan saguhati itu akan diberikan pada satu majlis yang diadakan Rabu ini dalam usaha membantu kumpulan pelajar itu yang pulang ke tanah air berikutan kemelut politik di Mesir hujung Januari lepas.

"Sumbangan ini bertujuan memberikan bantuan serba sedikit kepada pelajar terbabit sementara mereka menanti untuk pulang meneruskan pengajian yang tertangguh," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini pada Isnin.

Seramai 8,000 pelajar Malaysia dibawa pulang dari Mesir dalam Ops Piramid pada Februari lepas sejak negara itu dilanda ketidakstabilan politik.

Sementara itu, Mohd Zin berkata Umno Selangor juga akan membantu membaik pulih 1,441 buah rumah di seluruh negeri itu yang berada dalam keadaan uzur bermula 1 April depan.

Beliau berkata setiap rumah akan menerima bantuan sehingga RM5,000 mengikut nilai kerosakan yang dialami rumah terbabit.

"Setiap pimpinan di akar umbi telah mengenal pasti rumah yang akan dibantu dan kita jangka proses membaik pulih semua rumah terlibat akan lengkap sepenuhnya pada akhir Jun depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zin berkata Mesyuarat Agung Umno Cawangan di Selangor telah bermula pada 1 Mac dan dijangka berakhir pada 15 April depan membabitkan 2,249 cawangan.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 417,951 anggota Umno di Selangor.

"Sehingga semalam, sebanyak 125 cawangan Umno telah mengadakan mesyuarat masing-masing dan setakat ini tidak masalah yang dibangkitkan," katanya.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. Majlis akn diadakan pada esok(rabu) di hotel de plama shah alam.
    Bg mlayakkan anda terim smbgn ini sila dftrkn nama melalui
    telefon:0350312020 / fax: 0350312005.
    nyatakan butir2 berikut:
    a) nama
    b) i/c
    c) num telefon
    d) almt malaysia
    e) uni di mesir
    slwt2nya sblm tamat hari bekerja hari ini.

    ReplyDelete