Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 25hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 30 March 2011

YES! Zero Deposit ! Mohon ONLINE sebelum 7 April 2011

Assalamualaikum wbth,
MedicMesir telah menerima banyak permohonan dan kebanyakkannya adalah dari mereka yang telah di'refer' oleh 'seniors' atau ibu bapa yang berpengalaman menghantar anak-anak ke Mesir (termasuk dari agensi lain).  TERIMA KASIH atas sokongan anda semua! Semoga Allah swt memberi kami kekuatan untuk melakukan yang TERBAIK!. DOAKAN ya!

SPM 2011 juga menyaksikan ramai pemohon yang mendapat keputusan CEMERLANG dan juga meminati bidang perubatan.  Seperti yang sering dikongsi didalam taklimat, MedicMesir boleh dijadikan BACKUP yang terbaik, sekiranya, pelajar TIDAK MENDAPAT TAWARAN PERUBATAN dibawah BIASISWA KERAJAAN. InshaAllah, selewat-lewatnya akhir April 2011, semua pelajar sudah mendapat makluman samada mereka layak menerima mana-mana BIASISWA ataupun TIDAK.

Atas keperihatinan ini, MedicMesir melancarkan 'ZERO DEPOSIT'.  Ini bermakna :
i.  Pemohon memohon ONLINE sekarang di www.medicmesir.com.
ii. Serah dokumen selengkap2nya seperti didalam borang (kecuali paspot ).
iii. MedicMesir akan memproses semua permohonan sehingga mendapatkan SURAT TAWARAN UNIVERSITI.
iv. Pelajar boleh MENERIMA atau MENOLAK tawaran ini kemudian.
v. Pemohon hanya perlu MEMBAYAR setelah bersetuju MENERIMA tawaran Universiti.

Anda dinasihati 'Download InfoPack 2011' disini dan fahamkan isi kandungannya.  Kempen 'Zero Deposit' hanya terhad kepada mereka yang memohon sebelum 7hb April 2011 dan menghantar dokumen sebelum 30hb April 2011.  Ini bagi mempastikan tawaran rasmi dikeluarkan pada 2minggu selepas dokumen lengkap diterima.  Pemohon selepas 7hb April, akan membayar balik seperti lazimnya.

Usaha ini bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang meminati bidang perubatan boleh menunggu keputusan JPA / MARA, dalam masa yang sama TIDAK TERLEPAS PELUANG untuk memohon MedicMesir.

Pemohon serta ibubapa dijemput ke Taklimat 2 jam bersama UmmiMM seperti dibawah:
Masa: Sabtu, 2hb April 2011, 10-12 tghri 
Tempat: Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang
DAFTAR KEHADIRAN DISINI

Jangan lepaskan peluang ini! Semoga usaha ini membantu InshaAllah!

Salam Sayang,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment